Epilog

11.6K 402 57
                                    

"Muhammad Fattah Bin Abdullah"

"Saya"

"Aku nikah akan dikau dengan anak perempuanku, Puteri Naura Qaleesya binti Rahmat dengan mas kahwinnya 1500 ringgit tunai"

"Aku terima nikah Puteri Naura Qaleesya Binti Rahmat dengan mas kahwinnya 1500 ringgit tunai."

.

.

.

Aku menarik perlahan tangan Hafiz untuk mengikuti aku. Pantas sahaja aku berjalan ke arah Naura dan Fattah yang sedang bersembang di hadapan pelamin. Naura cantik berbaju kurung moden berwarna biru muda dengan berhiaskan labuci pada lengan dan hujung baju. Fattah pula segak mengenakan baju melayu cekak musang biru muda, bersamping dan bertengkolok.

"Naura" Aku memanggilnya dahulu.

Naura yang tadinya menghadap Fattah terus mengalihkan pandangan.

"Aisya, kau pergi mana tadi? Aku cari kau tahu tak" Kedengaran suara tidak puas hati keluar daripada mulut Naura.

Fattah dan Hafiz hanya diam memandang isteri mereka.

Aku sengih dahulu.

"Alah, kau nak cari aku lagi buat apa? Suami kau kan ada. Tadi Mariam nangis, aku bawa la keluar dewan"

"Kau ni" Aku nampak wajah Naura bertukar malu. Pasti dia segan aku berkata begitu.

"Dara mana?" Aku pandang kiri dan kanan. Tadi gadis itu ada dengan Naura, sekarang tak nampak batang hidung.

"Tu, dia tengah makan" Naura menunding jari ke arah Adara yang sedang menjamu selera di meja berdekatan.

Wajah aku bertukar terkejut.

"Ya Allah budak ni. Tadikan dia dah makan?" Terlopong aku dibuatnya apabila melihat dia sedang menyuap bubur kacang ke dalam mulut.

Naura angkat bahu sedikit.

"Dia cakap dia lapar. Takkan aku nak halang"

Aku gelengkan kepala dahulu sebelum bergerak melangkah ke arah Adara. Aku betulkan sedikit kedudukan Mariam dalam dukungan aku.

"Amboi cik kak, sedap makan" Aku yang baru tiba di sebelah Adara menegur.

Dia yang kelihatan agak terkejut memegang dadanya.

"Ya Allah kau ni. Terkejut aku!"

"Kau ni tak reti kenyang ke? Tadi kau dah makan nasi, lepastu kau makan cendol. Sekarang kau makan bubur kacang pula?"

Wajah Adara tampak tidak puas hati.

"Aku tak kacau perut kau pun. Yang kau kacau perut aku dah kenapa?" Dia jeling dahulu sebelum kembali menyuapkan bubur kacang ke dalam mulutnya.

"Kau makan banyak, lepastu merungut dekat aku berat badan kau naik. Macam mana tak naiknya kalau kau asyik makan je" Naura tiba-tiba sahaja bersuara.

Aku bergerak ke tepi sedikit, memberi ruang kepada Naura. Kelihatan Hafiz dan Fattah juga berada di sini.

"Amboi kau, tadi kau tak cakap apa pun masa aku bagitau nak makan. Bila ada Aisya tiba-tiba ja kau cakap macam tu" Adara beralih memandang Naura dengan tajam.

"Aku cakap benda betul. Dah tu takkanlah tadi aku tak bagi kau makan pula. Nanti kau cakap aku kedekut"

Adara merengus tidak puas hati.

"Ish, Clinton. Tengok wife awak ni, tadi cakap lain. Sekarang cakap lain pula. Lalang betul" Adara beralih kepada Fattah pula.

Naura tiba-tiba sahaja bercekak pinggang.

Takdir Terindahku √Where stories live. Discover now