Aku memandang kiri dan kanan sebelum beralih melihat jam yang dililit pada pergelangan tangan.
Keluhan yang agak berat aku lepaskan. Aduh... mana angah ni? Pagi tadi bukan main beria nak temankan aku pergi mall. Last-last, tak sampai 10 minit berjalan, dah dapat panggilan daripada hospital. Dah tau diri tu sibuk, nak juga offer diri temankan aku.Aku memandang kiri dan kanan semula sebelum aku garu perlahan kepala aku yang dilitupi tudung. Macam mana aku nak balik ni? Kalau aku tahu angah akan tinggalkan aku macam ni, baik aku naik kereta ibu. Tak payah nak tunggu dekat sini.
Aku terfikir untuk menaiki grab, tapi risau juga jika angah datang ke sini untuk ambil aku. Jarak antara hospital ke sini agak jauh. Kasihan pula angah jauh-jauh datang ke sini untuk ambil aku. Dah la aku call angah tak diangkat.
Keluhan aku lepaskan buat sekian kalinya. Ada beberapa orang sedang berlalu lalang di hadapan aku. Nasib sahaja di hadapan pasaraya ini disediakan kerusi. Dapat juga aku melabuhkan punggung, tak adalah penat berdiri.
Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk menunggu sahaja. Jika angah tak boleh mengambil aku, pasti dia akan menghubungi aku kejap lagi. Telefon pintar yang berada di dalam beg tangan aku ambil sebelum aku keluarkan. Tangan aku mula membuka aplikasi sebelum jari aku menggesek perlahan skrin telefon itu.
Ketika aku agak leka memandang paparan skrin, aku ternampak sepasang kaki yang tiba-tiba sahaja muncul di hadapan aku. Daripada kasut dan bentuk kakinya, aku dapat meneka yang gerangan di hadapan aku ada lelaki.
Aku terus bangun daripada duduk tanpa melihat dahulu wajah lelaki tersebut. Apabila aku mengangkat kepala, aku terkedu. Mata aku terus terpana memandang wajahnya. Nafas aku bagaikan terhenti. Sungguh aku tidak sangka lelaki ini sedang berdiri di hadapan aku dengan senyuman di bibirnya.
"Hai Dhila" suaranya yang kedengaran mesra menyapa.
Aku jeda seketika. Suara itu, suara yang aku harapkan untuk didengari 6 tahun lepas. Suara yang membuatkan aku terngiang-ngiang akan pemiliknya.
Senyumannya semakin dimaniskan apabila aku hanya diam memandangnya.
Aku perhati wajahnya. Wajah yang aku tatap sekarang ini agak berbeza dengan wajahnya 6 tahun lepas. Aku nampak ada jambang memenuhi wajahnya, walaupun agak penuh tetapi kelihatan kemas. Wajahnya juga kelihatan matang berbanding tahun sebelum.
Apabila sedar status aku ketika ini, aku terus palingkan pandangan. Aku ucapkan selawat di dalam hati. Aku mengambil beg tangan yang aku letakkan pada kerusi sebelum aku menjarakkan kedudukan kami. Aku sedar aku ialah wanita, aku perlu menjaga jarak antara aku dan lelaki ajnabi. Apatah lagi aku ialah isteri orang. Walau apa pun yang terjadi, aku perlu menjaga maruah suami aku.
"Apa awak buat dekat sini?" Aku menyoal dengan nada yang tidak senang.
Walaupun dia tidak membuat apa-apa dekat aku, tetapi aku tidak suka akan kewujudannya disini. Apa yang dia telah buat dekat aku 6 tahun lepad membuatkan aku tidak suka akan keberadaannya disini.
"Dhila, saya datang sini sebab saya nak minta maaf dekat awak. Saya tahu saya salah, saya minta maaf" Aku dapat dengar kekesalan daripada suaranya. Wajahnya juga tampak kesal.
Aku senyum sedikit, tidak manis tetapi cukup sekadar senyum hormat.
"Saya dah maafkan awak. Awak dah tak ada salah dengan saya" Jujur, aku sudah memaafkan salahnya walaupun apa yang dua telah buat betul-betul membuatkan aku derita.
Akan tetapi, aku sedar. Dia juga manudia biasa, tidak lari daripada kesilapan. Sudah lama aku maafkan dia, aku juga sudah melupakan dia sejak kehilangannya dahulu. Tidak pernah aku menyangka yang dia akan muncul semula setelah bertahun menghilangkan diri.
YOU ARE READING
Takdir Terindahku √
Storie d'amore"Apa nama awak?" "Fadhila Aisya Makaila. Awak boleh panggil saya Dhila." "Tapi saya nak panggil awak Aisya" Terdiam aku dibuatnya. Tidak pernah dalam sejarah hidup, ada orang mahu memanggilku Aisya. "Saya minta maaf, tapi saya dah tersuka awak tanpa...