Bab 13

6K 366 10
                                    

Aku memejamkan mata erat, tanganku memegang kuat pada bahagian rusuk kanan. Sakitnya tidak terkata sekarang ini. Aku menundukkan sedikit badan, sakit yang aku rasa ini bukan sakit biasa. Aku mula rasa resah. Aku pernah rasa sakit ini. Sakit yang membuatkan aku derita selama 2 tahun lamanya.

Aku menarik nafas dalam-dalam. Aku tak boleh biarkan. Aku tak boleh tunjuk dekat Hafiz yang aku sakit. Aku tak boleh buat dia tahu yang aku sakit. Kau kuat Aisya, kau kuat! Macam mana kuatnya Aisya isteri Rasulullah, sekuat itu jugalah kau boleh jadi.

Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum aku hembus perlahan. Mata aku masih terpejam. Di dalam hati aku tidak henti berzikir juga berdoa. Ya Allah, kau hentikanlah sakit ini buat seketika. Aku akan usaha mencari penawarnya.

Beberapa minit kemudian, sakit yang aku rasa sebentar tadi beransur hilang. Tidak semuanya, masih ada lagi rasa sakit... Tetapi aku masih boleh bertahan. Aku tak boleh biarkan sakit ini berlarutan. Tanda-tanda yang aku pernah rasa sebelum ini menyakinkan aku yang ianya datang semula.

Aku kena cepat. Aku kena check sekarang juga.

Dengan lafaz bismillah, aku bangun daripada katil. Dengan baki kekuatan yang masih ada dan ketahanan rasa sakit ini, aku mula melangkah keluar daripada bilik lalu perlahan-lahan menuruni tangga. Aku perlu minta izin Hafiz untuk keluar. Aku kena pastikan sama ada tekaan aku tepat ataupun tidak.

Aku nampak Hafiz sedang duduk di atas sofa. Lagaknya seperti sibuk dengan laptop serta beberapa fail berada di atas meja. Aku mengagak yang dia sedang sibuk ketika ini. Aku boleh jadikan ini sebagai sebab untuk aku keluar tanpanya.

Aku menarik nafas sekali lagi. Wajah aku cuma kawal, aku tayangkan muka biasa. Sedaya upaya aku halang daripada kerutan wujud di mukaku. Hafiz ini bukan orang biasa, dia cukup bijak membaca air muka seseorang. Aku juga perlu bijak menyembunyikannya.

Aku mula melangkah mendekatinya. Tempat duduk yang kosong disebelahnya aku ambil sebelum aku memandang suamiku..

"Awak.." Aku memanggilnya berderet. Suara aku cuba manjakan. Aku berharap agar dia izinkan aku keluar tanpa pengawasannya.

"Ya" Hafiz memandang sekejap kearah skrin laptopnya sebelum dia memandang aku. Senyuman dihadiahkan kepada aku.

"Kenapa?" Hafiz mula menyoal. Dia juga turut memandang wajahnya.

Aku tunduk sekejap sebelum kembali memandang wajahnya. Sungguh sukar ketika ini. Aku perlu menahan wajah aku daripada hasilkan kerutan. Bantu aku Ya Allah.

Aku pandang wajahnya semula sebelum membalas senyumannya. Aku cuba untuk maniskan bibirku.

"Saya nak minta izin keluar boleh tak?" Lembut sahaja nada suara aku. Ada juga bunyian manja di situ.

Dia mengangkat kening memandangku.

"Pergi mana?"

"Pergi mall. Takpe, awak boleh sambung kerja awak. Saya pergi dengan Naura dan Dara. Boleh tak?"

Aku nampak dia berfikir sejekap. Aku tidak henti berdoa supaya dia mengizinkan aku. Aku tak tahu sama ada aku masih mampu menahan sakit ini sehingga esok ataupun tidak. Aku berasa bersalah. Bukan niat aku untuk menipunya, tapi aku terpaksa.

"Awak nak pergi naik apa?"

Aku fikir sekejap. Tidak pula aku fikir hendak pergi naik apa.

"Saya naik grab" aku sebut sahaja. Aku tak nak susahkan Adara dan Naura untuk ambil dan hantar aku. Baik aku naik grab. Nampak tak betapa susah payahnya aku? Bukan aku tak kenangkan rasa sakit ini, tapi Insyaallah, Allah akan pelihara aku.

Hafiz geleng kepala membuat aku kerut dahi sedikit.

"Tak payah naik grab. Awak bawa kereta saya. Awak ada lesen kan?"

Aku mengangguk mengiyakan soalannya.

"Bawa je kereta saya"

"Betul ni?" Aku menyoal kembali untuk kepastian.

Aku ingat susah untuk dapatkan keizinan daripadanya. Yalah, bak kata Humairah, Hafiz ini tegas dan berhati-hati orangnya. Mungkin disebabkan dia sibuk dengan kerjanya, dan dia yakin aku boleh jaga diri, jadi dia izinkan aku.

"Iya sayang"

.

.

.

"Kau dah gila ke Aisya?!" Suara separuh tengking Naura masuk ke dalam lubang telingaku.

"Kenapa kau berani sangat ni? Kenapa kau tak call aku dengan Naura?!" Kali ini suara Adara mula kedengaran. Ya, Naura dan Adara sedang mengamuk. Jelas marah dan geram sekali suara mereka berdua.

Aku pejamkan mata seketika. Aku tahu aku memang patut dimarahi sebegitu. Memang selayaknya aku ditengking atas perbuatan gila aku.

Drive kereta dengan keadaan sakit? Memang tak mampu diterima oleh dua sahabatku ini.

"Aku tak nak susahkan korang" aku menjawab dengan mata yang masih terpejam. Sedikit sebanyak muncul rasa takut untuk melihat wajah mereka berdua. Pasti sangat berapi sekarang ini.

"Kau sanggup gadaikan nyawa kau semata-mata taknak susahkan kitorang?!" Sekali lagi Naura menyinga. Dia masih tidak dapat menerima kerja gila aku.

Aku diam. Tangan aku kembali memegang bahagian rusuk kiriku. Sakit yang sebentar tadi berkurangan menyerang kembalisecara tiba-tiba. Aku pejam mata erat seerat eratnya. Badan aku tertunduk. Ya Allah, sakitnya.

Aku dengar Naura dan Adara bersuara gelisah. Mereka berdua mendekati aku.

"Aisya, kau sakit balik ke?" Adara bertanya dengan nada risau. Dia memegang tubuhku.

"Kita kena bawa dia pergi klinik. Jom!" Naura terus membantu aku untuk bangun.

.

.

.

Aku menyandar pada kerusi yang disediakan. Naura dan Adara setia berdiri disebelahku. Kami sedang menunggu keputusan doktor. Aku telah diberikan ubat tahan sakit kerana aku tidak mampu menahan rasa sakit sebentar tadi.

Aku hanya memejamkan mata. Rasa penat mula menyelebungi diriku.

"Berat untuk saya katakan." Doktor Rizman mula bersuara. Suaranya kedengaran berat. Dia memerhati sekeping kertas yang merupakan keputusan daripada pemeriksaannya.

Aku membuka mata memandangnya. Daripada apa yang aku dengar, aku sudah tahu apa maksudnya. Aku hanya memandangnya dengan pandangan kosong. Aku sudah tidak berasa apa ketika ini.

"Kenapa doktor? Kawan saya sakit apa?" Naura bertanya dengan nada tidak senang hati.

Adara juga aku tahu turut merasa perasaan yang sama dengan Naura ketika ini.

"Cik Fadhila menghidap kanser hati"

Aku pejam mata. Erat, seerat yang boleh. Sedaya upaya aku menahan air mata daripada keluar. Aku sudah tahu, aku sudah dapat meneka. Tetapi apabila tahu ianya benar, aku bagaikan ditusuk sesuatu yang tajam dibelakangku. Aku berasa lemah. Aku berasa bagaikan tidak bermaya.

"Astagfirullah halazim"

"Allahhuakhbar"

Nada suara lemah kedua rakan baikku masuk ke dalam gegendang telinga. Aku dapat dengar betapa beratnya suara mereka.

Tidak semena-mena, tubuhku dipeluk erat daripada kiri dan kananku. Terus air mata aku yang tadinya aku berusaha menahan keluar daripada gelingan mata.

"Kau kuat Aisya, kau kuat"

"Kitorang ada Aisya. Allah ada"

Aku tidak mampu membalas kata-kata Naura dan Adara. Aku hanya diam ditusuk pedih dan pilu. Aku tak kuat Ya Allah, aku tak kuat.

[020520/9th Ramadhan] ✨

Takdir Terindahku √Where stories live. Discover now