Bab 17

5.6K 338 12
                                    

Aku terjaga daripada lena apabila terasa tilam tenggelam sedikit, menandakan ada orang yang baru baring di sebelahku. Aku diam sejenak. Aku membiarkan beberapa minit berlalu sebelum aku memusingkan badan memandang manusia di sebelah.

Nampaknya Hafiz telah lena dibuai mimpi. Wajahnya nampak sangat letih dan tidak bermaya. Aku perasan ada kerutan pada dahinya.

Aku mula hairan. Banyak sangat ke kerja dia sampai tidur pun dahi berkerut? Aku berasa risau, perlahan tangan aku mengusap lembut dahi suamiku sehingga kerutan itu hilang.

Aku memandang ke arah jam dinding sebelum terlopong seketika. 12:58 malam? Biar betul?

Sekali lagi aku memandang Hafiz. Sejak aku disahkan pulih sepenuhnya 5 hari lepas, Hafiz semakin sibuk. Dia selalu balik kerja lewat. Dia juga banyak menghabiskan masa sendirian di dalam bilik kerjanya.

Kadang kala aku perasan dia selalu tertekan. Bila aku cuba untuk bertanya, dia hanya berkata syarikatnya bersama Farhan ada masalah.

Sekarang ini dia baru sahaja pulang ke rumah. Pada tengah malam. Aku mula rasa ragu-ragu. Betul ke syarikat dia ada masalah? Takkan sampai tengah malam macam ni baru dia balik?

Tiba-tiba, aku tersedar sesuatu. Pantas aku menampar perlahan pipiku. Apa kau ni? Dia suami kaulah! Tak baik buruk sangka macam tu. Insyaallah, dia takkan buat benda yang tak elok.

Sekonyong-konyong, aku mula menguap lalu pantas aku menutup mulut. Ngantuk mula datang menjelma kembali.

Aku kembali baringkan tubuh sebelum selimut aku tarik sehingga paras dada. Aku tidur berhadapan dengan Hafiz. Aku tatap wajahnya. Walaupun sudah tiada kerutan didahinya, wajahnya tetap kelihatan letih dan seperti tidak tenang.

Baru sahaja tangan aku ingin naik mengelus rambutnya, tiba-tiba tubuh aku dipeluk kuat olehnya. Aku terkejut apabila dia berbuat demikian.

"Jangan... Jangan ambil dia" Hafiz mengigau sambil tubuhku semakin dipeluk kuat. Seolah-olah dia menghalang daripada aku diambil seseorang.

Aku terus menyedarkan dia. Mukanya aku usap, cuba untuk membuatkan dia membuka mata.

Setelah mencuba, akhirnya Hafiz membuka mata memandangku. Dahinya terkerut, wajahnya risau. Nafasnya cuba tercungap-cungap.

Tanpa sempat aku bertanya, terus tubuhku sekali lagi dipeluk erat.

"Sayang tolong, jangan tinggalkan saya" Tina-tiba sahaja dianberkata sedemikian dengan nada yang sayu. Seperti merayu kepada aku.

Walaupun aku terkejut dengan perbuatannya, tangan aku lembut mengusap belakangnya. Cuba untuk menenangkan hatinya yang gusar itu.

"Kenapa ni? Awak mimpi buruk ke?" Aku cuba menyoal. Kelakuannya sekarang ini membuatkan aku bertambah risau. Tidak pernah lagi aku melihat dia meracau seperti ini.

"Tolong janji dengan saya, walau apa pun yang terjadi lepas ni, tolong jangan sesekali berniat untuk tinggalkan saya" Hafiz masih lagi merayu. Kali ini aku dengar nada suaranya terketar. Seperti menahan tangisan. 

Aku semakin risau. Pasti ada sesuatu yang telah membuatnya takut sehingga begini sekali.

"Ya saya janji. Istigfar banyak-banyak, semua tu mimpi je." Tangan aku masih tidak henti mengusap belakangnya. Masih mencuba menenangkannya.

Hafiz tidak menjawab, sebaliknya dia semakin mengeratkan pelukan.

Aku mengeluh perlahan. Nampaknya dia masih lagi berasa takut.

Aku menarik perlahan badannya-cuba untuk meleraikan pelukan.

Hafiz hanya menurut. Apabila pelukan dileraikan, dia kelihatan menundukkan kepala. Tidak mahu aku melihat wajahnya.

Takdir Terindahku √Where stories live. Discover now