Bab 34

5.2K 328 40
                                    

Aku hela nafas setelah meletakkan raga baju pada tempat dimana aku mengambilnya. Aku mencekak pinggang dahulu sebelum renggangkan badan sedikit. Semenjak kandungan aku masuk 4 bulan, aku cepat betul letih dan lenguh. Baru buat kerja sikit dah sakit badan.

Aku gelengkan kepala sedikit. Bukannya banyak pun baju kotor yang aku angkat, tapi letih bukan main.

Ketika aku sedang berada dalam fikiran sendiri, aku terdengar bunyi kereta yang sedang masuk ke dalam perkarangan rumah. Mata aku terus bersinar apabila aku sedar pemilik bunyi itu.

"Itu bunyi kereta along. Mesti along dah belikan aku pavlova" aku bercakap sendiri sebelum melangkah laju keluar daripada bilik.

Sewaktu kaki aku melangkah dengan agak pantas ke ruang tamu, suara dingin along membuatkan kaki aku terhenti disebalik dinding.

"Kenapa along? Macam marah je ni." Kedengaran suara ibu menyoal anak sulungnya itu.

Aku dapat dengar bunyi plastik diletakkan di atas meja. Aku dekatkan sedikit telinga aku dengan ruang tamu, sedaya upaya aku menyembunyikan diri di sebalik dinding ini.

"Niat baik nak belikan adik pavlova, tak sangka pula boleh ternampak Hafiz." Dingin betul suara along ketika ini. Seperti tidak suka apabila ternampak lelaki itu.

Aku cuba peka dengan apa yang dibualkan oleh ibu dan along. Aku harap mereka tak perasan kewujudan aku disini. Nasib sahaja ayah dan angah tiada di rumah ketika ini. Tak adalah yang akan menegurku sewaktu aku sedang mencuri dengar perbualan oleh yang lebih tua.

"Along tegur dia ke?"

"Awalnya memang berniat nak tegur, tapi bila nampak dia dengan perempuan... Terus hilang niat tu." suara along semakin lama semakin kedengaran marah.

Walaupun aku tidak nampak wajah along ketika ini, tetapi aku dapat bayangkan betapa ketatnya wajah along.

Apabila mendengar Hafiz bersama perempuan lain, hati aku dihentak rasa sedih. Aku memejamkan mata. Betullah tekaan aku selama ini. Dia dah bencikan aku. Dia dah tak boleh hidup dengan aku.

"Dasar lelaki dayus" Along hela nafas berat.

Aku membuka mata semula. Nafas aku tarik dalam-dalam. Kuat Aisya, kau kuat. Kau tak perlu harapkan seorang suami untuk terus hidup. Kau boleh hidup sama macam sebelum kau ada suami.

"Perlahankan suara along. Jangan sampai adik dengar" ibu menegur dengan nada suara yang agak perlahan, tetapi aku tetap dapat mendengarnya dengan jelas.

Suara ibu kedengaran sedikit sayu. Pasti sedih apabila mengetahui tentang itu.

Tanpa berfikir panjang, aku terus melangkah ke arah ibu dan along. Kelihatan wajah ibu dan along betul-betul terkejut apabila melihat kemunculan aku.

"Adik dah dengar. Semuanya" Aku cuba mengawal suara aku. Aku sedih, aku berasa sakit... Tetapi aku tidak mahu menangis.

Cukuplah aku menangis selama ini. Aku sudah tidak mahu dihimpit rada sedih. Aku perlu kuat demi anak aku, demi kehidupan aku.

"Adik, jangan fikir yang bukan-bukan. Mungkin Hafiz ada kerja dengan perempuan tu" Ibu seperti cuba menenangkan aku. Gayakan betul-betul tidak mahu aku salah sangka.

Aku kuntumkan senyuman nipis. Wajah risau ibu aku tatap dengan wajah biasa.

"Adik dah tak kesah ibu. Biarlah dia nak buat apa pun. Adik dah tak nak ambil tahu" Untuk pertama kalinya, aku berkata begitu.

Tidak pernah aku terfikir yang aku akan mengucapkan ayat tersebut. Tidak pernah juga aku menyangka yang aku akan tempuhi semua ini.

"Apa adik cakap ni? Walau apa pun yang jadi, dia tetap suami adik" Suara ibu kedengaran marah. Mungkin kerana dia tidak suka aku berkata begitu.

Takdir Terindahku √Where stories live. Discover now