Bab 24

5.3K 323 34
                                    

Aku senyum panjang. Sejak daripada keluar rumah sebentar tadi, bibir ini tidak henti menguntumkan senyuman. Gembiranya bukan kepalang apabila Hafiz tiba-tiba sahaja mengajak balik ke rumah ibu dan ayah.

"Amboi, bukan main eh senyum."

Aku memalingkan wajah menghadap Hafiz apabila dia menegur. Aku mula tersengih. Badan aku sengetkan sedikit, menghadapnya yang sedang kusyuk memandu.

"Mestilah. Saya rindu dekat ibu dengan ayah"

Aku nampak dia senyum dahulu sebelum memusingkan stereng ke arah kiri, masuk ke simpang berdekatan dengan rumah ayah. Senyuman aku semakin lebar, tak sabar nak jumpa ibu dan ayah.

"Awak duduk sana sampai petang. Lepas saya balik kerja, saya ambil awak"

Aku memandangmya dengan wajah terkerut apabila dia berkata begitu.

"Awak tak duduk situ sekali ke?" Suara aku kedengaran kecewa sedikit. Aku ingat dia nak duduk sekali dekat sana.

Hafiz menggelengkan kepala membuatkan aku muram sedikit.

"Alah.... Kenapa?" Nada suara aku semakin mengendur. Kecewa aku dibuatnya apabila Hafiz akan tinggalkan aku dekat situ tanpa keberadaannya.

"Saya kerja sayang" Dia memujuk sedikit. Suaranya lembut sahaja.

Aku menggumam tidak jelas, yang pastinya Hafiz akan dengar aku seperti merengek.

"Tak bestlah macam tu. Hari ni kan hari sabtu. Kenapa nak kena kerja pula?" Aku masih tidak puas hati. Aku nak dia ada sekali. Aku nak rapatkan dia dengan abang-abang aku. Kalau dia tak ada, tak jadilah.

"Saya dah banyak ambil cuti, lagipun kesian dekat Farhan kena buat banyak kerja sorang diri. Dia ada dekat pejabat sekarang."

Aku hanya mengabaikan apa yang dia cakap. Sedikit sebanyak aku berasa panas hati dengan dia. Tak cukup lagi ke selama ni dia balik lewat, buat kerja sampai ke tengah malam? Pernah juga sampai dekat subuh baru balik, tak kan tak cukup lagi? Setahu aku kerja lawyer bukannya sampai kena duduk dekat office tu 24 jam.

Walaupun aku marah dengannya, tetapi aku tidak mahu memberitahunya. Aku takut jika aku dikira kurang ajar pula, tapi aku nak dia ada sekali.

Aku hanya diam memandang luar tingkap. Wajah aku cemberut sedikit.

Hafiz memberhentikan kereta apabila sampai di hadapan rumah ayah. Aku dengar dia tarik handbreak dahulu sebelum membuka seatbeltnya. Aku masih bisu di sebelah. Dia langsung berkalih kepadanya.

Aku dengar dia mengeluh sedikit. Tiba-tiba sahaja, dia membuka tali pinggang keledar yang berada kemas pada badan aku sebelum dia tarik perlahan tangan aku supaya menghadapnya.

Mahu ataupun tidak, badan aku terpaksa menghadapnya, tetapi kepala aku sengaja memandang ke arah lain. Perasaan marah masih lagi bersisa.

"Aisya, saya minta maaf" dia mula mengungkapkan kata maaf. Walaupun aku dapat dengar kesungguhannya, tetapi aku tidak memandang wajahnya.

"Tak baik tau bila suami bercakap, isteri buat tak tahu"

Aku memejamkan mata seketika. Aku baru sedar kekilafanku. Betul apa yang dia cakap, tidak baik buat begini. Dia suami aku dan aku oerlu hormat dia.

Apabila sedar kesalahanku, aku terus memandang wajahnya. Aku memegang tangannya sebelun kepala aku tunduk menyalaminya.

"Sorry" aku ungkap perlahan perkataan itu. Rasa bersalah apabila buat tidak tahu dekat suami aku sendiri.

Dia usap perlahan kepala aku yang dilitupi tudung sebelum dia senyum kecil.

"Tak apa. Dah, jom kita masuk"

Takdir Terindahku √Where stories live. Discover now