Beberapa bulan kemudian..
"Ice.. Bila awak nak bangun? Tak puas lagi ke tido?"
Iris madu kekuningannya, menatap sayu pada wajah Ice. Sudah 3 bulan lebih dia menanti lelaki itu untuk bukakan mata dan melihat bumi kembali. Namun hampa, penantiannya belum membuahkan hasil. Lelaki itu seperti tidak mahu bukakan matanya.
"Ice bangunlah, awak tak rindu kitorang ke? Awak tau, mama awak tak sihat. Dia demam panas, sebab rindukan awak punya pasal. Bangun lah, saya.. Saya rindukan awak Ice."
Setitis air matanya jatuh membasahi pipinya. Dia membawa tangan kanan Ice yang dia genggam itu, ke bibir. Tangan itu diciumnya lembut, lalu dilekapkan pada pipinya pula.
Anak matanya setia merenung ke wajah suaminya, dibiarkan air matanya yang masih mengalir.
"Ice saya mohon bangunlah.."
Terdiam dia buat seketika, helaan nafas tercetus dibelah bibirnya.
"Awak nak dengar satu lagu tak? Dengar eh?"
Gempa berdeham sejenak.
Sepi
Menghukum diri kembali
Untuk mengalirkan air mata
Tanpa henti
LagiSepi
Menghasut diri kembali
Untuk memikirkan tentang kita
Tanpa henti
LagiDan tiada
Salah darimu mengingatkanku
Bila 'ku tak sempurna
Engkau bisikkan 'ku yang paling sempurna
Di matamu hanya akuSuara Gempa mendayun, menghiasi ruang bilik wad Ice yang sepi dan hanya terdengar mesin pendetak jantung sahaja.
Maaf, andai kau terluka
Maaf, 'ku tak sengaja
Tanpa sedar
Sakitimu
SesalkuMaaf, kerna aku pun terluka
Pintaku hanya
Peluang kedua
Rasa cinta
DarimuDan tiada
Salah darimu mengingatkanku
Bila 'ku tak sempurna
Engkau bisikkan 'ku yang paling sempurna
Di matamu hanya akuLinangan air mata Gempa makin lebat, dia menyanyikan lagu itu dengan penuh perasaan.
Dan andai terbuka hatimu
'Ku di sini menunggu dan terus menunggu
Dirimu
Kembalilah, sayang
KepadakuTanpa Gempa sedar jari-jemari kiri Ice bergerak namun itu hanya lah sekejap.
"Bangunlah Ice.. Saya akan terus tunggu awak sampailah awak sedar, biarlah ianya memakan masa. Saya cuma perlukan awak Ice."
Dahi suaminya dikucup. Setitis air matanya jatuh mengenai dahi Ice.
"Saya dah maafkan awak Ice, saya ikhlas maafkan awak. Saya terima awak apa adanya, jadi bangunlah. Kalau awak bangun, saya nak kita bina hidup baru dan bermula dari awal. Boleh Ice?"
Tbc...
Bad ending or lucky ending? 🤔😏
YOU ARE READING
Another Day | Done For Me (IceGem S2) [C]√
Fanfiction"I feel you in the cold wind, I close my eyes and think of you. It's hurts and hurts. But I can't look at you. Everyday I missing you, what do I do?" "Hold me, don't let go. Please don't leave me." "When we meet again, I'll tell you that I love you...