Part 35

898 79 57
                                    

"Keadaan Encik Gempa sangat kritikal buat masa sekarang, 50/50. Saya perlukan persetujuan encik untuk lakukan pembedahan ke atas encik Gempa tapi encik harus buat pilihan, sama ada selamatkan anak encik atau isteri encik. Tapi saya tak jamin ianya akan selamat. Kemungkinan besar salah seorang dari mereka harus pergi."

Ice seperti di sambar oleh kilat di siang hari di saat mendengarkan. Jantungnya seolah berhenti. Keluarganya dan Halilintar yang turut berada disitu, tidak kalah terkejut dengan berita tersebut. Bahkan Puan Lily sudah menghamburkan tangisannya.

Tangan Ice terkepal kemas. Otaknya ligat berfikir. Hatinya berbelah bahagi, antara Gempa dan anaknya siapa yang patut dia selamatkan?

Tubir mata Ice berair, dia tatap wajah doktor lelaki muda itu.

"Tolong selamatkan mereka berdua, saya mohon. Saya tak sanggup kehilangan mereka berdua. Saya mohon doktor, selamatkan mereka."

Doktor lelaki itu, tersenyum simpati. Dia menepuk bahu Ice.

"Saya akan berusaha untuk selamatkan mereka berdua. Jikalau sesuatu terjadi nanti, saya harap encik sekeluarga tabah menghadapi dan relakan ia pergi. Kita doakan agar semua baik-baik belaka."

•••••

Ice terduduk lemah di kerusi menunggu, wajahnya ditutupi dengan kedua tangannya. Dia menangis.

Halilintar yang melihat itu, memeluk bahu Ice seraya mengusap perlahan.

"Sudahlah, janganlah nangis. Kau kena redha Ice. Mungkin itu sudah ajalnya. Tuhan lebih sayangkan dia."

Ice tetap tidak berkutik. Esakan terdengar amat memilukan hati.

"Ni semua salah aku Hali. Aku memang suami yang tidak berguna! Sekarang dia pergi di sebabkan aku!"

Ice masih ingat di mana doktor yang menangani Gempa keluar dari bilik pembedahan dan memberitahu yang anaknya tidak dapat di selamatkan lagi kerana nadi budak itu terlalu lemah.

"Sekarang apa yang perlu aku beritahu Gempa? Aku takut dia tidak dapat terima semua ni... Apa patut aku buat Hali?"

Halilintar menghela nafas. Bahu Ice di tepuk perlahan.

"Ice dengar sini. Seorang suami, harus tetap kuat demi isterinya. Kau harus kuat Ice dengan dugaan ini, kau kena kuat dan berikan semangat pada Gempa. Kau tahu kan, hati seorang isteri amat rapuh. Kalau dua-dua down, rumahtangga kau akan huru-hara dan tiada keceriaan. Kau sebagai suami, harus beri dorongan pada Gempa dan semangat jika dia down. Ujian ni datang mesti ada hikmahnya."




















Tbc...

Another Day | Done For Me (IceGem S2) [C]√Where stories live. Discover now