Beberapa bulan kemudian..
Permukaan dada langit pagi ditatap oleh sepasang iris kuning keemasan milik Gempa. Seutas senyuman terlakar di wajahnya.
Halangan, penderitaan dan kesedihannya kini sudah pun berakhir.
Kebahagiaan yang dicari selama ini, akhirnya dia temui jua setelah penat menempuhi segala duri-duri yang menghalang langkahnya untuk menuju ke arah kebahagiaan.
Kini dia bahagia. Setelah berkurun lamanya, dia menunggu akhirnya dia dapat rasainya kini.
Hap!
Gempa tersentak kaget apabila tubuhnya dipeluk daripada belakang.
"Morning my sweety."
Senyuman manis bermain di bibir Gempa, dia ketawa kecil tatkala Ice mengeselkan pipi mereka berdua.
"Morning too. Awak dah mandi? Kejap lagi awak kena masuk kerja, nanti terlambat pula."
"Hmmm." Ice menenggelamkan wajahnya pada leher isterinya, menghidu bau wangian yang menguar dari sana.
"Dah jangan nak manja, pergi bersiap sekarang."
Gempa perlahan meleraikan pelukan Ice walaupun mendapat rungutan daripada Ice. Dia berbalik menghadap ke arah Ice.
"Sini saya tolong pakaikan tienya."
Gempa meraih tali leher yang terselip di poket baju kemeja hitam yang Ice kenakan, lantas dia memakaikan benda itu pada Ice. Leka dia menjalankan tugasnya, sampaikan tidak perasan yang dirinya di tenung oleh sepasang iris biru laut milik Ice.
"Ice.."
"Hmmm?"
"Pukul berapa awak balik?"
"Hm, dalam pukul 5.30. Kenapa?"
"Tak ada apa, cuma saya nak awak tolong belikan pizza cheese dua tingkat, aiskrim dua bekas, burger triple yang big and special punya boleh? Lepastu saya nak satay 100 batang yang dicelup cheese, coklat dan aiskrim boleh?"
Mulut Ice ternganga, sebaik sahaja mendengar senarai makanan yang Gempa sebutkan. Asal makanan yang dia minta aneh? Apalagi yang satay itu...
"Errr.."
"Boleh tak?"
Gempa menatap Ice dengan wajah mengharap. Gempa perasan yang air muka Ice berubah selepas mendengar senarai makan yang dia sebutkan barusan. Namun, dia kesah apa?
"Err.. Baik lah. Hmmm, kalau macam tu aku gerak dulu."
Ice membongkokkan tubuhnya, perut Gempa yang sudah membonyot itu dikucupnya lama setelah itu dahi dan kedua belah pipi isterinya dicium pula.
"Aku gerak dulu, jaga diri tau? Kalau ada apa-apa terus call aku okey? Bye sweety and anak papa kat dalam sana ni jangan nakal-nakal ya? Bye.."
Gempa menjengketkan kakinya, pipi Ice diciumnya.
"Bye juga bearbun."
Tbc...
YOU ARE READING
Another Day | Done For Me (IceGem S2) [C]√
Fanfic"I feel you in the cold wind, I close my eyes and think of you. It's hurts and hurts. But I can't look at you. Everyday I missing you, what do I do?" "Hold me, don't let go. Please don't leave me." "When we meet again, I'll tell you that I love you...