Part 12

922 85 31
                                    

Bila kepala dingin bertemu dengan kepala dingin, maka keboom lah jawabnya. Seperti waktu sekarang.

"Apa kau buat kat sini?"

"Habistu kau buat apa kat sini dengan isteri aku?"

Gempa yang berada di tengah di antara Ice dan Halilintar, sudah menutup muka malu kut sebab ramai yang lihat perdebatan mereka berdua. Sudah lah mereka berada di Airport.

"Sudahlah korang, orang tengok."

Mereka berdua mendengus kesat, saling merenung antara satu sama lain dengan tatapan mata yang tajam.

"Gem, kau pergi dengan mamat ni ke Korea berdua buat apa ha? Kau nak lari dengan dia ke apa ha? Sampai hati kau!"

Ice menatap Gempa dengan binar mata redup dan kecewa. Gempa hela nafas.

"Memangnya kenapa kalau aku bawa lari dia? Kau nak sibuk apa? Kau tu suami dia ke? Kalau bukan, jangan nak sibuk. Lagipun kitorang nak ke sana nak honeymoon, kan goldy?"

Halilintar paut pinggang Gempa dan ditarik merapat padanya, dia senyum sinis pada Ice yang sudah tampak bengang itu.

"Berani kau! Lepaskan Gempa! Kau tak berhak sentuh dia!" marah Ice sambil mengepalkan tangannya menahan emosi dari menumbuk wajah lelaki di hadapannya itu.

"Asal pula? Suka hati akulah!" kata Halilintar datar, seolah tidak gentar dengan amarah Ice. Dia dengan sengaja mencium sekilas pipi Gempa.

"Kau.."

Gempa yang sudah hilang sabar dengan situasi itu, melerai paksa pelukan Halilintar padanya. Segan sudah dia bila menjadi rebutan di hadapan orang ramai, apatah lagi mereka mula berbisik.

"Sudah! Saya ajak dia ke sana sebab ada urusan! Dan awak tu, macam mana boleh ada kat sini juga? Nak ke Korea juga?"

Ice tidak menjawab malah dia menarik Gempa ke sampingnya, menjauhi Gempa dari Halilintar.

"Kenapa harus dia?" soalan berbalas soalan.

Gempa mendengus, dia mencuba untuk meleraikan pegangan Ice pada tangannya namun tidak berhasil kerana Ice memegangnya terlalu kemas.

"Saya tak ada pilihan. Lagipun saya dah terbiasa dengan Hali." jawab Gempa seadanya.

Ice ketap bibir, dia pandang ke arah Halilintar yang sedang berpeluk tubuh. Kening lelaki itu terangkat sebelah dengan smirk terpasang di wajahnya, buatkan Ice kesal separuh mati. Ingin rasanya dia belasah wajah belagak lelaki itu.

"So, Gem kau pilih siapa?" Halilintar memegang tangan kiri Gempa manakala tangan kanan Gempa sudah dipegang oleh Ice.

Gempa hela nafas berat. Dia pandang wajah suaminya yang seperti mengharap padanya lalu beralih pada Halilintar.

Dia tak tahu nak pilih siapa, dia serba salah. Dia sayang kedua-duanya. Ya, dia mengaku yang dia masih sayangkan Ice. Tapi, biarlah dia egois untuk kali ini.

"Halilintar."

Mendengarkan itu, buatkan pegangan Ice pada tangan Gempa melonggar. Dia tidak boleh nak gambarkan rasa sakit di hatinya bila isterinya sendiri lebih memilih orang lain. Sekarang dia tahu, apa itu rasa sakit yang pernah Gempa lalui dahulu.

"Oh okey..."

Entah kenapa pedih pula hati Gempa, bila mendengar suara Ice yang seperti kecewa dengan pilihan yang dia buat. Dia pandang wajah Ice, namun lelaki itu seolah tidak mahu bertatap mata dengannya. Dia ketap bibir, rasa bersalah.

"Jom, Gem. Flight kita dah sampai."

Gempa menoleh pada Halilintar, dia tersenyum tawar seraya mengangguk kecil.

"Jom."










Tbc...

Another Day | Done For Me (IceGem S2) [C]√Where stories live. Discover now