Bab 32

5.2K 330 47
                                        

Perlahan-lahan aku membuka mata sebelum aku memegang kepala. Aku terus memandang sebelah. Dari bukaan mata yang masih belum penuh, aku nampak along berada di sebelah. Dia berpakaian uniform polis lengkap. Wajahnya sangat risau ketika ini.

"Adik" Along menarik kerusinya mendekati aku. Dia menarik turun penghadang katil sebelum dia mengusap kepala aku yang dilitupi tudung.

"Adik dekat mana?" Aku menyoalnya sebelum memandang sekeliling.

"Adik dekat hospital. Adik pengsan dekat rumah Hafiz"

"Macam mana along boleh jumpa adik?" Hairan aku apabila along yang berada di sebelah.

"Along pergi sana, kebetulan along ada kerja dekat kawasan situ. Along ingat nak jumpa adik, tapi tak sangka pula benda lain yang jadi" Wajah along ketat, seperti menahan marah. Dalam masa yang sama, wajahnya juga kelihatan risau.

"Apa dah jadi? Masa along nak masuk pagar kondo, along nampak kereta Hafiz."

Aku hanya diam tidak berputik. Aku tidak tahu bagaimana hendak memberi tahu along. Pasti dia akan kecewa dan sedih.

"Adik, along tanya ni" Nada suara along ditekankan sedikit. Menandakan dia mahukan jawapan.

Aku memandang wajah along. Nampaknya along betul-betul nak tahu apa yang telah terjadi.

Aku berfikir sejenak. Aku tidak tahu bagaimana hendak memulakan. Aku juga risau aku tidak dapat menahan perasaan sedih.

"Adik..." Baru sahaja aku ingin bersuara, pintu ward aku dibuka dengan pantas daripada luar sebelum satu suara yang aku kenali sedang riang kedengaran.

"Tahniah adik! Adik pregnant" Angah melangkah laju ke arah katil aku. Wajahnya betul-betul ceria. 

Aku terdiam. Nafasku terhenti. Beberapa detik kemudian, air mata aku menitis. 

"Allah" Aku merintih sebelum aku menutup wajahku. Air mata aku mengalir dengan lebat sekali. Aku tak tahu bagaimana hendak gambarkan perasaan aku ketika ini, aku gembira akan berita tersebut, tapi perasaan takut aku lebih menyelebungi diri. Ya Allah, dugaan apa pula yang kau beri kepada aku?

"Adik" Along dan angah terus datang mendekati aku. Mereka berdua terus duduk di sebelahku lalu badan aku dipeluk. Aku teruskan menangis. Ini bukan air mata kegembiraan, ini air mata sedih dan perit.

"Adik, kenapa ni?" Angah menyoal dahulu sebelum mengusap lengan aku. 

"Adik, cakap dengan along. Kenapa adik nangis?" Along mengusap kepala aku. Aku mengangkat wajah sebelum wajah along dan angah berubah kelat apabila melihat muka aku yang sudah basah dan air mata yang masih galak mengalir.

"Hafiz... dia dah tinggalkan adik" Aku memejamkan mata sebelum mengemamkan bibir. Aku menahan tangisan daripada keluar. Ya Allah, peritnya rasa ini.

Along dan angah yang berada di sebelahku tersentak. Mereka berdua memandang sesama sendiri, seolah-olah tidak percaya dengan apa yang aku ucapkan.

"Adik bergurau je kan?" Angah menyoal kembali. Betul tekaan aku, mereka tidak percaya apa yang aku cakapkan.

Tangisan aku kedengaran. Sungguh aku tidak sanggup untuk menyebut sesuatu ayat, tetapi itu sahaja yang boleh aku buat untuk along dan angah percaya bahawa aku tak main-main.

"Dia gantung adik tak bertali. Dia tinggalkan adik. Dia dah tak boleh hidup dengan adik" Aku menunduk kembali, air mata aku semakin lebat mengalir. Aku tutup muka aku. Sakit sangat rasa ini.

Serentak itu, along dan angah terus memeluk aku. Mereka berdua sedaya upaya menenangkan aku.

"Sabar adik, ini semua ujian"

Takdir Terindahku √Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang