"Baguslah, kalau itu yang hakim jatuhkan hukumannya. Terima kasih papa sebab dah uruskan semuanya. Ya, Gempa dah makin sihat aje ni. Nanti kitaorang datang ke rumah papa dan mama ya? Hmm, ya okey bye papa."
Ice mematikan talian telefon sebaik sahaja selesai bercakap dengan papanya. Dia menoleh apabila dirasai dirinya diperhatikan. Dia mendapati Gempa yang berdiri di hujung tangga, lelaki itu memandangnya seperti ingin mengetahui sesuatu.
Ice tersenyum tipis, dia mengamit tangan agar Gempa datang padanya.
"Sini Gemmy."
Gempa hanya menurut, dia mendekati Ice lalu melabuh duduk di sebelah Ice. Dia membalas senyuman suaminya itu.
"Papa ke call?"
"Yap. Diorang ajak kita ke rumah, katanya mama rindu."
Kepala Gempa terangguk perlahan, dia pandang Ice. Dia ingin mengatakan sesuatu namun dia ragu-ragu.
Ice yang melihat raut wajah Gempa seperti ingin mengatakan sesuatu hanya mampu tersenyum. Dia mengusap kepala Gempa.
"Tanya lah apa yang kau nak tanya Gem, aku sudi menjawabnya."
Seakan mendapat lampu hijau, Gempa berdeham seketika sebelum mengutarakan soalannya yang beberapa hari ini menjadi buah fikirannya.
"Kalau boleh Gem tau, apa yang terjadi pada Elies dengan tunangnya selepas kejadian hari tu?"
Ice sudah menjangka soalan itu yang akan Gempa pertanyakan. Dia hela nafas berat. Malas rasanya dia nak bercakap pasal dua malaun tidak berguna itu. Kerana mereka berdualah, bakal anaknya bersama Gempa meninggal.
"Diorang dah terima hukuman yang setimpal dengan apa yang mereka buat pada kita Gem."
"Apa?"
"Papa kata yang diorang sudah dijatuhkan hukuman gantung. Minggu depan akan dimulai."
Gempa terdiam, terkejut dengan berita yang dia dengar barusan. Dia pandang Ice seolah tidak percaya.
"Aku cakap benda betul Gem, tak tipu. Papa baru aje tadi beritahu aku. Mereka memang pantas dapat hukuman seperti itu, jahat lagi."
"Ice, bawa Gem jumpa dia."
Ice tergamam. "Kenapa kau nak jumpa diorang? Jangan cari pasal dengan diorang, aku takut diorang akan apa-apa kan kau. Tak payah lah, simpan niat baik kau tu."
"Tapi Ice.."
"Gempa please. Kau baru aje sihat, aku tak benarkan."
Gempa hela nafas berat. "Tak nak bagi sudah!"
Gempa bangun dan berlalu pergi kerana sakit hati dengan sikap suaminya itu. Dia hanya mahu bertemu mereka berdua sebelum mereka mati ditali gantung.
Ice mengetap bibir sejurus bangun dan mengejar langkah Gempa, lengan Gempa ditariknya kuat membuatkan Gempa tertarik masuk ke dalam pelukannya. Dia peluk tubuh mungil itu.
"Maafkan aku. Tapi aku tetap tak izinkan kau ke sana. Aku sayang kau Gem, aku takut terjadi apa-apa aje nanti. Please dengarkan aku."
"Ya, saya selalu dengarkan awak Ice tapi dulu awak ada ke dengarkan saya? Can you hear me?"
Ice terdiam, dia seperti dihempap oleh batu yang besar sahaja mendengar ayat perlian Gempa yang membawa makna yang mendalam. Ya, dia mengaku dia tidak pernah dengarkan isi hati Gempa kerana dia dibutakan oleh ego yang tinggi melangit sehingga sanggup mendera isterinya yang tidak ada salah sama sekali dengannya.
"Maaf Gem maaf.."
Gempa mengetap bibir, dia bukan sengaja mahu mengungkit kembali hal itu namun kata-kata itu meluncur keluar begitu sahaja daripada mulutnya. Dia pun tidak sedar yang dia akan berkata begitu.
"Maaf Ice, saya tak berniat nak ungkit kembali. Saya tak sengaja, maaf."
Gempa membalas pelukan Ice. Rasa bersalah hinggap di hatinya. Dia mengucup dada Ice yang terbalut baju hoodie berwarna biru muda lalu menyembam mukanya disitu.
"Saya sayangkan awak Ice."
"I love you more, more, more and more. Gem.."
"Hm?"
"Now, I can hear you Gemmy."
Tbc...
YOU ARE READING
Another Day | Done For Me (IceGem S2) [C]√
Fanfic"I feel you in the cold wind, I close my eyes and think of you. It's hurts and hurts. But I can't look at you. Everyday I missing you, what do I do?" "Hold me, don't let go. Please don't leave me." "When we meet again, I'll tell you that I love you...