Bab 31

5.1K 308 110
                                    

"Ingat, kalau adik perlukan seseorang... ibu sentiasa ada untuk adik" 

Aku mengalirkan air mata. Entah kenapa aku rasakan seperti ibu tahu apa yang aku alami, sebab itulah ibu bercakap begitu. Aku mengelap perlahan air mata aku sebelum membuang pandangan ke luar tingkap. Segan pula jika pembantu teksi ini sedar aku menangis.

Aku terbayang wajah ibu, walaupun aku tidak menceritakan apa-apa kepadanya, dia seperti cuba untuk menenangkan aku. Seolah-olah dia tahu apa yang terjadi kepadaku. Mahu sahaja aku menangis didalam pelukannya, luahkan segala kesakitan dan keperitan yang aku lalui selama ini, tetapi aku tidak boleh berbuat demikian. Aku tidak tahu sama ada betul ataupun tidak yang ibu tahu apa yang aku rasa.  

Seminggu, bukan jangka masa yang singkat. Sudah seminggu Hafiz tidak bercakap dengan aku, dia seperti melarikan diri daripada aku. Dalam jangka masa itu juga, dia tidak tidur sebilik dengan aku, sebaliknya dia tidur di bilik tetamu. Sakit dan pedih aku rasa setiap malam. Jujur aku cakap, susah untuk aku tidur. Aku tak tahu, kenapa suami aku boleh berubah sehingga sedemikian rupa. Apa salah aku? Apa dosa aku hingga dia sanggup buat aku macam tu?

"Cik, dah sampai"  

Aku memandang ke arah kanan sebelum aku menghela nafas sedikit. Tanpa membuang masa, aku keluarkan duit yang telah awal-awal lagi aku sediakan lalu aku hulurkan kepada pemandu teksi. 

"Eh, banyak ni cik" pemandu teksi itu menolak huluran aku. 

Aku senyum dahulu.

"tak apalah, pakcik simpanlah duit tu" 

"Terima kasih" Huluran aku disambut baik sebelu aku membuka pintu kereta. Aku keluarkan badan aku lalu menutup perlahan pintu kereta itu.

Aku mula melangkah masuk ke kawasan guard untuk masuk ke dalam kawasan kondominium mewah ini. Teksi ataupun kereta sembarangan tidak dibenarkan masuk, oleh sebab itu aku berjalan masuk.

Apabila sampai di pintu guard, kad pemilik rumah kondominium itu aku letak pada scanner sebelum pintu pagar itu dibuka. Aku berjalan sehinggalah sampai ke lobi kondominium. 

Aku menekan butang lift sebelum beberapa ketika pintu lift dibuka. Butang tertulis 54 aku tekan sebelum pintu lift itu tertutup. 

Nafas berat aku hela sedikit. Ya Allah, bantulah aku. Tolong pulihkan hubungan aku dengan suamiku. Aku tak sanggup untuk teruskan hidup begini. 

Aku terus memandang hadapan apabila pintu lift dibuka. Langkah aku atur keluar daripada lift sebelum bergerak ke rumah. 

Baru sahaja aku ingin melangkah masuk ke dalam rumah, aku dapat rasakan yang Hafiz telah balik. Hal ini kerana aku dapat bau haruman minyak wanginya. Aku memejamkan mata seketika. Ya Allah, jernihkanlah semuanya. Bantulah aku.

Dengan lafaz bismillah, aku membuka pintu sebelum aku masuk ke dalam rumah. Aku mula rasa tidak sedap hati apabila Hafiz berada bertentangan dengan aku ketika ini, cuma dia tidak menghadap aku. Dia sedang memandang ke arah luar balkoni. 

Kejadian aku keluar berjalan-jalan di kawasan kondomiun beberapa minggu lepas bermain dalam ingatan. Wajah Hafiz ketika itupun sudah membuatkan aku kecut perut, apatah lagi wajah yang bakal aku hadap sebentar lagi. Aku yakin pasti berganda lagi wajah tegasnya, mungkin juga dia akan melakukan sesuatu kali ini. Aku hanya memandang belakangnya. Lagaknya seperti marah. 

Aku dapat rasakan yang dia tidak perasan aku berada di belakangnya. Aku berkira-kira hendak memanggilnya ataupun tidak. Aku yakin yang dia tahu aku tiada di rumah walaupun selama seminggu ini dia mengelak untuk berjumpa denganku. 

Jika aku tidak memanggilnya, takkanlah aku hendak naik ke atas terus. Itu dikira kurang ajar dan tidak menghormati suami. Akan tetapi, aku takut aku akan terluka jika berdepan dengannya. Cukuplah selama seminggu ini aku menangis tidak henti, air mata aku seolah-olah sudah kering dan tidak mahu keluar lagi. 

Takdir Terindahku √Where stories live. Discover now