Aku pejamkan mata erat apabila Kazril sedang mengacu pistol kearah aku dan bersedia untuk menembak. Ketika air mata sedang mencurah tanpa henti, satu idea muncul dalam kepala aku.
Aku tidak berdaya untuk lari, apa yang aku boleh buat hanya elak tembakannya. Mungkin mustahil untuk aku lepaskan diri, tetapi sekurang-kurangnya dapat aku elakkan daripada tembakan tersebut mengenai anak dalam kandungan.
Sekonyong-konyong, bunyi siren polis kedengaran. Telinga aku menangkap bunyi daripada dua arah.
"Bodoh!" Kazril terus mengamuk.
Dia tanpa membuang masa terus melepaskan tembakan.
Aku dengan gerakan yang agak pantas menggerakkan tubuh aku kekiri dengan harapan tidak mengenai badan aku, dan tembakan tersebut terlepas pada sasaran lalu mengenai kereta. Akan tetapi, tiba-tiba sahaja Kazril melepaskan tembakan buat kali yang kedua, tepat mengenai bahu aku.
"Argh!" Aku terus meraung kesakitan.
Tangan aku memegang bahu aku. Air mata aku mencurah keluar. Bibir aku dikemam kuat. Rasa sakit yang teramat sangat cuba aku tahan.
Dalam kesamaran pandangan, aku dapat melihat Kazril sedang berlari laju ke arah keretanya. Tanpa membuang masa dia terus masuk ke dalam kereta lalu memandu laju meninggalkan tempat ini.
Tanpa sempat jam berdetik, kelihatan 2 buah kereta polis yang datang daripada arah belakang laju mengikuti kereta Kazril. Disebabkan jalan ini lurus, aku dapat melihat kejadian ini di depan mata aku.
"Aisya! Ya Allah darah!" tiba-tiba sahaja Naura muncul daripada belakang.
Naura tampak terkejut sekali apabila melihat baju dan tudung aku sudah berlumuran dengan darah.
"Tolong... Sakit" aku merintih kesakitan. Semakin lama semakin sakit. Semakin lama semakin banyak darah yang mengalir. Aku redha jika umur aku tidak panjang, tetapi aku mahu anak ini selamat.
"Sabar Aisya. Jangan pejam mata" Adara mengelap air mata aku, dia memegang kedua-dua belah pipi aku. Aku tahu dia mahu menahan aku daripada memejamkan mata.
Aku merintih kesakitan, akan tetapi sedaya-upaya aku terus membuka mata. Walaupun perit dan sakit, tetapi aku perlu bertahan demi anak aku.
Sekonyong-konyong, kedengaran bunyi sesuatu yang seperti sedang bergolek jatuh. Kuat sekali bunyinya. Aku memandang hadapan ke arah dari mana bunyi itu datang.
Belum sempat mata aku menangkap pandangan di hadapan...
Bumm...
Bunyi letupan yang kuat daripada gaung di sebelah jalan kedengaran. Seketika kemudian, gumpalan asap terus naik ke langit. Mata aku menangkap beberapa buah kereta polis berada di tepi jalan. Beberapa orang polis sedang melihat ke bawah gaung. Mereka semua hanya diam, tidak melakukan apa-apa.
Ketika itu, baru aku dapat meneka apa yang terjadi. Ya Allah, Kazril.
"Bertahan adik! Ambulan dalam perjalanan" suara Along tiba-tiba sahaja muncul di sebelah.
"Along... Emma. Dalam kereta" suara aku tersekat-sekat akibat menahan sakit.
.
.
.
Sakit pada bahu aku sudah beransur kurang, akan tetapi perasaan takut dan gementar semakin menyelubungi aku. Doktor memberitahu bahawa berlaku komplikasi pada kandungan aku yang menyebabkan aku terpaksa bersalin awal daripada tarikh. Ini untuk mengelakkan daripada berlakunya risiko kematian.
Apa yang diperkatakan oleh doktor aku persetujuai. Apa yang penting sekarang ini adalah kandungan aku. Aku tidak kisah jika terpaksa bertarung nyawa di saat aku sedang kesakitan dan dikala suami aku masih lagi tidak sedarkan diri.
YOU ARE READING
Takdir Terindahku √
Romance"Apa nama awak?" "Fadhila Aisya Makaila. Awak boleh panggil saya Dhila." "Tapi saya nak panggil awak Aisya" Terdiam aku dibuatnya. Tidak pernah dalam sejarah hidup, ada orang mahu memanggilku Aisya. "Saya minta maaf, tapi saya dah tersuka awak tanpa...