"Abang" aku memanggil Hafiz yang sedang membetulkan t-shirt yang sudah tersarung ditubuhnya.
Dia mengalihkan wajah memandang aku.
"Ya" tiba-tiba sahaja, dia ketawa kecil.
Aku membuat muka sedikit.
"Kenapa abang gelak?" Aku menyoal dengan sedikit nada tidak puas hati. Punyalah fikir banyak kali nak panggil ke, dia boleh gelak pula.
"Comel awak panggil macam tu." Dia senyum dahulu sebelum kembali memandang cermin.
Pujiannya membuat aku tersenyum malu. Nasib puji. Aku memandang tindak tanduknya. Rambutnya dibetulkan sedikit sebelum mencapai jam tangan Rolex yang berada di dalam bekas sebelum dipakaikan pada tangan. Sesudah itu tangannya mencapai pula dua bentuk cincin yang disimpan kemas di dalam kotak lalu dipakaikan pada jari manis tangan kiri dan kanan.
Aku masih lagi diam memerhati. Dia ini siap boleh tahan lama, jadi aku tak adalah nak tergesa-gesa untuk siap sebab aku tahu, Hafiz seorang yang teliti dan sangat mementingkan penampilannya. Jadi dia akan mengambil masa yang lama untuk bersiap.
Sebotol minyak wangi berjenama Playboy diambil lalu disemburkan beberapa kali pada badan. Warum semerbak bilik ini dengan bau wangian itu. Dia memandang cermin buat kesekian kalinya, seperti membuat pantauan terakhir.
Apabila sudah berpuas hati, dia memusingkan badan memandang aku. Aku nampak bibirnya tersungging sedikit. Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket sebelum dia melangkah mendekati aku. Matanya tepat menikam anak mata aku. Bibirnya semakin lama semakin berubah, menjadi senyum mengusik.
Apabila dia tiba di hadapan aku, dia menundukkan badannya sedikit, menyamai ketinggian aku. Matanya langsung tidak lari daripada memandang aku.
"Kenapa pandang abang macam tu?" Entah mengapa, suaranya kedengaran gemersik sekali. Tambahan pula apabila dia menggelarkan dirinya abang. Meremang bulu roma aku.
Aku larikan pandangan daripada matanya. Jantung aku berdetak laju. Aku malu!
"Hei, dah 5 bulan kahwin pun segan lagi ke dengan abang?" Nada suaranya kedengaran mengusik.
Aku tidak menjawab, sebaliknya memejamkan mata seketika sebelum memalingkan wajah ke tepi. Aku tidak berani memandangnya, wajahnya begitu dekat dengan aku ketika ini.
Sekonyong-konyong, ada tangan yang lembut menolak dagu aku untuk memandang hadapan, tidak kuat tetapi cukup untuk membuatkan aku tidak mampu berlawan.
Aku memandang wajahnya. Seluruh wajah bersihnya berada dekat dengan aku. Aku semakin cair, wajahnya begitu sempurna di mata aku.
"Lain kali, kalau abang tengah cakap, jangan pandang tempat lain." Suaranya lembut sahaja menegur. Matanya tepat menikam lembut anak mataku.
Aku terdiam sekejap.
"Sorry" aku mengungkapkan perkataan itu perlahan.
Hafiz mengangkat semula badan sebelum berdiri tegak. Tangan kanannya dimasukkan ke dalam poket.
"Macam mana kalau abang tak nak maafkan?" Dia mula menduga. Sebelah keningnya diangkat.
Aku terlopong sedikit. Dia tak nak maafkan?
"Kenapa? Janganlah buat saya ni, saya minta maaf." Aku menjadi gelabah. Aku tak nak ada salah dengannya. Aku takut hidup aku tidak diberkati kerana tidak mendapat keampunan suami.
"Abang boleh maafkan, tapi dengan syarat..."
Dia memalingkan sedikit kepalanya ke kiri sebelun jarinya menunjuk ke ara pipi kanannya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir Terindahku √
Romantik"Apa nama awak?" "Fadhila Aisya Makaila. Awak boleh panggil saya Dhila." "Tapi saya nak panggil awak Aisya" Terdiam aku dibuatnya. Tidak pernah dalam sejarah hidup, ada orang mahu memanggilku Aisya. "Saya minta maaf, tapi saya dah tersuka awak tanpa...
