Bab 4

7.2K 470 136
                                    

Aku tersedar daripada lena sebelum aku mengusap perlahan wajahku.

"Astagfirullah halazim" aku mengucapkan kalimah itu.

Aku diam seketika memandang syiling. Apa yang aku mimpi sebentar tadi mula bermain difikiranku. Kenapa mimpi yang sama? Apa maksud dia? Siapa dia? Kenapa dia datang selamatkan aku?

Aku bangun daripada baring lalu bersandar pada kepala katil. Kaki aku yang tadinya melunjur aku angkat lalu lututku dipeluk.

Aku masih berasa pelik dengan mimpi aku sebentar tadi. Kali ini sudah masuk tiga kali aku mimpi benda yang sama. Aku diculik, aku dikepung. Tiba-tiba, datang seorang lelaki yang berpakaian putih menyelamatkan aku.

Pada pertama kali aku mengalami mimpi itu, aku cuma rasakan itu hanyalah mainan tidur. Tetapi apabila 3 kali mimpi yang sama datang menjelma, aku yakin ada maksud sebaliknya.

Aku inginkan jawapan. Apa yang terlintas difikiran sekarang ini hanyalah memohon petunjuk daripada Maha Pencipta melalui solat. Selimut yang membalut tubuh aku selak sebelum kaki aku perlahan-lahan turun daripada katil.

.

.

.

Aku duduk di atas kerusi yang berada di taman. Botol air yang aku pegang sejak daripada tadi aku buka penutupnya lalu air tersebut aku minum. Nafasku yang masih tidak teratur cuba aku kawal.

"Wei, takkan dah pancit?" Soalan berbait sindiran itu terpancul daripada mulut Adara sebelum dia duduk disebelahku.

Aku memandangnya dengan pandangan tajam.

"Kau tahu tak, aku baru je lepas makan. Memang pancitlah" Aku minum kembali air yang berada di dalam botol.

Sedikit sebanyak perutku terasa sakit. Mana tak sakitnya, berjoging dengan perut penuh. Memang sakitlah.

"Aisya"

Aku dan Adara memaling ke kanan apabila seseorang memanggil namaku. Terus dahiku terkerut apabila melihat Hafiz sedang berdiri dihadapan mataku.

"Ya?" Aku membalas panggilannya. Hairan aku dibuatnya apabila tiba-tiba sahaja lelaki ini boleh muncul. Jika dia hanya ingin menegur, takkanlah dia akan menegut wajah yang kelihatan serius.

"Saya nak cakap dengan awak kejap" dahi aku yang tadinya terkerut, semakin bertambah kerut.

Aku memandang ke arah Adara. Dilihat gadis itu mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Err.." Aku tidak tahu hendak membalas apa. Bukan aku tidak mahu bercakap dengannya, tetapi aku tidak selesa jika hanya cakap berdua dengan lelaki.

"Jangan risau, kawan awak boleh ada dekat sini. Lagipun, tak elok kalau kita cakap berdua je" Hafiz yang seakan-akan tahu apa yang aku fikirkan.

Lega aku dibuatnya. Nasib baik dia faham apa yang aku rasa. Aku bangun daripada duduk, tidak manis pula jika bercakap dengan keadaan seorang duduk dan seorang lagi berdiri.

"Awak nak cakap apa?"

Aku nampak Hafiz menundukkan pandangannya. Aku tidak tahu kenapa, tetapi aku dapat rasakan bahawa lelaki ini tidak mahu bertentang mata denganku. Jika betul tekaanku, aku kagum dengannya.

"Saya minta maaf"

Dahi aku terkerut semula. Dah kenapa tiba-tiba minta maaf?

"Saya minta maaf, sebab saya dah tersuka awak tanpa sengaja. Saya taknak menjadi hamba yang berdosa kepada Maha Pencipta. Sudikah awak menjadi suri hati hidup saya?"

Takdir Terindahku √Where stories live. Discover now