Ice memandang apartment yang berada di hadapannya, tanpa menunggu lama. Dia menekan loceng apartment itu kasar.
Cleak!
"Wahh! Hero dah sampai. Jemput masuk sayang.."
Wajah Elies muncul di balik pintu dengan senyuman lebar.
Ice hanya memandang datar dengan renungan mata yang tajam, menatap wajah wanita itu.
"Mana isteri aku? Mana Gempa?!"
Elies senyum senget, dia mencuba untuk menyentuh wajah Ice namun ditepis kasar oleh lelaki itu.
"Dia ada aje kat dalam, tengah bermain dengan Danny.."
Rahang Ice mengeras, tangannya mengepal. Emosinya naik, saat mendengarkan itu. Dia dengan kasar mendorong wanita itu ke tepi dan berganjak masuk ke dalam apartment tersebut.
Jantung Ice bagai mahu berhenti tatkala melihat keadaan Gempa yang diikat pada kerusi. Keadaan isterinya amat memilukan hatinya. Amarah Ice memuncak naik. Dia mengangkat kaki untuk menapak ke arah Gempa yang masih memejamkan mata dengan kepala tertunduk. Dapat dia lihat tompokan darah di bawah di kawasan kerusi itu.
"Gempa.."
"Ops! Jangan berani kau nak datang dekat."
Danny yang entah datang daripada mana, menghalang Ice yang hendak mendekati Gempa.
"Kau!! Apa yang kau buat kat isteri aku ha?!" bentak Ice, dia merentap kolar baju Danny. Anak matanya mencerlung marah.
Danny terkekek geli hati. Dia menepuk-nepuk bahu Ice. Senyuman sinis terbias dibibirnya.
"Aku tak sangka, isteri kau begitu mengghairahkan dan buat aku gila bila dia di bawah aku."
Buk! Satu tumbukan Ice lepaskan pada wajah Danny. Nafasnya memburu cepat. Marah.
Danny meludah air liurnya yang bercampur dengan darah. Sudut bibirnya yang terluka dikesat kasar. Dia pandang wajah bengis Ice dengan tatapan remeh.
"Lepaskan Gempa! Dia tak ada sangkut pautnya dengan korang! Dia tak tau apa-apa pun! Jadi lepaskan Gempa!"
"Jangan harap!"
Elies yang sedari tadi memerhatikan mereka berdua terus angkat suara, dia menapak mendekati Gempa yang masih tidak sedarkan diri.
"Kenapa kau libatkan dia Elies, dia tak ada salah apa pun dengan kau!" Marah Ice berang.
Elies ketawa sinis.
"Tak salah you kata? Dia ada salah lah! Salah dia sebab dia dah rampas you dari I!!"
Jeritan Elies menggema segenap ruang apartment itu.
"Ugh.."
"Dah bangun jalang bisu?"
Terkedip-kedip kelopak mata Gempa, dahinya berkerut. Ringisan pelan keluar dari mulutnya.
Dia pandang wajah Elies yang berdiri di hadapannya.
"Elies.."
"Gempa.."
Terpaling wajah Gempa tatkala mendengar suara yang amat dia kenali. Tubir matanya bergenangan saat pandangannya bertembung dengan Ice.
"Ice!"
Ice senyum suram, baru sahaja dia mahu angkat kaki. Elies dengan cepat, mengancungkan pistol pada Gempa. Bulat mata Ice.
"Elies! Kau jangan macam-macam!"
"Kenapa? Dia hanya seorang perampas yang harus dihapuskan segera! Dia tidak patut wujud di atas muka bumi ni!"
Danny hanya diam, memerhatikan mereka berdua berdebat. Baginya buang masa sahaja, masuk campur.
YOU ARE READING
Another Day | Done For Me (IceGem S2) [C]√
Fanfic"I feel you in the cold wind, I close my eyes and think of you. It's hurts and hurts. But I can't look at you. Everyday I missing you, what do I do?" "Hold me, don't let go. Please don't leave me." "When we meet again, I'll tell you that I love you...