Part 16

909 90 8
                                    

"Ada apa lagi kau datang sini? Tak malu juga kau eh selepas apa kau buat kat aku dengan anak aku, masih tak ada rasa malu asyik nak munculkan diri kau depan aku? Urat malu kau pergi mana? Lautan hindi?"

Puan Lily berkata sinis pada Tuan Aime, suaminya atau bekas suaminya.

Iya, sejak segalanya terbongkar akan kebusukan dan kejahatan lelaki itu. Mereka berdua bercerai. Kalau diikutkan hatinya yang kurang baiknya juga sudah lama dia buat report pada balai polis. Biar meringkuk dalam penjara. Tapi, kerana tidak mahu membesarkan masalah dia maafkan juga walaupun perit untuk menelan rasa pahit yang lelaki itu buat pada anaknya, Gempa.

Dan dia juga turut bersalah kerana tidak memantau atau menanyakan keadaan anak tunggalnya itu. Lagipun dia selalu ke luar negara dan tidak tahu menahu apa yang terjadi pada anak kesayangannya. Dia menyesal kerana menjadi ibu yang tidak berguna.

"Saya minta maaf, tolong terima saya balik. Saya menyesal."

Senyum sinis terukir di bibir Puan Lily, dia berpeluk tubuh. Wajah tua bekas suaminya dipandang datar.

"Excuse me? Terima kau balik? Sorry to say la, aku tak akan kutip balik sampah yang aku dah buang. Sebab bau dia dah busuk macam bangkai. Kau tu dah nasib baik aku maafkan kau and tak buat report ke polis atas perbuatan terkutuk kau tu, so stop kacau aku dan Gempa lagi. Kau tu dah tiada kaitan dengan aku, baik kau pergi sebelum aku panggil guard!"

Tuan Aime mengetap bibir, baru sahaja dia mahu buka suara. Kedengaran satu suara memanggilnya dari belakang.

Mereka berdua menoleh. Puan Lily sudah senyum sinis.

"You cepatlah!" Panggil seorang perempuan yang boleh di katakan sebaya dengan Gempa.

"Wow! Aku rasa kita baru aje bercerai, cepat juga eh kau cari pengganti. Yang bergetah pula tu." kata Puan Lily mengejek.

"So, buat apa kau datang sini minta aku terima kau balik? Sedangkan kau dah ada pengganti? Ke kau ada muslihat lain?"

"Lily, sa..."

"Pergi!! Aku dah muak tengok muka iblis kau tu. Sudah! Berambus sekarang dan jangan pernah munculkan diri di hadapan kami lagi!"

Tersentak Tuan Aime mendengar bentakan dari bekas isterinya. Dia hela nafas.

"Fine, saya pergi. Saya tak akan ganggu korang anak-beranak lagi. Sekali lagi, saya minta maaf."

Puan Lily hanya mendengus, tanpa berkata apa-apa dia terus masuk ke dalam rumah sejurus menghempas pintu rumah.












Tbc....

Another Day | Done For Me (IceGem S2) [C]√Where stories live. Discover now