Bab 49

6K 297 28
                                    

Air mata aku jatuh tanpa henti. Sakit yang rasa ketika ini bagai ini tidak mampu aku ungkapkan. Sakit yang bagaikan nyawa aku hampir dicabut. Aku lemah. Doktor memberitahu bahawa aku mengandungkan anak kembar. Pada awalnya aku teramat bersyukur kerana Allah telah memberikan aku sepasang cahaya mata... Tetapi pada waktu ini, aku sudah berasa tidak mampu. Seorang sudah selamat keluar dari kandunganku, seorang lagi masih belum keluar melihat dunia. 

"Puan boleh, jangan putus asa!"

"Teran puan. Demi anak puan!" 

Apa yang diperkatakan oleh doktor dan MA itu bagaikan angin untuk aku. Aku menggelengkan kepala dengan lemah. Apa yang berlaku di sekitar wad bersalin ini aku endahkan. Aku sudah tidak mampu. Aku masih sedar, tetapi aku sudah tidak mempunyai kekuatan. Apa yang mampu aku lakukan hanyalah mengalirkan air mata. Abang... Aisya sakit. Abang kat mana? 

Air mata aku tumpah lagi. Ya Allah, berikanlah kekuatan untuk aku. Jika kekuatan itu terpaksa digantikan dengan nyawa aku, aku sanggup Ya Allah. Bantu aku Ya Allah.

Tiba-tiba, ada tangan yang entah dari mana memegang tangan kanan aku. Tiada siapa yang menemani aku ketika ini. Yang ada di dalam wad ini hanyalah doktor dan MA. Sedikit pun aku tidak berkalih melihat gerangan yang memegang tangan aku. Aku hanyut menahan rasa sakit dan sedih yang silih berganti menghentak diri. 

"Sa... Sayang" 

Aku tersentak. Aku terdiam. Mata aku sedikit terbeliak apabila mendengar suara itu, mendengar panggilan itu. Air mata aku jatuh buat sekian kalinya. Aku gelengkan kepala perlahan. No... tak mungkin. Tak mungkin. Itu hayalan aku, itu perasaan aku. Tak mungkin. 

"Pandang... abang sayang" Sekali lagi suara itu datang, meminta aku untuk melihatnya. 

Aku pejamkan mata seketika. Ya Allah, benarkah itu dia? Benarkah itu suami aku? 

"Ini abang. Su...suami sayang" 

Serentak itu, kepala aku kalih ke arahnya. Mulut aku terbuka. Air mata aku jatuh bercucuran. Aku melihatnya dengan wajah tidak percaya. Gerangan yang berada di sebelah adalah Hafiz, suami aku. 

"Abang" Aku memanggilnya perlahan. Air liur aku telan payah. Sakit masih aku rasa.

Aku pejamkan mata seketika, menahan air mata daripada jatuh lagi. Keadannya sekarang ini sangat-sangat menyentakkan hati aku. Dia tampak parah, sangat parah. Kepalanya berbalut, kakinya berbalut, wajahnya peluh luka dan lebam, Dia hanya bersandar lemah pada kerusi roda. 

Sekonyong-konyong, dia selitkan jarinya pada jari aku beleum menggenggam. Tidak erat genggamannya, ini bermakna dia masih tidak mempunyai kudrat sepenuhnya. 

"Sayang... tolong. Selamatkan anak kita. Abang... merayu" 

Aku buka mata semula apabila dia berkata demikian. Aku pandang dia dahulu. Aku pejamkan mata sebelum menangguk. Kau boleh Aisya. Doa kau dah dimakbulkan. Hafiz ada dekat sebelah kau. Dia ada temankan kau. Jangan hancurkan harapan dia Aisya.

Lafaz bismillah aku baca dahulu. Segala rasa sakit ini cuba aku buang sejauhnya. Bantu aku Ya Allah, selamatkan anak aku.

.

.

.

Aku terbaring lemah. Mata aku hanya kuyu memandang atas. 

"Ini anak tuan dan puan" 

Seorang bayi diletakkan pada celah tangan kanan aku, seorang lagi diletakkan pada Hafiz. Disebabkan bayi ini dilahirkan awal daripada tarikhnya, beratnya hanya 2.5 kg. Jadi Hafiz masih mampu untuk memegangnya walaupun dia sendiri masih sakit.

Hafiz telah mengazankan dan mengiqamatkan kedua cahaya mata kami walaupun dia sendiri masih berasa lemah. Air matanya mengalir sewaktu melakukan sedemikian.

Alhamdulillah, kedua anak aku telah selamat dilahirkan. Kami dikurniakan sepasang anak kembar. Aku bersukur kerana dikurniakan cahaya mata yang cukup sifat. Perbezaan waktu mereka dilahirkan hampir 20 minit, ini disebabkan aku kehilangan kekuatan sebentar tadi. 

"Terima kasih sayang. Terima kasih" Entah kali yang keberapa, Hafiz berkata begitu.

Sejak daripada aku selamat bersalin, sehinggalah kini. Dia tidak henti-henti mengucapkan kata syukur kepada Maha Esa dan berterima kasih kepada aku.

Aku hanya mampu senyum tipis, badan aku sangat lemah. Tenaga aku sudah tiada. Aku hanya melihatnya dengan pandangan kuyu.

"Abang janji... abang akan jaga anak kita... dengan sayang sebaik mungkin." Tutur katanya masih tidak lancar. Dia tepat memandang mata aku. 

Aku senyum sedikit sebelum menggelengkan kepala perlahan.

"Tak perlu... jaga saya." Aku membalas lemah. 

Aku nampak wajahnya bertukar hairan.

"Kenapa? Sayang isteri abang. Abang akan... jaga sayang" Dia tampak pelik apabila aku berkata begitu. 

Tangannya yang masih memegang tangan aku, aku genggamkan sedikit. Terima kasih Ya Allah, kabulkan doa aku. Terima kasih, selamatkan zuriat aku. Terima kasih, gembirakan suami aku. Aku redha Ya Allah, aku redha.

"Sayang" Hafiz memanggil aku apabila aku tidak menjawab soalannya. 

"Ada orang lain yang akan... jaga saya. Abang jaga diri... jaga anak kita. Saya sayang abang... sangat-sangat." Tutur kata aku semakin tidak jelas. Semakin lama semakin perlahan. 

Aku semakin lemah. Jantung aku semakin berdegup perlahan. Mata aku semakin kuyu. Nafas aku semakin perlahan.

"Sayang... sayang" Berkali kali Hafiz memanggil aku. Tangan aku juga digoyang-goyangkan dengan agak kuat.

Aku tidak mampu membalas, mahupun memberikan riaksi. Aku tidak mampu melakukan apa-apa. 

"Doktor! Tolong doktor!" Hafiz menjerit sekuat hati. 

Tanpa sempat jam berdetik, Doktor dan beberapa orang yang lain tiba di sekitar aku. Mereka tampak terkejut. 

"Patient tumpah darah!" itu sahaja yang dapat aku dengar sebelum mata aku terpejam. Terima kasih Ya Allah. 

[060920/12:50pm]

Takdir Terindahku √Where stories live. Discover now