Bab 3

7.5K 439 5
                                    

Segelas milo ais yang ditaburkan serbuk milo diatasnya aku sedut melalui straw. Air nikmat itu dapat aku rasa melalui celah kerongkong. Sedapnya tidak terkata.

Aku memandang ke arah dua orang rakan baikku. Adara berada di luar restoran, menjawab panggilan daripada ibunya manakala Naura sedang diam termenung.

Aku mula diulit risau. Sejak tiba di mall ini, wanita tersebut hanya diam. Tiada wajah gembira dan nada suara riang gadis ini. Sejak daripada kes Clinton yang membuatkan dia naik angin, dia selalu memdiamkan diri.

Aku menghembuskan nafas sedikit. Walaupun gadis ini tidak pernah sekalipun memberi tahu bahawa dia tidak okey, tetapi aku yakin jawapan adalah sebaliknya.

Aku kenal gadis ini. Daripada bangku sekolah rendah, hinggalah mencapai kejayaan di dunia yang nyata ini. Jatuh dan bangun aku bersamanya. Aku dan Adara sudah lali sangat dengan perangai seorang Puteri Naura Qaleesya. Seorang yang diam, senyap dan pandai menutup segala masalah yang dihadapi.

Aku merenung matanya daripada tepi dan aku yakin dia langsung tidak sedar. Pandangannya hanya terus ke hadapan. Aku cuba membaca perasaan melalui matanya. Inilah antara kepakaran aku. Mungkin mulut dan wajah boleh menipu, tetapi sepasang mata yang dicipta indah tidak mungkin mampu berbohong.

Aku nampak kesedihan serta perasaan terkilan disebalik matanya. Aku tahu apa penyebab Naura berasa begitu. Tidak lain tidak bukan disebabkan lelaki yang dia cintainya. Clinton.

Mungkin aneh dan pelik bunyinya, tetapi inilah kenyataan. Naura telah jatuh cinta dengan seorang lelaki beragama lain, Clinton Chong. Seorang lelaki berbangsa cina dan beragama Kristian. Bagaimana muncul rasa cinta itu, aku sendiri tidak tahu. Yang aku tahu, mereka berdua saling mencintai dan saling memahami antara satu sama lain.

Apa awal pengetahuan aku tentang lelaki itu, aku dan Adara membangkang sehabis mungkin. Kami berdua tidak mahu Naura menderita hanya kerana dimainkan oleh seorang lelaki yang berlainan agama. Akan tetapi, setelah mengenali lelaki tersebut... Kami berdua tidak lagi menghalang. Sebaliknya membantu Naura.

Sekonyong-konyong, pandangan mata Naura beralih kepadaku... Yang membuatkan aku sedikit terpaku. Aku tidak tahu sama ada betul ataupun tidak, tetapi aku yakin mata aku tidak silap menilai.

"Kenapa kau pandang aku macam tu?" Naura memulakan bicara dengan baitan soalan.

Mata aku masih tajam memerhati matanya. Aku nampak dia cuba untuk memandang ke arah lain. Aku nampak dia mengedipkan matanya, menghalang daripada titisan jernih jatuh daripada membasahi pipi.

"Kau tak boleh tipu aku Naura"

Wajah terkejut Naura menjamah pandanganku semula. Jelas dia dahinya terkerut mendengar apa yang aku ucapkan.

"Hah?" Dia berbunyi tidak mengerit. Aku memandangnya dengan pandangan tajam.

"Kenapa kau perlu sorokkan perasaan sedih dan kecewa kau sedangkan kau boleh bagitau aku dengan Dara apa yang kau rasa?"

"Siapa cakap aku sedih?" Naura masih lagi cuba untuk menipu. Bibirnya membentuk senyuman, yang aku pasti sememangnya palsu dan plastik.

"Mulut kau mungkin boleh menipu, tetapi mata kau takkan sesekali dusta tentang apa yang kau rasa."

Naura terbungkam. Diam senyap tanpa membalas sebelum menundukkan muka. Naura tida lagi menipu. Mungkin sebah dia dah terlalu kenal perangai aku.

"Kenapa aku rasa macam ni Aisya? Kenapa aku susah sangat nak lupakan dia?" Akhirnya, Naura mula bercakap tentang apa yang dia fikir selama ini.

Sepenuh perhatian aku beri kepada gadis ini. Aku ingin mendengar dan memahami apa yang dia rasa.

"Kenapa setiap kali aku cuba untuk buang perasaan aku dekat dia, perasaan sayang tu semakin banyak. Aku cuba Aisya, aku cuba macam-macam benda. Aku padam segala chat dia dalam phone aku. Aku block dia. Aku padam nombor dia... Tapi aku tetap tak boleh lupa dekat dia" suara Naura semakin lama semakin sayu.

Takdir Terindahku √Where stories live. Discover now