Part 27

1K 90 17
                                    

Usai makan malam, Ice beredar ke bilik. Manakala Gempa melepak di ruang keluarga sambil menonton cerita.

Jam sudah berganjak ke angka sepuluh malam. Gempa mematikan televisyen, sebaik sahaja cerita kegemarannya habis. Cerita Stay With Me daripada pengarah Sya. Lol tiberr..

Abaikan.

"Masuk tido lah, mesti Ice dah tido."

Sebelum naik ke bilik, dia memeriksa terlebih dulu pintu utama rumah. Memeriksa sama ada sudah berkunci ataupun tidak.

Gempa mendaki anak tangga untuk menuju ke bilik utamanya. Biliknya bersama Ice.

Setiba di hadapan bilik, dia mengkuak daun pintu tersebut. Dia melangkah masuk ke dalam. Dahinya mengerut bila tidak mendapati kelibat Ice. Seingat dia, Ice ke bilik selepas makan malam. Tetapi, batang hidung lelaki itu tidak pula nampak di dalam bilik.

"Maybe dia kat bilik kerja." baru sahaja Gempa mahu buka langkah untuk menuju ke katil, pinggangnya seperti dipeluk dari belakang. Dia terkedu.

"Heyy sweety, cari aku ke?"

Meremang bulu roma Gempa, mendengar bisikan suara Ice yang kedengaran agak serak basah dan di tambah lagi hembusan nafas lelaki itu mengenai pangkal lehernya.

"Ice.. Aw..awak ke mana tadi?"

"Kenapa? Aku kat sini aje, dekat hati kau."

Bibir Gempa mencebik, dia menyiku perlahan perut Ice yang setia memeluknya dari belakang. Ice tergelak kecil. Dagunya ditopang pada bahu Gempa, satu kucupan di daratkan pada leher putih isterinya.

"Sweety.."

Gempa telan liur. Kalau Ice sudah keluar suara macam itu, adalah mahunya.

"A..apa?"

"Kau tak ada niat nak buat projek rumah tangga ke? Kau tak nak kasi aku Ice junior ke? Hmmm?"

Pipi Gempa berbahang. Dia faham ke mana arah bicara Ice.

"Saya t..tak kisah, saya okey aje."

Ice smirk. "Apa? Aku tak dengar lah. Boleh ulang."

Gempa ketap bibir, dia tahu yang lelaki itu sengaja mahu mengenakan dirinya.

"Ice.."

Gempa memusingkan tubuhnya menghadap ke arah suaminya, tanpa melepaskan pelukan Ice padanya. Dia melingkarkan tangannya di leher Ice.

"Ice.. Saya sudah sedia untuk jadi isteri awak yang dari erti kata yang sebenar. Dari segi zahir dan batin. Saya cintakan awak Ice."

Ice tergamam. Sesaat kemudian, dia ukirkan sebuah senyuman manis seraya menarik Gempa merapatinya.

"Love you too my sweety."




















Tbc...

Another Day | Done For Me (IceGem S2) [C]√Where stories live. Discover now