Aku memandang tangan kanan aku yang kini berada di dalam genggaman Hafiz. Erat sekali pegangannya, seperti tidak mahu lepas. Dia pula selamba memandu dengan hanya sebelah tangan.
Sewaktu aku ingin melepaskan tangan seketika untuk mengambil telefon pintar di dalam beg tangan sebentar tadi, dia kuatkan genggaman. Tidak mahu aku melepaskan. Apabila dicuba buat kali kedua, dia merengus sedikit sebelum kuatkan lagi genggamannya. Itu tandanya dia betul-betul tak mahu aku lepaskan tangan dari genggamannya.
Alhamdulillah, aku dan Hafiz sudah selamat rujuk di pejabat agama. Aku bersyukur kerana segala proses berjalan dengan mudah dan sangat lancar. Kini, aku dan dia telah bergelar suami isteri semula.
Aku tidak tahu bagaimana hendak beritahu betapa banyaknya kata maaf yang diungkapkan Hafiz. Sejak dari mula perjalanan hendak ke pejabat agama hinggalah masuk ke kereta semula untuk pulang ke rumah.
Sekarang dia diam kerana aku memberitahunya bahawa aku sudah tidak mahu mendengar kata maaf dan telah memaafkannya.
"Amboi sayang, tengok abang sampai tak kelip mata. Tahu la rindu, tapi janganlah tunjuk sekarang" Suara usikan muncul daripada manusia disebelah.
Aku pandang dia dahulu sebelum tamparan lembut mengenai tangan kirinya yang menggenggam tangan aku.
"Mana ada!" Aku pincingkan mata memandangnya. Wajah digeramkan sedikit.
"Taknak mengaku ke? Kalau tak nak, abang tidur dekat ruang tamu malam ni" Hafiz bercakap tanpa memandang aku. Pandangannya hanya terus kehadapan.
Wajah aku berubah pelik. Dahi aku juga turut terkerut memandangnya.
"Kenapa pula?" Aku menyoal tidak mengerti. Kenapa pula nak tidur dekat ruang tamu sedangkan ada bilik?
"Dah sayang tak rindu abang. Jadi, sayang tak perlulah nak lepaskan rindu dekat abang. And, sayang tak perlulah nak peluk abang masa tidurkan"
Aku terus mencebik. Muka aku berubah apabila dia bercakap sedemikian. Sedikit sebanyak hati aku terguris.
Dengan pantas aku menarik tangan aku daripada genggamannya sebelum tubuh aku digerakkan ke arah kiri. Kalau boleh sejauh yang mungkin daripada dia. Kaki aku juga digerakkan ke kiri, tidak mahu dekat dengannya. Pandangan juga aku buang ke luar. Sakit hati aku apabila dia berkata begitu.
5 bulan dia meninggalkan aku. 5 bulan aku menunggu kehadirannya. 5 bulan aku menahan rindu. Takkanlah dia tak tahu semua benda tu? Takkan aku sebagai seorang isteri tak rindu kepada suami yang sangat dia cintai?
Aku hanya diam. Malas aku hendak bercakap dengannya. Hati aku sakit.
"Ya Allah, sayang. Sayang marah abang ke?" Dia seperti terkejut apabila aku tiba-tiba jauhkan diri daripadanya.
Aku tidak menjawab. Biar dia rasa bersalah sebab dah sakitkan hati aku.
"Sayang, abang minta maaf" Tangan dia cuba memegang tangan aku, tetapi aku larikan tangan aku sebelum dia sempat sentuh.
Aku dengar dia merengus perlahan. Hanya dua kemungkinan kenapa dia merengus. Satu, sebab dia rasa bersalah atas apa yang dia dah buat. Kedua, sebab dia rimas dan tak suka aku merajuk seperti ini. Eh, bukan merajuk... Marah.
Aku tak kisah apa sebab dia merengus. Dia yang salah, dia yang buat aku sakit hati. Dialah yang kena tanggung. Dah tau aku tengah mengandung, emosi tak stabil... Sengaja buat aku marah.
"Sayang, abang minta maaf" berkali-kali dia ulang ayat itu, dan berkali-kali juga aku buat tak tahu dan tak dengar.
Sekonyong-konyong, kereta digerakkan ketepi jalan sebelum diberhentikan. Aku dengar dia menarik handbreak sebelum dia membuka seatbelt.
ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir Terindahku √
Romance"Apa nama awak?" "Fadhila Aisya Makaila. Awak boleh panggil saya Dhila." "Tapi saya nak panggil awak Aisya" Terdiam aku dibuatnya. Tidak pernah dalam sejarah hidup, ada orang mahu memanggilku Aisya. "Saya minta maaf, tapi saya dah tersuka awak tanpa...
