Mata aku buka perlahan apabila terasa kepala diusap perlahan. Rambut aku juga dimain-mainkan. Aku angkat kepala memandang gerangan tersebut. Hampir terhenti jantung aku apabila melihat wajah gerangan itu dalam kesamaran cahaya.
Dengan sepantas kilat aku bangun daripada pembaringan. Wajahnya tidak lari daripada mata aku. Serentak itu, air mata aku mula memainkan peranan memenuhi tubir mata.
"Abang..." Aku menyebut panggilan itu dengan nada suara yang bergetar. Air mata aku mengalir.
Sekonyong-konyong, tubuhku ditarik masuk ke dalam pelukan. Hangat sekali pelukannya aku rasakan. Wajahnya aku tatap dari tepi. Air mata masih lagi tidak henti mengalir.
"Maafkan abang sayang. Abang dah buat sayang sedih" Apabila mendengar sahaja suara itu, aku terus keluar daripada pelukannya.
Pipinya aku pegang dengan kedua belah tangan. Menyebabkan wajahnya betul-betul berada di hadapan muka aku.
"Abang tak salah. Saya sayang abang. Jangan tinggalkan saya lagi" suara aku ditekan. Menandakan yang aku serius. Matanya memanah tepat anak mataku.
"Abang janji, abang tak tinggalkan sayang lagi. Abang sayang dekat Aisya" Kali ini, tangannya pula naik memegang kepala aku pada kedua-dua belah. Lembut sekali pegangannya.
"Saya pun sayang dekat abang"
"Kalau sayang, Aisya kena tidur, kena banyak berehat. Mari, abang temankan sayang tidur" dia usap sekali rambut aku sebelum dia bangun, memberi ruang kepada aku untuk baring.
Perlahan-lahan aku rendahkan badan sebelum kepala aku diletakkan di atas kepala. Apabila aku sudah baring sepenuhnya, dia duduk disebelahku sebelum menunduk lalu mencium dahi dan kedua belah pipiku.
Tangannya diletakkan di atas kepala aku.
"Allahhumma solliala Muhammad. Waalaali Muhammad"
Selesai sahaja selawat, tangannya mengusap kepala aku.
"Selamat malam sayang. I love you"
Perlahan-lahan aku memejamkan mata.
.
.
.
Azan yang datang daripada aplikasi telefon pintar di sebelah menyentakkan aku daripada tidur. Dengan tingkah laku yang perlahan, tangan kanan naik menggosok lembut mata.
Tangan kiri aku meraba di sebelah, dengan harapan orang yang aku cari masih ada, tetapi apabila tangan aku hanya menyentuh cadar katil, kedua-dua belah mata aku membulat lalu memandang sebelah. Kosong!
Bantal yang terletak di sebelah elok berada di tempat asal, selimut di sebelah juga seperti tidak terusik. Gayanya seperti tiada yang menyentuhnya.
Aku terdiam. Tak... Tak mungkin! Tak mungkin aku bermimpi. Tak mungkin aku berhayal!
Aku bertindak untuk bangun lalu masuk ke dalam tandas bilik. Mencari di mana keberadaan Hafiz. Apabila masuk ke dalam tandas, kosong. Tiada sesiapa.
Aku masih tidak berpuas hati. Aku yakin dia ada semalam. Aku yakin dia ada bersama aku semalam. Dia menemani aku tidur semalam.
Pantas kaki aku melangkah laju keluar daripada bilik. Lampu pada bahagian luar bilik aku terbuka. Begitu juga lampu pada ruang tamu. Tanpa berlengah, aku terus berjalan laju ke sekeliling rumah. Walaupun agak mengah kerana membawa perut yang agak sarat, ianya langsung tidak menghalang pergerakan aku.
"Abang!" Aku cuba memanggilnya. Berkali-kali aku menyebut panggilan aku. Aku berjalan ke dapur, tiada langsung kelibatnya.
"Adik, kenapa ni?" Ibu yang sedang bertelekung keluar daripada bilik. Aku yang melihat kelibat ibu terus melangkah laju ke arahnya.
YOU ARE READING
Takdir Terindahku √
Romans"Apa nama awak?" "Fadhila Aisya Makaila. Awak boleh panggil saya Dhila." "Tapi saya nak panggil awak Aisya" Terdiam aku dibuatnya. Tidak pernah dalam sejarah hidup, ada orang mahu memanggilku Aisya. "Saya minta maaf, tapi saya dah tersuka awak tanpa...