Bab 28

5K 316 19
                                    

Aku memandang Hafiz yang sedang memandu di sebelah. Aku perhati wajahnya. Wajahnya sudah tidak ketat dan serius seperti apabila aku sampai di pejabatnya petang tadi. Seram jugalah aku masa mula-mula dia masuk bilik lepas jumpa Adara. Aku ingat dia nak marah aku, nasib ianya tidak berlaku. 

Hampir sejam jugalah dia berdiam diri sebelum bercakap dengan aku, dan sejam jugalah masa yang diambil untuk wajahnya kembali normal. Tiada lagi kerutan serta wajah marah pada mukanya.

"Kenapa Aisya? Ada benda nak bagitau abang ke?" Hafiz tiba-tiba sahaja Hafiz bersuara apabila menyedari daripada tadi lagi aku merenung wajahnya.

"Saya sebenarnya nak cerita something dekat abang. Abang nak dengar tak?" Aku menyoal dahulu sebelum mula bercerita. Mana tahu dia tengah fikir benda lain ke.

"Sayang, kalau awak ada benda nak share dengan abang, bagitau je. Tak payah tanya. abang sentiasa ada untuk dengar cerita awak" 

Aku terus senyum. Terharu aku dibuatnya apabila dia berkata begitu. Terus bersemangat aku untuk bercerita.

"tadi, masa saya otw balik dengan Dara, saya minta Athiqh untuk singgah 7E. Lepastu..." belum sempat aku bercerita, Hafiz terus memeotong kata-kata aku.

"Awak minta singgah 7E? Kan abang dah cakap jangan pergi mana-mana, balik rumah terus." Nada suara Hafiz kedengaran tegas sedikit. 

Aku terdiam. Nampaknya aku telah bongkarkan kesalahan aku sendiri. Sepatutnya aku merahsiakan perihal itu daripadanya.

"Saya teringin nak makan aiskrim, sebab tu saya minta Athiqh singgah 7E. Sorry abang" Aku mula rasa bersalah. Aku dah langgar apa yang dia larang. Sepatutnya aku tak patut minta nak pergi 7E, sebab dia awal-awal lagi tak izinkan aku pergi mana-mana.

Aku dengar Hafiz hela nafas perlahan. 

"abang maafkan awak. Tapi tolonglah, lepas ni jangan buat lagi. Abang larang bukan saja-saja. Setiap benda yang abang larang awak buat ada sebabnya." Bicara Hafiz kedengaran serius membuatkan sedikit takut. Apa maksud dia? 

Aku hanya diam tidak membalas. Entah mengapa sekarang aku sudah berasa takut dengannya. Walaupun dia tidak marah, tetapi aku tetap takut.

Tiba-tiba, aku rasa tangan aku digapai. Hafiz menarik perlahan tangan aku sebelum digenggam di atas pahanya. Matanya masih kekal memandang hadapan.

"Aisya, kenapa diam? Tadi awak cakap nak cerita?" 

Aku memandang wajahnya sebelum berfikir sejenak.

"Takpelah. Nantilah saya cerita" Aku menolak untuk bercerita dengannya. Aku masih lagi takut dengannya.

Hafiz memberhentikan kereta apabila lampu isyarat bertukar merah. Dia memandang aku yang berada di sebelah sebelum tangan kanannya naik mengusap lembut kepada aku. Tangan kirinya masih kekal menggenggam erat tangan kanan aku.

"Aisya, abang tak marah awaklah. Ceritalah, abang nak dengar." Nada suaranya seolah-olah bersungguh-sungguh meminta aku cerita. Aku pandang dia semula. Aku nampak wajahnya betul-betul hendak tahu.

Akhirnya, aku ambil keputusan untuk ceritakan kepadanya.

"Athiqh setuju nak singgah 7E, lepastu saya turunlah nak masuk kedai. Saya ajak Adara pergi sekali, tapi dia taknak. Jadi saya masuklah seorang. Masa saya tengah pilih aiskrim tu, tiba-tiba je Adara ada dekat sebelah. Muka dia bukan main berkerut, lepas tu dia asyik pandang sekeliling. Macam ada yang tengah perhati kitorang masa tu" Aku terus menceritakan apa yang berlaku sewaktu itu. 

Hafiz menyambung semula pemanduan apabila lampu bertukar hijau. Tangan kanannya memegang erat stereng, tangan kirinya pula tidak lepas menggenggam tangan kiri aku yang berada di atas pahanya.

Takdir Terindahku √Where stories live. Discover now