Bab 6

6.7K 392 12
                                    

"Kenapa saya Hafiz? Kenapa bukan orang lain?" Aku menanyakan soalan yang sedari tadi aku fikirkan. Sengaja aku bertanya dihadapan keluargaku. Aku nak tengok sejauh mana keberaniannya.

Wajahnya tenang sekali. Sedikit sebanyak muncul rasa hairan. Macam mana dia boleh setenang ini disaat dia disoal dengan bermacam-macam soalan yang dia sendiri tidak tahu sama ada mampu ataupun tidak untuk dijawab.

"Bukannya mudah untuk saya ambil keputusan datang ke sini. Saya pilih awak kerana kerana Allah Taala. Awak ada ciri-ciri seorang wanita solehah"

Aku terkelu. Sungguh aku terkejut dengan jawapannya. Dia memilih aku kerana Allah Taala. Ya Allah, benarkah dia jodohku?

"Saya pilih awak kerana diri awak sendiri, Aisya. Pertama kali saya jumpa awak, saya terpegun dengan cara pakaian awak. Jujur saya cakap, susah untuk jumpa perempuan yang menutup auratnya dengan sempurna pada zaman sekarang." Hafiz menundukkan pandangan seketika. Mungkin tidak mahu memandang wanita yang belum sah baginya begitu lama.

"Yang kedua, awak dah berjaya pikat hati ummi saya tanpa awak sedari" Aku nampak senyuman muncul dibibirnya.

"Ummi awak?" Dahi aku terkerut. Bila masa pula aku jumpa ummi dia?

"Puan Mardhiah adalah ummi saya"

Aku terlopong seketika. Maksudnya, orang yang aunty cakap tengok aku tu dia?

"Maknanya, awaklah lelaki yang on the phone haritu"

Hafiz anggukkan kepala.

"Daripada keluar butik, sampailah ke rumah. Ummi saya puji awak. Ummi saya cakap, dia berkenan dengan awak, kalau boleh dia nak awak jadi menantu dia. Saya tahu, dia tujukan kepada saya. Sebab saya sorang je anak lelaki dia." Aku nampak dia senyum. Entah kenapa aku rasa senyumannya ikhlas.

Takdir Terindahku √Where stories live. Discover now