Ketika aku sedang alpa menonton televisyen, kedengaran bunyi loceng menandakan ada orang di luar rumah. Dengan penuh berhati hati, aku bangun dari sofa lalu bergerak ke arah intercom yang terletak disebelah pintu. Butang pada intercom itu aku tekan lalu terpampang wajah along dan angah pada skrin. Menjadi satu kewajipan untuk melihat siapa yang berada di luar sebelum membuka pintu.
Terus muncul senyuman pada wajah aku. Pantas aku bergerak ke arah pintu lalu kunci dibuka sebelum tombol itu dipulas.
"Along! Angah!" Terus kedengaran suara riang aku sebelum aku bergerak ke arah mereka. Sudah sebulan aku tidak berjumpa dengan mereka sejak aku terlibat dalam rancangan untuk menangkap Kazril.
tubuh mereka aku peluk erat. Sungguh, aku rindu pada kedua dua abang aku ini. Sudah lama tidak diusik oleh mereka. Walaupun aku tidak suka akan usikan itu, tetapi itu yang membuatkan aku rindu pada mereka.
"Adik rindu tau. Kenapa lambat sangat datang jumpa adik? Nampak sangat tak sayang adik" Aku berkata begitu setelah melepaskan pelukan. Bibir dimuncungkan sedikit dan tangan disilang pada dada, tanda merajuk.
"adik jangan nak merajuk. Kitorang bukannya Hafiz nak pujuk adik" Angah membuat muka sedikit apabila melihat aku. Pipi aku dicubit dengan agak kuat lalu satu tamparan berbisa aku hadiahkan pada tangannya.
"Angah ni kenapa cubit pipi adik? Hafiz pun tak pernah cubit pipi adik" Pipi aku usap lembut sambil menjeling angah. Suka hati je cubit pipi orang.
"Dah pipi adik tu macam pau. Siapa suruh?" Dengan tiada rasa bersalahnya angah menjawab.
"Angah ni!" makin berangin aku dibuatnya. Menyakitkan hati betul!
"Ya Allah, sudah sudah la korang ni. Macam budak budak" along yang tadinya hanya melihat sudah naik pening dengan perangai adik adiknya ini.
"Nah, along ada belikan aiskrim kesukaan adik" satu plastik yang berisi beberapa batang aiskrim dihulurkan kepada aku.
Aku dengan mata bersinar melihat makanan sejuk itu terus menyambut huluran along.
"Terima kasih along. Along boleh masuk, angah tak boleh. Duduk dekat luar"
Angah buat muka dahulu.
"Eleh, ada angah kisah? Adik tak bagi pun angah nak masuk" Kaki angah terus melangkah laju masuk ke dalam rumah.
Aku pandang angah dengan mata yang bulat sebelum membuat muka geram.
"Ish! Angah ni kan" Tidak puas hati betul aku dengan angah ni.
"Sudahlah tu. Jom masuk" Along kelihatan sudah malas untuk masuk campur.
Tangan aku ditarik perlahan mengikutnya masuk. Plastik yang berisi aiskrim bertukar tangan apabila along mengambil plastik itu semula. Laju sahaja dia melangkah masuk ke dapur lalu memasukkan aiskrim ke dalam peti ais.
Panas betul hati aku bila tengok angah bukan main sedap berbaring di atas sofa sambil kakinya disilang. Dengan penuh rasa tidak malu, remote televisyen yang berada di atas meja kopi dicapai lalu ditekan. Selamba sahaja angah menukar nukar siaran.
"Angah ni memang tak malu kan? Ni bukannya rumah angah, suka hati je pegang barang orang" Aku berjalan ke arah along lalu punggung dilabuhkan di atas sofa bersebelahan along.
Along yang melihat aku ingin duduk terus membantu. Sayang betul along dekat aku.
"Eleh, cakap orang. Ni pun bukannya rumah adik. Ni rumah Hafiz. Adik je yang suka suki buat macam rumah sendiri" Angah berkata begitu tanpa memandang wajah aku. Dia masih lagi bersuka ria menukar siaran televisyen.
![](https://img.wattpad.com/cover/165784743-288-k322620.jpg)
YOU ARE READING
Takdir Terindahku √
Romance"Apa nama awak?" "Fadhila Aisya Makaila. Awak boleh panggil saya Dhila." "Tapi saya nak panggil awak Aisya" Terdiam aku dibuatnya. Tidak pernah dalam sejarah hidup, ada orang mahu memanggilku Aisya. "Saya minta maaf, tapi saya dah tersuka awak tanpa...