Bab 15

6.2K 344 7
                                    

"Kemoterapi akan membawa banyak kesan kepada pesakit. Awak boleh tahan perangai saya bila saya badmood? Awak boleh buat semua kerja rumah bila saya tak mampu nak bangun daripada katil? Awak boleh tahan bila saya muntah dan rasa mual? Awak boleh temankan saya bila saya rasa takut dan seram sejuk? Awak boleh tenangkan saya bila saya rasa putus asa dan tak mampu untuk teruskan semua ni?" Bertubi-tubi soalan aku tuju kepadanya.

Kesemuanya aku lontarkan dengan nada serius. Aku tepat memandang wajahnya. Dia seperti biasa, tenang dan wajahnya seperti kosong tiada riaksi apabila mendengar apa yang aku cakapkan.

"Apa gunanya saya sebagai seorang suami kalau tak mampu untuk berkorban demi isteri saya. Saya janji dengan awak, saya akan ada dengan awak sepanjang tempoh rawatan. Saya yakin Allah akan sentiasa lindungi kita"

Aku merenung televisyen di hadapan aku. Walaupun mata aku kelihatan sedang menonton drama yang sedang terpampang sekarang ini, tetapi sebenarnya fikiran aku jauh melayang kepada situasi 2 minggu lepas. Hari dimana Hafiz ingin membawa aku berjumpa dengan isteri kepada rakannya yang mampu merawat penyakit aku.

Aku tersenyum sedikit. Apa yang dia katakan dua minggu lepas, semuanya dia tidak mungkiri. Sejak aku balik daripada melakukan kemoterapi 5 hari lepas, dia memang cukup sabar dan penuh kasih sayang melayan aku.

Aku bersyukur kerana aku berada pada tahap pertama kanser hati. Pada awalnya doktor agak terkejut kerana pada tahap pertama aku sudah berasa sakit, selalunya penghidap kanser akan mula berasa sakit ketika sudah berada di tahap ketika dan keempat.

Sungguh aku bersyukur. Walaupun aku berasa sakit tetapi aku anggap ini sebagai anugerah kepada aku. Aku dapat mengesan penyakit ini diawal kewujudannya. Mungkin Allah ingin menguji aku dan Hafiz dengan sedikit ujian untuk melihat sejauh mana ketaqwaan kami kepada-Nya.

Sungguh aku bersyukur kerana aku dikurniakan seorang suami yang sangat bertimbang rasa. Aku langsung tidak diizinkan untuk melakukan sebarang kerja sejak dia mengetahui tentang sakit ini, apatah lagi selepas melakukan kemoterapi.

Kesemua kerja di dalam rumah ini dia yang uruskan. Pada malam hari pula, dia sanggup melakukan kerjanya di ruang tamu semata-mata untuk menemani aku menonton televisyen. Walaupun selama ini dia selalunya akan menghabiskan masa di dalam bilik kerjanya.

Aku sangat bersyukur atas kurniaan ini. Aku juga turut bersyukur kerana kemoterapi pertama ini tidak memberi kesan yang berat kepada aku. Aku hanya lemah badan dan kadang-kadang tiada selera untuk makan, tetapi Hafiz akan cuba sehabis baik untuk menyuruh aku makan. Bukan secara paksa, tetapi secara memujuk.

Sepanjang tempoh itu juga, dia tidak pergi ke kerja. Bila aku tanya, dia cakap tak apa, kerjayanya sebagai peguam tetap boleh diteruskan dirumah. Lagipun dia membuka syarikat guaman bersama seorang lagi rakan baiknya, Farhan. Jadi jika ada sebarang surat menyurat Farhan sendiri yang akan hantar ke sini. Nasib sahaja dalam tempoh terdekat ini dia tiada kes dan perlu ke mahkamah.

Takdir Terindahku √Where stories live. Discover now