Bab 9

6.8K 400 11
                                    

Aku tutup pintu bilik selepas badan aku melepasi pintu tersebut. Kaki mula melangkah perlahan-lahan ke arah dapur sambil fikiranku melayang pada Naura. Nak bawa Hafiz ke tak eh jumpa Naura? Kalau bawa dia, boleh suruh Naura ajak Clinton sekali. Nanti bolehlah Hafiz terangkan dekat Clinton tentang Islam.

Aku mengangguk sendiri, setuju dengan apa yang difikirkan dalam otak. Ketika aku sudah hampir dengan ruang makan, aku ternampak along dan Hafiz sedang berdiri agak jauh sedikit daripada kedudukanku. Pantas aku menyembunyikan diri disebalik dinding, supaya aku dapat dengar apa yang mereka cakapkan tanpa perasan kelibat aku.

Aku melihat wajah along. Daripada wajah along sahaja aku dapat tahu mereka bukanlah bersembang dengan gembira. Jika dilihat along ketika ini, pasti orang akan berasa gerun dan takut. Ya lah, along sedang memakai pakaian seragam polis dengan tangan yang memeluk tubuh. Wajahnya walaupun tidak nampak marah, tetapi tetap tercalit ketegasan. Jika berdiri di hadapan along ketika ini, pasti lembik lutut dan tidak mampu untuk berdiri lagi.

Tapi semua itu tidak berlaku kepada Hafiz. Dia kelihatan tenang sahaja berdepan dengan along. Seolah-olah dia tidak takut ataupun ada perasaan gerun.Aku mula naik hairan. Dia ni tak ada perasaan ka? Along dengan pakai seragam lengkap dia, pakej muka tegas macam tu, takkan Hafiz tak takut ataupun rasa cuak?

"Tak bermakna kau dah kahwin dengan adik aku, aku dah boleh terima kau sebagai adik ipar. Kau masih belum lepas ujian kelayakan jadi adik ipar aku" Nada suara along tidak keras ataupun marah, tetapi aku dapat dengar tegasnya disitu.

Aku kerutkan dahi. Ujian kelayakan adik ipar? Sejak bila pula along wujudkan ujian tu?

Aku pandang wajah Hafiz. Wajahnya seperti biasa, tenang dan tiada riaksi. Aku nampak dia hanya dengar apa yang along cakap walaupun sedikit sebanyak pasti hatinya terguris. Aku mula diserang rasa bersalah. Walaupun bukan salah aku, tapi aku tetap rasa begitu.

Aku nampak along muka melangkah pergi ke arah dapur. Aku lihat sekejap ke arah dapur dan menunggu kelibat along hilang. Apabila tidak kelihatan kelibat along, kaki aku ingin melangkah ke arah Hafiz.

Baru setapak kaki aku melangkah, aku nampak angah pula datang kearah Hafiz. Lagaknya tenang sahaja berjalan ke arah Hafiz dengan kedua-dua belah tangan di dalam poket seluar. Aku kembali sembunyikan diri semula. Nak dengar juga apa yang akan dicakapkan oleh angah. Adakah angah sama seperti along, masih tak terima Hafiz sebagai adik ipar.

Aku nampak angah pandang sekejap ke arah dapur sebelum beralih ke wajah Hafiz.

"Along cakap apa dengan kau?" Nada suara menyibuk mula berkumandang.

Aku senyum sedikit. Daripada nada suara sahaja aku dah dapat tahu yang angah dah terima Hafiz. Mungkin sebab angah jenis yang senang menerima orang, berlainan dengan along yang sentiasa berwaspada dengan setiap orang.

Hafiz hanya senyum memandang angah.

"Tak ada apa angah" Nampaknya Hafiz hanya membalas begitu.

Aku nampak angah membuat muka sedikit.

"Kau tak payah nak tipu aku Hafiz. Aku kenal sangat along tu. Kau dengar sini, along tu sebenarnya takut kau tak boleh nak jaga Aisya. Along tu sayang sangat-sangat dekat Aisya. Dia takut kau ada niat jahat dekat adik dia. Dia kan polis, langkah berjaga-jaga perlu diambil. Kau jangan risau, dia tak benci kau. Cuma dia masih belum dapat terima kau sebagai adik ipar dia sebab dia nak kau takut dengan dia. Bila kau takut dengan dia, kau takkan berani apa-apakan Aisya" Angah menerangkan dengan penuh keyakinan.

Aku membuat muka menyampah. Mula dah keluar andaian dia. Pandai-pandai je angah ni, entah betul ke tak apa yang dia cakap.

"Saya faham apa yang along rasa. Bukan senang untuk terima yang adik sendiri dah jadi isteri orang. Mesti akan ada perasaan risau. Angah jangan risau, saya tak ambil hati pun dengan along"

Takdir Terindahku √Where stories live. Discover now