Aku menyuapkan mi goreng kedalam mulut sebelum aku memandang sekeliling. Dilihat Hafiz hanya memandang telefon pintarnya. Dia tidak makan, katanya dia dah kenyang.
Dia hanya nak aku makan memandangkan aku hanya mengambil sekeping roti sahaja untuk sarapan dan sekarang ini telah berginjak ke pukul 2:30 petang. Sempat kami singgah di masjid dahulu untuk solat Zohor sebelum menjamu selera di restoran ini. Kami telah meminta diri untuk pulang setelah lama bertapa di hospital. Aku tahu Hafiz juga sudah tidak larat menunggu.
Semasa aku sedang memandangnya, telefonnya tiba-tuba sahaja berdering minta diangkat.
"Awak tunggu sini kejap, saya nak angkat call" Hafiz pantas bangun daripada duduk.
Aku tidak bercakap apa, sebaliknya hanya menganggukkan kepala. Muncul rasa pelik apabila dia berjalan jauh meninggalkan aku untuk menjawab panggilan.
Dahi aku terkerut. Siapa yang call? Kenapa perlu pergi jauh untuk jawab? Rahsia sangat ke orang tu sampai aku tak boleh tahu?
Akhirnya aku hanya membiarkan. Malas aku hendak berfikir tentang aku. Baik aku makan. Perut pun kenyang.
Beberapa minit kemudian, Hafiz muncul dengan wajah yang agak gelisah. Tiba-tiba sahaja dia datang dekat denganku. Aku memandangnya dengan wajah terkerut. Bukan sahaja pelik kerana dia tidak duduk di kerusinya, malah aku juga hairan kerana wajahnya seperti gelisah dan ada biasan marah. Ada sesuatu yang tak kena ke?
"Aisya, jom balik" tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba sahaja Hafiz mengajak aku balik.
"Hahh?" Aku menyoal kembali tidak mengerti.
"Jom balik, cepatlah" nada suaranya kedengaran mendesak. Seperti ada sesuatu yang membuatkan dia berasa tidak senang hati.
Aku memandang mi goreng yang masih bersisa di dalam pinggan aku. Hanya separuh sahaja yang selamat masuk kedalam perut, separuh lagi masih berbaki didalam pinggan. Aku memandangnya semula.
Hafiz semakin kelihatan tidak tentu arah. Sesekali dia melihat ke arah bahagian dalam restoran sebelum melihat aku.
"Cepatlah" dia mendesak lagi. Suaranya tidak marah, tetapi kedengaran tegas.
"Tapi saya tak habis makan lagi" aku menunjuk ke arah mi georeng yang masih tersisa.
Aku nampak Hafiz membawa keluar dompetnya daripada poket sebelum sekeping duit RM10 ringgit diletakkan dibawah kotak tisu sebelum domoet itu disimpan kembali. Dia melakukan itu dengan pantas.
"Tinggal je. Jom balik" Hafiz terus memegang tangan aku. Dia tidak menarik kuat, tetapi cukup untuk membuatkan aku mengikutnya. Aku yang terkial-kial terus bangun lalu beg tangan dicapai sebelum disilangkan pada bahu.
Hafiz memegang erat tangan aku dan aku terus berlari ke sebelahnya. Aku taknak orang nampak seperti Hafiz sedang memaksa aku. Sedaya upaya aku melajukan langkah supaya kekal disebelahnya. Dia seperti tergopoh-gapah ke kereta, seperti ada seseorag yang sedang mengejar.
Disebabkan pergerakannya terlampau laju, aku tidak sempat untuk memandang belakang. Risau pula jika tiba-tiba ada orang didepanku dan tanpa sengaja aku terlanggarnya.
Kami bergerak laju kearah kereta. Sempat juga dia menekan remote kereta sebelum membuka pintu pada bahagian pemandu. Aku masuk ke bahagian itu lalu dengan pantas dia menutup pintu. Kakinya diatur laju ke arah tempat duduk pemandu.
Kereta dihidupkan sebelum dipandu keluar daripada perkarangan restoran.
Aku masih lagi pelik dengan tindakannya. Tiba-tiba sahaja dia terkejar-kejar untuk lari jauh daripada restoran itu.
YOU ARE READING
Takdir Terindahku √
Romance"Apa nama awak?" "Fadhila Aisya Makaila. Awak boleh panggil saya Dhila." "Tapi saya nak panggil awak Aisya" Terdiam aku dibuatnya. Tidak pernah dalam sejarah hidup, ada orang mahu memanggilku Aisya. "Saya minta maaf, tapi saya dah tersuka awak tanpa...