Bab 42

5.9K 332 25
                                    

"Betul ke korang nak balik esok?!" Aku dengan nada teruja terus menyergah apabila panggilan disambungkan.

Wajah aku tak usah dicakap, gembira bukan main setelah Hafiz bagitau yang Adara dan Naura akan balik ke Malaysia pada esok hari.

"Hafiz bagitau kau ke?" Terbeliak mata Adara ketika ini.

"Dia terlepas cakap. Dia ingat aku tau"

Aku perasan Adara buat muka sedikit. Tak puas hatilah tu.

"Kan aku dah cakap, mesti Hafiz bagitau punya." Naura yang tiba-tiba sahaja muncul disebelah bersuara.

Adara terus memberi ruang sedikit kepada Naura sebelum telefon pintarnya itu dibetulkan sedikit supaya aku boleh melihat mereka berdua.

Dalam diam aku tersenyum kecil. Sweet betul diorang dua ni, pakai baju tidur pun sama corak.

"Alah korang ni, biarlah dia bagitau. Dah la aku rindu gila dekat korang. Nampak sangat korang tak rindu aku" suara aku cuba untuk rendahkan, seperti aku terasa hati.

Mata mula aku alihkan ke arah lain. Tak terasa pun sebenarnya, sengaja nak tengok apa riaksi dua manusia ni.

"Mula lah tu nak sentap mak buyung ni. Kitorang tak nak bagitau kau, sebab kitorang nak surprisekan kau. Tak tahu laki kau tak reti nak simpan rahsia" Adara masih lagi tidak berpuas hati.

Geram sahaja wajahnya ketika ini.

"Pastikan aku dapat banyak hadiah eh, sebagai ganti rugi korang pergi sana. Dah la korang tinggalkan aku masa aku tengah derita, lama pula tu." Kali ini aku pula membuat muka.

Tak pernah aku bayangkan kedua sahabat aku ini melarikan diri ketika aku dilanda ujian. Syukur semuanya berjalan dengan baik. Apa yang dapat dioakan ketika ini hanya pengakhiran yang turut membahagiakan.

"Yang tu kau salahkan suami kau. Dia yang bersungguh-sungguh suruh kitorang datang sini." Hafiz disalahkan ketika ini.

Akan tetapi, ada betulnya juga. Semua perbelanjaan mereka di sana dibayar sepenuhnya oleh Hafiz. Itu pun demi keselamatan mereka juga. 

"Alah kau ni, benda dah lepas.  Kitorang pun dah nak balik esok" Naura mula bersuara semula setelah berdiam diri. 

Baru aku perasan dia sedang memegang cawan. Tak perlu tengok isi dalam cawan kaca itu pun aku dah tahu air apa yang berada di dalam cawan itu. Tidak lain tidak bukan air kegemaran Naura, nescafe panas kurang manis.

"Bercakap pasal balik esok, korang stay rumah sewa ke rumah mak ayah korang?" 

"Kitorang ingat nak stay rumah parent dulu untuk seminggu. Lama tak jumpa kan" 

Aku hanya mengangguk.

"Bercakap tentang parent ni, aku baru teringat something. Aisya, kau nak tahu something tak?" Tiba tiba sahaja Adara berkata begitu, seperti ada sesuatu yang menarik. 

Pandai sahaja dia menarik perhatian aku untuk menjadi penyibuk. Telefon aku dekatkan sedikit pada wajah aku.

"Apa dia?" aku menyoal dengan penuh minat. Tumpuan aku beri sepenuhnya kepada Adara. Betul-betul bersemangat nak tau ni. 

"Eh, kau jangan bagitau pasal tu eh" Naura beri amaran sambil tangannya ditunding ke arah wajah Naura, gayanya seperti menahan Naura daripada memberi tahu sesuatu.

Adara sengih kambing, seolah-oleh tidak menghiraukan langsung amaran Naura.

"Of course lah pasal tu, pasal apa lagi" Selamba sahaja Adara berkata, tidak kesah langsung dengan Naura yang sedang menjeling tajam ke arahnya.

Takdir Terindahku √Where stories live. Discover now