Part 4

963 94 56
                                    

"Kau nak ke mana Ice?"

Gopal bertanya pada Ice yang baru sahaja keluar dari ruangan pejabatnya.

Ice berhenti di meja kerja Gopal. Wajah kawannya dia pandang sejenak.

"Aku kena bawa Elies buat pemeriksaan kandungannya. Kenapa?"

Kepala Gopal tergeleng perlahan.

"Tak adalah. Hmmm.. Ice."

"Ya?"

"Aku cakap ni jangan marah."

"Apa dia?"

"Kau percaya ke yang dalam perut pompuan tu anak kau?"

Ice terdiam buat sesaat. Dia hela nafas.

"Ya, aku percaya sebab aku dah jumpa haritu dengan bekas tunangnya. Dia sendiri cakap yang dia tak pernah buat hubungan intim dengan Elies. So, tu anak aku lah kan?"

Kini Gopal pula yang terdiam. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang Ice katakan.

"Kau percaya macam tu aje? Tak siasat bebetul dulu ke? Mana tau diorang berdua bersubahat nak kenakan kau?"

"Sudahlah Gopal! Jangan kau nak sibuk hal aku! Aku tau apa yang aku buat!"

Gopal senyum sinis.

"Fine! Habistu, Gempa macam mana? Dia tu still isteri kau Ice. Aku tengok kau macam tak ada usaha pun nak cari ke mana perginya Gempa. Kau memang tak peduli pasal Gempa eh? Kau masih tak ada rasa menyesal ke dengan perbuatan kejam kau kat dia dulu? Macam-macam kau buat kat dia! Hina dia, pukul dia membabi buta. Kau ingat dia tu anak patung ke ha? Ke punchbag? Tempat kau lepaskan rasa marah kau? Kau memang tak ada perasaan eh? Kau manusia ke apa ha? Sampai tak memiliki perasaan langsung!"

Gopal berjeda seketika. Dia memang geram dengan lelaki dihadapannya ini. Geram sesangat, rasa mahu di tanam hidup-hidup.

"Sekarang, orang yang kau hina tulah yang terbaik buat kau. Aku mohon, buka mata kau luas-luas Ice. Kau dah lepaskan permata yang indah tapi di dalamnya memang rapuh tapi mempunyai hati yang mulia. Tapi, kau sanggup lepaskan permata seindah itu demi kaca. Kau memang tak tau apa beza kaca dan permata. Kau.."

"Sudah! Aku tak nak dengar apa-apa lagi! Kau jangan nak masuk campur urusan rumah tangga aku lah."

Gopal mendesah kecewa dengan sifat ego yang tinggi melangit Ice itu. Salah tidak dia belasah kawannya sendiri? Biar mamat sorang tu sedar sikit akan perbuatannya yang melampau itu.

"Aku pastikan kau menyesal Ice."

Ice hanya mengendahkan ucapan Gopal, dia berlalu pergi masuk ke dalam kotak lift.

Gopal hela nafas.

"Hati kau terlampau keras Ice dan juga ego kau terlalu tinggi. Aku harap kau dapat berubah suatu hari nanti. Aku hanya nak yang terbaik untuk kau Ice."

•••••

"Baguslah, kandungan Puan dalam keadaan baik-baik sahaja. Tapi, saya minta anda jangan stress dan buat benda yang lasak."

"Baik doktor, saya faham terima kasih."

Sang doktor mengangguk kepala dengan senyuman manis. Di nametagnya terukir satu nama. Dr. Fang.

"Kalau macam tu, kami permisi."

Dua pasangan itu keluar dari bilik doktor pakar puan.

"Ice, I nak ke tandas kejap. You tunggu I kat kereta ya?"

Ice hanya mengangguk. "Biar aku teman lah, aku takut kau.."

Elies menggeleng kepala. "Tak apa, I okey. I boleh pergi sendiri. Tunggu I kat kereta ya sayang?"

"Hmm, baiklah."

Elies tersenyum manis seraya beredar dari hadapan Ice untuk menuju ke arah tandas.

Ice hanya menghantar kepergian isterinya dengan hujung mata.

Baru sahaja dia mahu buka langkah, dia teringat akan ucapan Gopal seketika tadi.

"Kau percaya ke yang dalam perut pompuan tu anak kau?"

"Kau percaya macam tu aje? Tak siasat bebetul dulu ke? Mana tau diorang berdua bersubahat nak kenakan kau?"

"Siasat?" anak mata Ice mengerling semula pada bilik doktor pakar puan yang dia dan Elies temui sebentar tadi.

"Aku rasa.. Ada baiknya juga aku siasat. Kenapa aku tak terfikir pasal ni. Kau terlalu bodoh Ice."

Ice mengutuk dirinya sendiri yang terlebih bodoh dalam hal semua ini. Kalau bab sakitkan hati orang nombor 1 tapi kalau hal semacam ni otaknya tiada beza dengan otak lembu. Lol. Lembu mana ada otak. Sebab lembu mana boleh berfikir, ha sesuai lah dengan kau Ice. Dasar bengap.

Dia bergerak masuk ke dalam bilik itu semula.

Dr. Fang yang sedang menulis sesuatu di dalam fail, mendongak bila mendengar pintu biliknya dibuka.

"Oh encik, kenapa?"

Ice berdeham. Dia mendekati doktor muda itu.

"Boleh tak saya nak tanya sesuatu."

"Apa dia?"

"Sebenarnya, usia kandungan isteri saya sudah berapa bulan?"

Fang mengerutkan dahi, dia mencari sesuatu. Sebuah fail yang mengandungi maklumat Elies, dia buka.

"Puan Elies kan? Hmmm, mengikut maklumat dalam fail ni. Kandungan isteri anda sudah masuk tiga bulan lebih."

Ice terkaku. Dia memandang Fang dengan wajah tidak percaya.

"Tiga bulan? Bukan ke seharusnya sebulan or.."

Ucapan Ice terhenti. Dia teringat akan sesuatu perkara.

"Apa semua ni?"














Tbc..

Another Day | Done For Me (IceGem S2) [C]√Where stories live. Discover now