Bab 29

4.8K 314 27
                                    

Perlahan-lahan mata aku dibuka. Aku tutup mulut apabila berasa ingin menguap. Aku kelipkan mata beberapa kali sebelum aku perasan ada tangan yang memeluk erat pinggang aku. Aku memandang sebelah, dilihat Hafiz sedang lena dibuai mimpi dengan tangannya selesa memeluk aku. 

Aku memandang jam yang digantung di dinding. 9:21. Sekali lagi aku menutup mulut akibat menguap. Aku dan Hafiz telah membuat keputusan untuk tidur semula selepas subuh akibat tidur lewat semalam. Kami telah menghabiskan banyak masa di dapur untuk membuat biskut sehingga tidak sedar jam sudah berginjak pada pukul 1:42 pagi. Setelah selesai mengemas, kami naik ke bilik tidur pada pukul 2 pagi. Letihnya tidak terkata. 

Memandangkan hari ini ialah hari Sabtu, jadi Hafiz tidak perlu ke pejabat dan kami bersetuju untuk tidur semula. 

Aku menutup semula mata aku, perasaan ngantuk masih lagi bersisa. Aku selesakan sedikit badan aku sebelum berjinak-jinak untuk tidur. Baru beberapa saat aku menutup mata, telinga aku menangkap deringan telefon daripada telefon pintar aku. 

Aku memandang ke arah meja kecil yang berada di sebelah. Siapa pula yang call pagi-pagi ni? 

Aku dengan perasaan yang malas bergerak sedikit untuk mencapai telefon itu, tetapi tangan Hafiz menghalang aku untuk mendapatkan telefon itu. Perlaha-lahan aku alihkan tangannya daripada pinggang aku. Penuh berhati-hati aku berbuat demikian. Tak nak mengganggu tidurnya.

Hampir separuh tangan Hafiz berjaya aku alihkan, tiba-tiba sahaja Hafiz kembali memeluk pinggang aku, erat. Aku memandang wajahnya, dilihat wajahnya berkerut sedikit.

"Sayang nak pergi mana?" Nada suara serak basahnya seperti tidak suka apabila aku cuba alihkan tangannya. Aku mengusap sedikit tangannya.

"Saya nak ambil phone tu. Dari tadi berbunyi"

Hafiz ketatkan pelukan. wajahnya disembamkan sedikit pada bahu aku.

"Alah, biarkan je. Kacaulah saat bahagia orang" Kali ini suara Hafiz kedengaran sedikit marah.

Aku ketawa sedikit. Amboi, betul-betul tak nak lepaskan aku ni.

"Abang, kejap je. Lepas ni saya teman abang balik." Aku cuba memujuk. Tangannya sekali lagi aku cuba alihkan daripada pinggang aku.

Akhirnya, Hafiz lepaskan pelukan. Dia membuka mata sedikit, memandang aku.

"yalah. jangan lama sangat. Abang tak boleh tidur kalau tak peluk Aisya" 

Aku menampar perlahan tangannya. Bukan main tak boleh tidur bagai.

"Mengadalah abang ni" Aku mula bergerak ke arah meja kecil itu lalu telefon pinntar milik aku diambil. 

Aku pandang skrin. Terpampang 3 misscall daripada Clinton. Aku kerutkan dahi. Clinton? Kenapa dia call aku? 

Tidak pernah selama ini Clinton menghubungi aku kecuali sewaktu kenduri kesyukuran yang diadakan di rumah aku tahun lepas. Itupun dia ingin menanyakan di mana rumah aku.

Aku pandang sekilas Hafiz yang masih baring di atas katil sebelum aku bangun daripada katil lalu kaki diatur ke balkoni. Aku mula menghubungi Clinton semula. Beberapa detik kemudian, panggilan aku diangkat.

"Hello" Aku memberi sapaan awal.

 .

.

.

Aku memandang ke dalam kedai. Kelibat seseorang aku cari sehingga aku ternampak satu tubuh berbaju hitam sedang duduk pada meja di tepi dinding. 

"Dia dekat situ" Aku terus menarik tangan Hafiz mengikut langkah aku. Hafiz dengan perasaan malasnya terpaksa mengikut.

Takdir Terindahku √Where stories live. Discover now