Bab 39

6K 355 93
                                    

"Korang, kenapa korang pergi Dubai?" Akhirnya, soalan yang bermain difikiran aku selama berbulan-bulan lamanya telah aku suarakan.

Aku mahukan jawapan. Aku benar-benar hairan mengapa Adara dan Naura tiba-tiba sahaja perlu ke Dubai, sedangkan Naura masih belum pulih sepenuhnya.

Naura dan Adara saling berpandangan. Aku nampak Adara memberi isyarat kepada Naura, seperti meminta Naura untuk menceritakannya.

Naura tarik nafas dahulu sebelum dihembus perlahan.

"Sebab Hafiz. Dia yang arahkan"

"Hah?" Aku kerutkan dahi. Wajah aku terus berubah apabila Naura menyebut nama Hafiz.

"Sebenarnya, Hafiz yang suruh kami datang sini. Segala perbelanjaan kami dekat sini dia yang tanggung. Duit penerbangan kami semua kesini pun dia yang bagi."

"Tapi kenapa?" Aku masih tidak mengerti. Kenapa Hafiz perlu buat semua tu? Takkanlah sebab dia bencikan aku?

"Sebab dia taknak kitorang berkorban lagi untuk kau. Dia cakap, dia taknak orang yang kau sayang sakit semata-mata nak selamatkan kau" kali ini, Adara pula yang bercerita.

Aku masih lagi tidak mengerti. Dahi aku masih lagi terkerut.

"Aku tak faham. Apa yang jadi sebenarnya?" Aku pandang Naura dan Adara silih berganti.

"Kau akan tahu tak lama lagi"

.

.

.

Gambar Hafiz yang memakai baju melayu putih beserta songkok dan sampin itu diusap perlahan. Gambar ini diambil semasa hari bersejarah mereka. Hari dimana mereka berdua disatukan sebagai suami isteri, akan tetapi jodoh mereka hanya sampai disini sahaja. Langsung tidak pernah aku menyangka yang aku akan menghadapi semua ini sendiri.

Telefon aku letakkan pada katil lalu tangan kanan aku dipandang. Cincin yang masih tersemat cantik pada jari manis aku dipandang. Walaupun aku dan si dia telah bercerai, tetapi aku masih tidak menanggalkan cincin nikah ini walaupun seketika.

Cincin itu aku usap. Batu pertama bersaiz sederhana itu aku teliti. Sungguh, cincin ini bukan murah harganya. Mahal dan sangat bernilai. Humaira pernah beritahu yang cincin ini dibeli di Arab Saudi dan paling mahal di dalam kedai itu. Hafiz sendiri yang membelinya dan meminta umminya untuk menyimpan sehinggalah tiba hari perkahwinannya.

Takdir Terindahku √Where stories live. Discover now