Butang remote televisyen ditekan berkali-kali untuk menukar siaran. Satu-persatu siaran astro telah aku buka dan tiada satu pun yang menarik minat aku. Aku beralih untuk menonton youtube pula. Namun hampir 3 minit aku menyelongkar aplikasi merah itu, masih tiada yang berjaya menawan hati aku.
Akhirnya, televisyen itu aku tutup sebelum aku sandarkan badan aku kebelakang. Keluhan berat aku lepaskan sebelum aku pusingkan badan untuk berbaring. Apa aku nak buat? Aku betul-betul dah bosan ni. Kerja rumah semua dah siap, nak masak pula awal lagi. Lagipun Hafiz cakap dia tidak pasti sama ada pulang untuk makan tengah hari ataupun tidak.
Sibuk sungguh lelaki itu sekarang. Walaupun dia selalu menemani aku, tetapi dia lebih banyak menghilangkan diri.
Sekali lagi keluhan aku lepaskan. Aku dah mati akal sekarang ini, tidak tahu apa yang hendak dibuat. Jika dibiarkan lebih lama, silap-silap aku bercakap dengan dinding pula. Aku mula bangun daripada baring sebelum punggung aku angkat daripada sofa. Kaki aku melangkah ke arah tingkap besar di ruang tamu ini.
Aku mengintai ke bawah, walaupun rumah ini berada di tingkat yang tinggi, tetapi mata aku jelas menangkap keindahan taman bunga yang berada di kawasan kondominium ini. Kawasan kolam renang yang agak besar juga cantik menghiasi kawasan sekeliling.
Aku berfikir sejenak. Aku tidak pernah berjalan di sekitar kawasan kondominium ini. Hafiz juga tidak pernah menunjukkan aku kawasan taman bunga yang indah itu. Pasti cantik sekali pemandangan di bawah itu.
Aku berkira-kira mahu pergi ataupun tidak. Risau juga jika apa-apa terjadi kepada aku. Hafiz juga ada berpesan supaya berhati-hati. Katanya kita tidak tahu bahaya apa yang akan menjelma.
Tiba-tiba, aku terkenangkan alasan mengapa Hafiz membeli rumah di kondominiun ini. Dia cakap rumah ini selamat dan orang sembarangan memang susah untuk masuk ke kawasan ini. Maknanya selamatlah jika aku meronda di kawasan sekitarkan?
Aku angguk sedikit, setuju dengan pemikiran aku. Tak ada apa rasanya, lagipun Hafiz lambat lagi hendak balik. Sekarang baru pukul 10, dia selalunya akan sampai ke rumah apabila jam berginjak ke pukul 12:30 tengah hari. Masih ada masa untuk aku menghilangkan rasa bosan ini.
Setelah bersetuju dengan pendapat sendiri, aku mula mengatur langkah naik ke bilik, bersiap untuk keluar.
.
.
.
Aku melangkah keluar daripada lift apabila sampai ke tingkat yang aku inginkan. Satu persatu kaki aku berjalan menuju ke rumah. Apabila sampai di hadapan rumah, aku kerutkan dahi apabila pintu rumah sedang terbuka. Aku naik hairan. Rasanya aku dah kunci pintu tadi, macam mana boleh terbuka pula? Takkanlah ada pencuri masuk?!
Aku mula cemas lalu kasut dibuka dengan pantas sebelum aku masuk kedalam rumah. Apabila nampak satu susuk tubuh yang sedang berdiri di tengah-tengah ruang tamu berpaling daripadaku sambil bercakap telefon membuatkan aku menghela nafas lega. Ya Allah, nasib baik Hafiz. Aku ingatkan pencuri dah tadi.
Tiba-tiba sahaja, Hafiz memusingkan badan menghadap aku. Aku terkejut. Dahinya terkerut, mata tajam memandang. Aku yakin dia sedang marah, tetapi aku dapat nampak biasan risau disebalik matanya.
Matanya tajam memandang anak mata aku membuatkan aku tidak mampu bercakap. Aku bagaikan tidak mampu mengeluarkan suara.
Dia menapak mendekati. Nafasnya turun dan naik dengan agak pantas. Seolah-olah risau sedang menyelebungi diri.
Aku semakin takut, tetapi tidak pula aku melangkah menjauhinya. Sebaliknya aku hanya terpaku di situ.
"Awak pergi mana?" Satu persatu perkataan ditekan, semakin lama semakin tegas. Aku telan liur. Suaranya kedengaran seperti sedang menahan amarah yang menjulang tinggi.
ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir Terindahku √
Dragoste"Apa nama awak?" "Fadhila Aisya Makaila. Awak boleh panggil saya Dhila." "Tapi saya nak panggil awak Aisya" Terdiam aku dibuatnya. Tidak pernah dalam sejarah hidup, ada orang mahu memanggilku Aisya. "Saya minta maaf, tapi saya dah tersuka awak tanpa...
