Bab 7

6.7K 454 64
                                    

"Sa'id Hafiz Murtaza bin Sa'id Haizal Muazzam"

"Ya saya"

"Aku nikahkan dikau dan aku kahwinkan dikau dengan anak perempuanku, Fadhila Aisya Makaila Binti Zainal Azhad dengan mas kahwinnya satu ribu ringgit tunai" Ayah menggoncangkan tangan sedikit.

"Aku terima nikahnya Fadhila Aisya Makaila Binti Zainal Azhad dengan mas kahwinnya satu ribu ringgit tunai." Tenang sahaja Hafiz melafazkan nikah. Ketika ini, aku rasakan suasana sangat hening dan tenang.

Ayah memandang kiri dan kanan.

"Sah?" Ayah menyoal kepada tok kadi dan saksi.

"Sah"

"Alhamdulillah"

Hafiz terus mencium tangan ayah sebelum ayah menariknya kedalam pelukan.

Bunyi kamera mengambil gambar disaat indah ini mula kedengaran. Daripada pelbagai sudur memori ini diambil.

Aku tundukkan kepala. Hanya dengan sekali lafaz, aku telah sah menjadi isteri kepada Sa'id Hafiz Murtaza. Air mata tanpa dipinta gugur membasahi pipi.

Aku memandang ibu yang berada di sebelahku. Tangan ibu aku capai lalu aku kucup. Terus tangan tuanya menarik aku kedalam pelukan. Aku mengetatkan pelukan sambil air mata galak mengalir.

"Adik dah jadi isteri Hafiz. Adik kena ingat, syurga adik bukan pada ibu lagi, tapi ada pada Hafiz. Adik kena tunaikan tanggungjawab adik. Bahagiakan dia, jangan sesekali susahkan suami" sayu sahaja suara ibu. Tangannya lembut mengusap belakang tubuhku.

Aku mengangkat muka, memandangnya. Aku nampak air matanya juga perlahan turun membasahi pipi. Tangan aku naik mengusap air mata itu.

"Adik masih boleh manja dengan ibu dan ayah lagikan?"

Ibu ketawa sedikit sebelum mengusap air mataku.

"Mestilah, adik selamanya jadi anak manja ibu dan ayah"

Pelukan kembali aku ketatkan. Sungguh perasaan aku bercampur baur ketika ini. Aku sedih kerana selepas ini, aku tidak boleh lagi tinggal dengan ibu dan ayah. Dalam masa yang sama, aku juga gembira kerana telah bergelar isteri kepada seorang suami yang tinggi agamanya.

Ibu meleraikan pelukan. Tangannya sekali lagi mengusap lembut air mata yang mengalir pada pipiku.

"Dah. Jangan nangis lagi. Malu orang tengok" Ibu mengusap kepalaku.

Aku nampak Hafiz mula bangun lalu mengatur langkah ke arah depan masjid. Aku tahu dia hendak menunaikan solat sunat nikah.

Tiba-tiba sahaja, ayah muncul dan melabuhkan punggung di hadapanku. Apabila aku melihat wajahnya, hati aku kembali diserang rasa sebak. Ya Allah, adakah ayah aku menangis untuk melepaskan tanggungjawabnya untuk menjagaku kepada Hafiz. Adakah ayah benar-benar berasa berat untuk berbuat demikian.

Tanpa sempat aku berkata apa, ayah menarikku ke dalam pelukannya. Pantas, air mata aku kembali mengalir. Aku peluk tubuh tua itu, erat. Ayah juga mengetatkan pelukan, seolah-olah sukar untuk melepaskan aku kepada orang lain.

Lama kami berkeadaan begitu. Sepanjang di dalam pelukan ayah, air mata aku langsung tidak henti mengalir.

"Adik, ayah dah lepaskan tanggungjawab ayah untuk jaga adik. Adik dah jadi milik Hafiz, bukan milik ibu dan ayah lagi."

Air mata aku mengalir dengan semakin lebat. Aku dapat dengar getaran daripada suara ayah. Aku dapat dengar beratnya untuk ayah bercakap soal tanggungjawab.

Aku meleraikan pelukan. Pantas tangan tua itu aku ambil lalu aku kucup.

"Adik minta maaf ayah. Adik minta ampun daripada hujung rambut sampai ke hujung kaki. Adik minta ampun daripada adik kecil sampailah sekarang. Adik minta maaf, adik minta ampun." Aku mengucapkan kata maaf dengan penuh rasa sesal. Aku tahu, aku selalu sakitka hati ayah.

Takdir Terindahku √Where stories live. Discover now