Bab 21

5.2K 325 6
                                    

Sudah sehari berlalu semenjak Naira dikhabarkan telah sedar. Sejak itu juga telefon aku tidak henti-henti menerima panggilan. Bukan sahaja daripada telefon Naura, malah daripada telefon Adara, Ezzry serta ummi Naura sendiri.

Kelmarin aku terpaksa mematikan telefon, aku tidak mahu Hafiz berasa rimas dengan panggilan yang tidak henti-henti. Dia juga hari ini kelihatan begitu sibuk membuat sesuatu yang aku tidak tahu. Entahlah, aku sudah malas untuk berfikir. Apa yang boleh aku buat hanyalah berdoa semoga Hafiz tidak buat sesuatu yang membuatkan aku sedih.

Aku memandang telefon pintar milik aku. Sudah seharian telefon ini dimatikan. Tiba-tiba aku rasa hendak hidupkan semula telefon ini. Aku berfikir sejenak. Patut ke tak aku on? Ke tak payah? Kalau diorang call macam mana?

Aku menggelengkan kepala. Tak, diorang takkan call rasanya. Sejak kelmarin lagi diorang tak henti-henti cuba menelefon aku. Mesti diorang dah putus asa.

Entah mengapa, di pagi yang tenang ini aku mengambil keputusan untuk menghidupkan kembali telefon ini. Setelah menekan butang on beberapa saat, skrin mula menyala.

Apabila skrin utama terpampar, aku membulatkan mata. Ya Allah, 196 misscall? Biar betul?

Aku terkejut. Sungguh aku terkejut. Aku tidak menyangka yang mereka sanggup menghubungi sebanyak ini. Baru saja aku ingin menggesek skrin, satu panggilan masuk.

Aku memandang skrin telefon. Sekali lagi aku terkejut. Nama Adara terpampang di skrin. Macam mana dia tahu aku on telefon ni? Takkanlah dia call setiap minit?

Aku tidak berbuat apa. Tidak menggangkat panggilan mahupun berniat untuk menjawab. Sebaliknya aku hanya melihat skrin telefon ini. Lama telefon aku berdering minta diangkat, tetapi aku hanya memandang.

Akhirnya, setelah hampir seminit telefon ini berbunyi, ia diam semula. Tidak sempat aku ingin menekan skrin, panggilan masuk semula. Kali ini nama Naura pula terpampang di skrin telefon. Ya Allah, Naura.

Kali ini aku memandang dengan bergenang air mata. Nama Naura yang aku lihat betul-betul membuatkan aku dihentak rasa sayu. Sama seperti tadi, aku hanya membiarkan. Tetapi kali ini aku memandang dengan mata yang menunggu masa sahaja untuk mengalirkan cecair.

Secara tiba-tiba, ada tangan yang mencapai telefon ini daripada tangan aku. Tidak kuat, tetapi cukup untuk membuatkan telefon itu beralih ke tangannya. Hafiz sedang berdiri tegak disebelahku. Dia dilihat menggesek butang hijau lalu telefon ditekapkan pada telinga. Lagaknya biasa sahaja. Tidak marah mahupun geram.

"Assalamualaikum" dia memberi salam sebelum melihat wajah aku. Aku hanya dia memandang gelagatnya.

"Ada dekat sini"

Aku dapat rasakan orang yang membuat panggilan menanyakan tentang aku. Aku tidak pasti sama ada betul Naura ataupun bukan. Mungkin juga Ezzry ataupun Adara.

Sekonyong-konyong, Hafiz menghulurkan telefon itu kepada aku. Aku memandangnya dengan mata yang masih bergenang, sebelum aku menggelengkan kepala menandakan tidak mahu.

"Cakaplah, kesian dekat Dara" Hafiz berkata dengan nada meminta.

Akhirnya, telefon itu dicapai lalu ditekapkan pada telinga. Lega sedikit apabila Hafiz berkata ianya Adara, bukannya Naura. Aku risau aku tidak dapat bersuara.

"Hello" aku memulakan bicara. Aku dapat rasakan Hafiz melabuhkan punggung disebelahku.

"Aisya" suara sayu dan menahan tangis Naura masuk kedalam gegendang telinga aku. Aku memandang Hafiz. Aku ingatkan ianya Adara. Air mata aku mengalir. Suara Naura betul-betul membuatkan aku berasa sedih.

Takdir Terindahku √Where stories live. Discover now