Sebulan sudah pun berlalu..
Dan sebulan itu juga Ice tidak pernah bertemu dengan Gempa. Lelaki itu seperti hilang bagaikan di telan bumi.
Dan sebulan itu juga, Elies sudah sah menjadi isteri kepada Ice.
Awal perkahwinan mereka berdua hanyalah biasa, itu pun atas dasar rasa tanggungjawab Ice pada Elies kerana sudah membuntingkan anak orang.
Namun, makin berganjaknya waktu. Layanan dan perasaan Ice pada Elies mula berubah.
Sifat Ice yang sememangnya dingin, semakin menjadi dinginnya.
Perasaannya mula tawar dengan wanita bernama Elies itu. Walaupun begitu, kebutuhan serta makan minum wanita itu tetap dia penuhi.
"Huh.. Kali ni apa lagi yang kau nak?"
Ice bersuara malas. Tatapan matanya yang datar itu, menatap isterinya yang sedang bersantai di ruang tamu. Elies.
"I nak you belikan I kereta boleh?"
Ice berdecit, senyuman sinis terukir di bibirnya. Tali leher yang terikat, dirungkai kasar.
"Kereta? Wahh! Kau minta benda tu macam minta beli coklat eh? Dah berapa banyak yang kau keluarkan duit dalam bank? Sampai menjejas beribu-ribu ringgit dalam masa satu hari. Kau beli apa aje ha? Aku bagi kau guna kad kredit tu untuk keperluan saja, bukan untuk kau hamburkan duit itu sesaja!"
"Kenapa you nak marah, I guna duit tu untuk bakal anak kita juga tau. Duit you tu, apalah sangat. Ia tak akan habis lah sampai tujuh keturunan." Kata Elies selamba, tidak peduli dengan wajah Ice yang sudah berubah kelat.
Ice tidak berkata apa-apa, malah dia beredar dari situ. Akan tetapi, terbantut bila Elies buka suara.
"You masih cari si 'bisu' tercinta you tu ke? Buat apa you nak cari dia lagi? Bukan you ke yang buang dia? Haihh, sedih betullah madu I tu. Kenapa you tak lepaskan aje dia? Buat apa you nak simpan lelaki bisu macam dia? Buang masa aje."
Ice tidak membalas, dia terus pergi dari situ.
Elies tersenyum senget, dia menghantar kepergian Ice dengan hujung mata.
"Aku harap si bisu tu tak munculkan diri dia dah. Tak pun mati lagi bagus. Semak aje."
"Dasar pasangan suami isteri yang bodoh.. "
Yay or nahh?
Okey ke tak okey?
Agshhashshs... Sorry permulaan yang sikit hambar. Btw enjoy it! (。・ω・。).
YOU ARE READING
Another Day | Done For Me (IceGem S2) [C]√
Fanfiction"I feel you in the cold wind, I close my eyes and think of you. It's hurts and hurts. But I can't look at you. Everyday I missing you, what do I do?" "Hold me, don't let go. Please don't leave me." "When we meet again, I'll tell you that I love you...