Bab 47

5.4K 279 17
                                    

Mata aku berkedip-kedip memandang suamiku. Kebiasaan aku iaitu tersenyum apabila bertentang dengan suamiku telah hilang, lenyap ditelan kepiluan. Apa yang tinggal hanya keresahan hati dan kegusaran jiwa.

Aku sudah puas menangis. Sejak aku sampai sehinggalah 2 jam kemudian. Kini aku sudah tidak mengalirkan air mata lagi, tetapi itu tidak bermakna aku kembali ceria. Mana mungkin aku tersenyum ketika suami aku sedang terlentang sakit tanpa menyedarkan diri.

Adara, Naura dan Emma masih utuh menemani aku. Tidak sedikit pun mereka memberi hint bahawa mereka ingin pulang, walaupun ahli keluarga aku ada sudah tiba di hospital. Begitu juga dengan Farhan, dia juga langsung tidak meninggalkan ward. Betapa kuatnya tali persahabatan mereka berdua.

Aku masih teringat apabila aku memberitahu ummi tentang keadaan Hafiz sebentar tadi. Ummi sangat-sangat terkejut. Sama seperti aku, aku dengar dia menangis. Aku tahu, dia pasti terkilan sekali kerana tidak dapat datang melihat anak sulungnya kerana berada di Indonesia ketika ini berada walid dan Humairah.

Tangan Hafiz aku genggam erat, erat seolah-olah takut untuk melepasnya. Takut yang seolah-olah ini kali terakhir aku menyentuhnya. Sesekali aku menyentuh wajahnya, tetapi aku tidak berani untuk membiarkan jariku berada lama di wajah itu. Balutan pada kepalanya membuatkan aku risau dia kesakitan walaupun aku tau dia tidak sedarkan diri.

"Saya minta maaf Aisya, saya tak sangka yang Hafiz betul-betul berjumpa dengan Kazril"

Apa yang dibicarakan oleh Farhan membuatkan aku terpaling memandangnya. Tangan Hafiz masih utuh digenggam.

"Maksud awak?" Aku menyoal tidak mengerti. Aku memandangnya dengan wajah inginkan penerangan.

Dia mengeluh dahulu.

"Lepas subuh tadi, dia ada call saya. Dia cakap dia nak jumpa dengan Kazril. Saya ingat dia main-main, sebab saya tahu yang dia takkan membahayakan diri dia sendiri. Tapi saya tak sangka dia betul-betul maksudkannya. Kalau saya tahu, dah lama saya halang dia" Farhan nampak serba salah.

Sejak aku tiba lagi dia sering mengungkapkan kata maaf. Seolah-olah dialah punca semua ini terjadi. Padahal dia langsung tidak bersalah.

Aku diam sekejap. Betul, lepas subuh tadi Hafiz ada memberitahu yang dia hendak menghubungi Farhan. Apabila dia berkata begitu, aku bergerak meninggalkan bilik dengan niat tidak mahu menggangu suamiku.

Mungkin dia mahu bercakap secara peribadi dengan Farhan, tetapi tidak pula aku sangka yang dia ingin memberitahu Farhan tentang perjumpaannya dengan Kazril. Jika aku tahu, dari awal lagi aku tidak membiarkan dia keluar.

"Awak ke yang jumpa dia?" Aku menyoal semula setelah berdiam.

Farhan menggangguk.

"Pada awalnya saya tak tahu yang dia betul-betul jumpa Kazril. Tapi bila saya call dia banyak kali, dia tak angkat. Mesej pun tak reply. Saya mula syak. Saya nak call awak, tapi Hafiz ada bagitau yang dia nak keluar, jadi saya syak dia tak ada dengan awak. Bila saya tanya kawan-kawan yang lain, diorang pun tak tahu. Saya mula rasa tak sedap hati. Saya dapat rasakan ada sesuatu berlaku dekat dia."

Aku hanya diam mendengar, begitu juga dengan Adara, Naura dan Emma yang dari tadi lagi hanya mendiamkan diri.

"Saya bagitau kawan-kawan yang lain, ajak diorang tolong carikan Hafiz. Dan tempat pertama kitorang pergi adalah dekat sebuah rumah yang dah lama ditinggalkan. Rumah tu adalah rumah yang Kazril tinggal. Dan tak sangka, Hafiz ada dekat situ. Kitorang terkejut, sangat-sangat terkejut. Kazril dah melampau Aisya. Dia pukul Hafiz dengan kayu besbol. Masa tu Hafiz dah tak sedarkan diri. Kepala dia berdarah dan ada kesan darah pada dinding. Kitorang cepat-cepat bawa dia datang hospital" wajah Farhan sangat sayu ketika ini.

Takdir Terindahku √Where stories live. Discover now