"Weh, kau makin gemuk eh sekarang. Mesti kau makan banyak kan?" Adara memandang aku atas bawah.
Baru sahaja aku selamat melabuhkan punggung diatas sofa, satu kutukan kasar sampai ke telinga aku.
Aku membuat muka tidak puas hati sebelum satu tamparan sampai pada lengannya.
"Kau ni, dah la ni pertama kali berjumpa lepas korang tinggal aku. Sedap je kau kutuk akukan" berang aku dibuatnya.
Sudahlah tinggalkan aku berbulan-bulan, sedap je dia cakap aku gemuk. Kalau aku tahu dia nak kutuk aku, baik aku tak bagi dia masuk dalam rumah. Biar dia mereput dekat luar.
Ini pertama kali Adara dan Naura datang ke rumah aku setelah mereka pulang daripada Dubai. Hanya ini sahaja tempat yang selamat untuk kami bertiga bertemu memandangkan apartment ini dikawal ketat dan sukar untuk orang luar memboloskan diri masuk ke dalam.
"Sakitlah. Kau ni sejak mengandung memang garang ke? Ni bukan tampar main-main, ni tampar betul-betul!" Adara mengusap tanganya berkali-kali.
"Padan dengan muka kau. Yang kau pergi cari pasal dengan dia dah kenapa?" Naura yang tadinya hanya diam memerhati bersuara menyebelahi aku.
Aku mula senyum. Ni yang best bila Naura ada, dia selalu sokong aku. Bukan macam si Adara ni, asyik nak membangkang saja.
"Aku cakap je. Tu tandanya, kau bahagia. Hafiz bagi kau makan banyak. Sebabtu badan kau berisi." Adara masih tidak henti bercakap soal itu.
Aku julingkan mata ke atas. Budak ni selagi dia tak menang, dia takkan berhenti.
"Yalah, aku malas nak bertekak dengan kau. Kau tu bukannya reti mengalah, asyik aku je yang kena mengalah" Aku sandarkan badan ke belakang.
Aku gerakkan sedikit badan supaya tubuh aku selesa.
"Naura, macam mana dengan Clinton? Eh silap, Fattah" aku tarik senyum kambing apabila menyebut nama itu.
Aku nampak Naura pandang ke arah lain. Pasti dia juga tanpa sengaja tersenyum sedikit apabila nama bakal suaminya disebut.
"Macam tu lah. Macam mana lagi?" Acuh tak acuh sahaja jawapan yang diberikan. Matanya juga agak meliar, sengaja tidak mahu melihat mata aku.
"Ish kau ni. Ceritalah sikit. Dia macam mana sekarang? Kau ada jumpa dia tak lepas dia masuk Islam?" Aku masih lagi bertanya soal Clinton.
Sungguh aku bersyukur lelaki itu akhirnya memilih jalan yang betul setelah sekian lama keliru mencaru agama yang benar.
"Aku jumpa dia sekali je, itupun dia datang rumah parents aku sebab nak belajar agama dengan papa aku." Naura memulakan cerita.
Aku kerutkan dahi.
"Sekali je? Kau kan dah sebulan balik Malaysia, takkan sekali je berjumpa?" Pelik aku dibuatnya.
Setelah berbulan-bulam tak jumpa, takkanlah sekali sahaja mereka berjumpa? Setahu aku, Naura dan Clinton jarang berhubung melalu panggilan telefon. Jika ada pun, Clinton yang menghubunginya.
"Clinton nak fokus belajar agama. Kalau boleh dia nak mendalami tentang Islam dulu. Bila dia rasa dia dah mampu nak didik Naura, barulah dia fikir pasal kekasih hati dia ni. Kau ni pun, kalau diorang asyik berjumpa... Tak fokuslah Clinton nak belajar pasal Islam" Adara mula menyibuk. Orang lain yang ditanya, orang lain yang jawab.
Aku angguk mempersetujui apa yang dikatakan oleh Adara. Betul sekali tindakan Clinton itu. Dia mahu betulkan dirinya dahulu, barulah dia fikir tentang orang lain.
"Fattah lah. Cuma lidah kau tu belajar panggil dia Fattah. Asyik-asyik panggil Clinton" nada suara Naura seperti tidak puas hati.
Dipandang tajam Adara ketika ini.
ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir Terindahku √
Romance"Apa nama awak?" "Fadhila Aisya Makaila. Awak boleh panggil saya Dhila." "Tapi saya nak panggil awak Aisya" Terdiam aku dibuatnya. Tidak pernah dalam sejarah hidup, ada orang mahu memanggilku Aisya. "Saya minta maaf, tapi saya dah tersuka awak tanpa...
