Aku mengikut langkah Hafiz. Dia membawa aku hingga ke tingkat 54. Keluar sahaja daripada lift, ada dua buah pintu, kiri dan kanan. Hafiz mengambil langkah ke arah kiri lalu terdapat sebuah pintu kayu yang mewah dihadapan mata. Hafiz meletakkan ibu jarinya pada bahagian pembuka pintu lalu satu bunyi kedengaran.
Aku terpaku seketika. Fingerprint scanner?
"Kejap lagi saya set fingerprint awak. Kita masuk dulu" Hafiz mula membuka pintu kayu itu lalu sebuah ruang berwarna putih mewah terpampang dihadapan mata aku.
Sekali lagi aku terpaku. Bukan sahaja terpaku, terdiam serta tersentak. Kaki aku seakan-akan terhenti secara tiba-tiba. Ya Allah, cantiknya.
Buka sahaja pintu, terus nampak bahagian ruang tamu yang bertemakan moden. Bukan itu sahaja, ianya juga diimbangi oleh flora dan warna-warna pastel. Aku bagaikan tidak dapat berkelip mata. Sungguh rumah ini benar-benar membuatkan aku terpegun.
"Sayang"
Aku terus terpandang ke arah Hafiz apabila kedengaran suaranya. Aku nampak dia tergelak sedikit.
"Kenapa tak masuk lagi? Nak saya dukung ke?"
Ayat terakhir yang keluar daripada mulutnya terus membuatkan aku melangkah masuk ke dalam rumahnya. Bahaya juga Hafiz ni kadang-kadang.
Aku menapak satu persatu mendekati ruang tamu mewah itu. Cantik, sangat cantik. Tidak henti-henti aku memuji hiasan di dalam ruang ini.
"Jom kita tengok bilik" Hafiz mengajak sebelum aku mengikut langkahnya.
Kami mula menapak naik ke tingkat satu rumah ini. Aku menurut langkahnya sambil mataku memandang sekeliling. Kebanyakkan ruang di dalam rumah ini diletakkan ayat-ayat Al-Quran dan nama-nama Allah SWT serta junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Boleh dikatakan sepanjang tangga ini diletakkan pada dinding nama-nama indah itu sehingga ke tingkat satu. Apabila habis menaiki tangga, terdapat 4 pintu. 3 pintu dibahagian kiri manakala 1 pintu dibahagian kanan.
Hafiz melangkah ke arah kanan lalu aku mengikut langkahnya. Ketika ini aku baru teringat yang dia sedang membawa bagasi milikku. Aku terkejut sedikit. Dia boleh angkat beg tu macam tu je? Sebelah tangan pula tu. Tak berat ke?
Aku hanya membiarkan soalan itu. Dia lelaki, mungkin tak berat bagi dia.
Hafiz membuka pintu pintu bilik yang berada di bahagian kanan sebelum aku mengikutnya masuk. Sekali lagi aku terpegun. Jika di ruang tamu menggunakan tema moden dan floral, di bilik ini diterapkan tema romantik. Terdapat sebuah chandelier putih yang berada ditengah-tengah bilik. Perabot serta katil berwarna putih dan juga emas. Sekali tengok seperti bilik diraja. Subhanallah, cantiknya!
"Aisya, ni bilik kita. Saya minta maaf kalau awak tak suka. Saya tak sempat nak minta pendapat awak, saya nak rumah ni siap tersedia bila kita pindah masuk." Ada nada kekesalan daripada suara Hafiz.
Aku memandang dia yang berada di sebelah. Aku nampak bagasi milikku diletakkan kebawah.
"Awak tak perlu minta maaf, sebab saya dah jatuh cinta dengan rumah ni sejak awal-awal saya jejakkan kaki. Cantik sangat awak. Saya suka" Aku betul-betul menunjukkan wajah teruja. Bukan aku buat-buat, tapi benar-benar aku teruja.
Aku sangat suka dengan rumah ini. Jauh berbeza sekali dengan rumah sewaku yang hanya bertitipkan hiasan simple tetapi sedap mata memandang. Di rumah ini, tiada perkataan simple. Hanya titipan kata mewah serta berharga sahaja berada didalam rumah ini.
Dia senyum lega. Mungkin dia bersyukur kerana aku suka dengan pilihannya.
"Jom, kita tengok bilik lain"
YOU ARE READING
Takdir Terindahku √
Romance"Apa nama awak?" "Fadhila Aisya Makaila. Awak boleh panggil saya Dhila." "Tapi saya nak panggil awak Aisya" Terdiam aku dibuatnya. Tidak pernah dalam sejarah hidup, ada orang mahu memanggilku Aisya. "Saya minta maaf, tapi saya dah tersuka awak tanpa...