Alhamdulillah. Aku sudah selesai rawatan untuk merawat kanser hati. Aku dan Hafiz memanjatkan rasa syukur yang tidak ternilai apabila doktor memberitahu sel kanser yang berada di hati aku telah terhapus. Aku betul-betul bersyukur. Sebaik sahaja keluar daripada bilik doktor kelmarin, kami berdua menangis kegembiraan sewaktu didalam kereta.
Memang nikmat kebahagiaan yang tak ternilai besarnya. Aku langsung tidak menyangka yang aku boleh sembuh secepat ini. Allah masih berikan aku keizinan untuk meneruskan hidup dengan tubuh badan yang sihat.
.
.
.
"Alhamdullilah. Puan seratus peratus sembuh sepenuhnya. Tiada lagi sel kanser dalam badan puan." Doktor Maya memberitahu aku dengan wajah yang dihiasi oleh senyuman. Aku yakin dia juga turut gembira kerana pesakitnya sudah sembuh daripada barah.
Sekali lagi aku mengungkapkan kata syukur yang tidak terhingga. Aku berjumpa dengan doktor hari ini untuk melakukan pemeriksaan terakhir. Risau juga aku jikalau tiba-tiba doktor mengatakan masih ada lagi sel kanser didalam tubuhku. Sungguh aku lega kerana itu tidak terjadi.
Aku datang ke sini sendiri. Hafiz tidak dapat menemani aku kerana dia perlu menggantikan Farhan dalam kes mahkamah memandangkan lelaki itu tiba-tiba sahaja tidak sihat.
Lagipun aku tidak kisah, sudah hampir sebulan suamiku itu neninggalkan kerjanya. Aku juga sudah sembuh, tiada apa lagi yang perlu dirisaukan.
"Oleh sebab Puan Fadhila dah sembuh, saya ada surprise untuk puan"
Aku terkejut sedikit. Pelik apabila wanita di hadapan aku ini tiba-tiba sahaja ingin memberikan aku kejutan.
Badan aku dekatkan sedikit dengan meja, Doktor Maya yang duduk bertentangan dengan aku itu dipandang.
"Surprise apa doktor?" Aku menanyakan dengan penuh minat.
Siapa tak suka bila dapat kejutan. Mungkin doktor ini ataupun pihak hospital ingin memberikan sesuatu kepada aku kerana aku berjaya sembuh daripada penyakit berbahaya ini.
Dia senyum dahulu.
"Masuk" tiba-tiba sahaja dia melaungkan perkataan itu sambil memandang ke arah pintu. Aku yang mendengarnya turut memandang ke arah pintu. Surprise apa dia nak bagi?
Senyuman mula muncul di wajahnya. Dada berombak tidak sabar ingin mengetahui kejutan yang akan diberikan kepada aku.
Apabila pintu tersebut dibuka daripada luar, senyuman aku terus mati. Mata aku terbeliak, jantung aku bagaikan terhenti. Nafas seperti tidak dapat aku hembus.
Aku terpana. Tubuh seorang lelaki yang sangat aku kenali sedang berjalan dengan penuh segak kearahku. Dengan kedua-dua tangan yang dimasukkan ke dalam poket, ditambah pula dengan lengan kemeja yang disinsing sehingga ke siku.
Jika ada gadis yang melihat manusia yang sedang berjalan ke arahku, aku yakin dia pasti akan jatuh suka dengan lelaki itu dan bersyukur kerana dapat berjumpa dengan lelaki sesegak ini. Malang sekali aku berasa sebaliknya.
Matanya tajam menikam anak mataku. Dia langsung tidak mengalihkan pandangan daripada aku. Seolah-olah memberi amaran awal kepadaku. Tiada senyuman diwajahnya seperti selalu. Ini adalah wajah yang jarang aku tatap dan tidak mahu aku lihat.
Kaki aku yang mula terasa longlai pantas aku tegakkan semula. Rilek Aisya, kau boleh handle.
Lelaki itu berdiri tegak dihadapanku. Sama seperti tadi, matanya tidak lari sedikitku daripada menikam anak mataku. Pandangan mata helangnya semakin membuatkan aku berasa ingin jatuh terduduk.
YOU ARE READING
Takdir Terindahku √
Romance"Apa nama awak?" "Fadhila Aisya Makaila. Awak boleh panggil saya Dhila." "Tapi saya nak panggil awak Aisya" Terdiam aku dibuatnya. Tidak pernah dalam sejarah hidup, ada orang mahu memanggilku Aisya. "Saya minta maaf, tapi saya dah tersuka awak tanpa...