Bab 45

5.4K 316 33
                                    

"Sayang, Kazril hantar mesej. Sayang reply tau. Abang ada kerja dekat atas" Hafiz menghulurkan telefon kerjanya kepada aku.

Aku memandangnya dengan wajah sedikit sayu. Aku masih dia menyambut hulurannya.

"Abang duduklah sini." Aku cuba untuk memujuknya duduk bersama aku.

Entah mengapa aku betul-betul takut apabila berkaitan dengan Kazril. Walaupun dia sudah semestinya tiada di rumah ini, tetapi dengar sahaja namanya sudah mampu membuat bulu roma aku berdiri.

"Abang kena habiskan kerja dulu. Nanti abang dah habis, abang teman sayang. Kejap je, abang janji."

Akhirnya, aku tidak mampu berkata apa. Aku hanya menyambut hulurannya sebelum memandangnya dengan pandangan sayu.

Aku nampak dia senyum nipis.

"Jangan risau, abang ada dekat atas. Kalau ada apa-apa, jerit je panggil abang. Abang turun" Tangan Hafiz naik mengusap kepala aku.

Aku hanya menggangguk.

"Abang naik dulu, sayang jangan berjalan merata. Duduk je dekat sofa tu. Abang dah letak air kosong dekat atas meja."

Aku pandang dahulu meja kopi yang berada di hadapan sofa. Memang betul, ada segelas air kosong di atas meja itu.

"Ok" aku hanya menurut. Aku tidak mahu mengganggu kerjanya.

Lagipun tidak ada apa yang akan berlaku. Semuanya selamat.

Hafiz senyum dahulu sebelum bergerak menaiki tangga.

Kaki aku mula melangkah ke arah sofa sebelum perlahan-lahan melabuhkan punggung. Dek kerana kandungan aku yang sudah mencecah 8 bulan, aku agak sukar untuk bergerak. Semua pergerakan perlu dilakukan dengan berhati-hati.

Aku selesakan kedudukan sebelum bersandar pada belakang sofa. Telefon kerja Hafiz yang berada di tangan aku dipandang. Jantung aku berdetak dengan agak laju. Perasaan takut masih lagi bersisa. Tak ada apa Aisya. Kau buka, kau reply. Kalau kau rasa takut, kau tutup, kau lempar dekat sofa sebelah. Hafiz takkan marah sebab dia sayang kau.

Dengan bacaan bismillah, aku membuka alat elektronik itu. Terpampang mesej Kazril pada skrin telefon ini. Pasti Hafiz membacanya dahulu sebelum memberi kepada aku.

Assalamualaikum Aisya.
Awak dah tidur ke? Maaf
saya ganggu awak malam-
malam macam ni

Jari aku mula menari-nari di atas keyboard. Aku berfikir dahulu sebelum membalas. Risau jika aku terkasar bahasa tanpa aku sedar.

Waalaikumussalam. Tak
adalah, awak tak kacau
saya pun. Saya belum tidur,
tengah baca novel. Kenapa
awak mesej saya?

Aku rasa berdebar ketika ini. Bukan berdebar kerana tidak sabar untuk menunggu Kazril membalas mesej, tetapi takut untuk tahu mengapa dia menghantar mesej pada waktu malam sebegini. Selalunya dia akan mesej pada waktu petang ataupun pagi. Tidak pernah dia mesej selepas waktu Isyak sebegini.

Tidak sampai beberapa minit, mesej aku dibalas. Jujur, jantung aku semakin berdegup laju. Mata aku mula memerhati mesej yang dihantar olehnya.

"Sebenarnya, saya nak
ajak awak keluar hari ini.
Tapi kenapa awak tak
angkat call? Awak tak sihat
ke?"

Takdir Terindahku √Where stories live. Discover now