"Makan sikit ya Gem?"
Ice mencuba menyuapi Gempa, namun mulut isterinya tidak kunjung dibuka.
Gempa perlahan menggeleng kepala.
"Saya tak ada selera Ice." ucap Gempa lirih. Kepalanya tertunduk, menatap jari-jemarinya yang berada di atas riba.
Ice hela nafas, "Janganlah macam ni Gem, makan sikit aje. Kalau kau macam ni, bila nak sihat? Kau tak nak keluar dari hospital ni ke? Please, makan sikit.."
Gempa mendongak, memandang wajah memohon Ice. Rasa bersalah mula hinggap didada. Terasa dirinya ini seperti menyusahkan dan membebani Ice sahaja. Dia hela nafas perlahan.
"Maafkan saya Ice, sebab saya sudah menyusahkan awak.. Saya memang pembawa malang dalam hidup awak. Maafkan saya Ice."
Setitis air mata jatuh dipipi Gempa. Ice yang melihat hal itu, mula mengelabah. Dia meletak mangkuk bubur di atas meja kecil di samping katil, lantas tubuh sang isteri didakapnya erat.
"Shh.. Jangan cakap macam tu, kau tak menyusahkan aku pun. Aku tau kau masih sedih atas pemergian anak kita, tapi kalau kau macam ni terus anak kita di atas sana pasti sedih tengok mama dia sedih. Please, wake up Gem. Tak baik tau meratapi seseorang yang sudah tiada. Ingatlah, yang pergi biarkan ia pergi dan yang masih hidup perlu teruskan kehidupannya."
Gempa makin teresak, dia membalas pelukan Ice. Dia mencengkam baju yang dikenakan Ice.
"Maafkan saya Ice.."
"Shhh.."
Ice menepuk dan mengusap belakang tubuh Gempa, sekadar mahu menenangkan Gempa.
Cleak!
"Gemgem!!"
Jeritan yang maha kuat itu, membuatkan Ice dan Gempa terperanjat bahkan pelukan mereka terlerai begitu sahaja. Mereka berdua menoleh pada si pengacau itu.
Gempa mengesat wajahnya yang comot oleh air mata, dia tersenyum lebar bila mendapati orang itu adalah sepupu kesayangannya. Thorn.
"Thorny!!"
Tbc...
Maaf kependekkan... Idea down... Bubye..
YOU ARE READING
Another Day | Done For Me (IceGem S2) [C]√
Fiksi Penggemar"I feel you in the cold wind, I close my eyes and think of you. It's hurts and hurts. But I can't look at you. Everyday I missing you, what do I do?" "Hold me, don't let go. Please don't leave me." "When we meet again, I'll tell you that I love you...