Thorn senyum sinis, dia membalas pandangan datar Ice lalu dia beralih pada Gempa yang sudah bersiap sedia untuk pulang.
Genap 2 minggu lebih juga Gempa di tahan di hospital, kini sepupu kesayangannya sudah dibenarkan untuk pulang.
"Tak sabar nak balik ke?" soal Thorn. Memecahkan heningan diantara mereka bertiga.
"Yap, mestilah tak sabar. Duduk kat hospital bukannya best pun." jawab Gempa, dengan senyum manis.
Thorn membalas senyuman Gempa, kepala sepupunya itu diusap penuh kasih sayang.
Ice hanya memandang, jauh di sudut hatinya dia berasa cemburu dengan keakraban mereka berdua. Dia kerling Thorn. Dia tahu yang lelaki itu masih tidak dapat memaafkan dirinya kerana pernah berbuat jahat dan kejam pada Gempa.
"Jom balik. Kita jumpa kat rumah ya?"
"Baik."
Sebelum beredar, Thorn sempat mengucup pipi Gempa dan dia tersenyum manis apabila mendapati wajah Gempa berona merah.
"Baibai."
Thorn melambai kepada Gempa, setelah itu dia beredar pergi.
Kini tinggallah Ice dan Gempa. Hening suasana di antara mereka berdua.
Gempa menoleh pada Ice yang berdiri di tepi katil sambil mengemas pakaian miliknya. Sejak kedatangan Thorn, suaminya hanya mendiamkan diri. Kalau di tanya pun hanyalah satu dua patah perkataan sahaja yang keluar.
"Ice awak okey?" Sambil menyentuh bahu Ice, Gempa bertanya. Risau jikalau suaminya ada berkecil hati dengannya tanpa dia sedar. Mana tahu kan?
Ice mengzip beg galas berjenama Adidas, lalu dipikul pada bahunya. Dia berbalik, wajah isterinya ditatap. Satu senyuman kecil diukir.
"Okey aje. Jom balik."
Ice mengorak langkah untuk keluar dari bilik rawat yang pernah dihuni oleh Gempa, akan tetapi tangannya dipegang Gempa. Ice menolehkan wajah tanpa memusingkan tubuhnya menghadap ke arah Gempa.
"Kenapa? Jom lah balik, tak rindu rumah kita?"
Gempa diam, dia tatap seraut wajah Ice itu. Wajah itu tampak lelah dan seperti menyembunyikan sesuatu daripadanya. Walaupun Ice berlagak biasa di hadapannya, namun dia perasan akan perubahan Ice sejak Thorn munculkan diri. Akhir-akhir ini juga Ice sering termenung jauh.
"Gem? Kenapa tengok aku macam tu?" soal Ice kehairanan. Senyuman kecil masih dia lakarkan untuk Gempa.
"Apa Thorn belum maafkan awak? Sebab tu awak sering termenung akhir-akhir ni? Apa saya betul?"
Senyuman Ice luntur sebaik sahaja mendengarkan bait-bait kata Gempa. Dia hela nafas.
"Hmmm, kau tak payah risaulah. Biar aku settle sendiri."
"Jadi betul lah? Biar saya yang bercakap dengan Thorn ya?"
Kepala Ice tergeleng laju, dia berbalik menghadap Gempa. Wajah Gempa dipegangnya lembut.
"It's okey, biar aku settle sendiri. Aku tak nak kau stress nanti, kau kan baru sihat. Aku tak nak beban kan kau.."
Ucapan Ice dipintas Gempa.
"Apa gunanya seorang isteri kalau tak dapat bantu suaminya di dalam kesusahan?"
Ice membuang nafas berat. Dia merenung seraut wajah polos isterinya dengan tatapan mata yang redup.
"Tapi.. Dia suka kau Gem.."
"Ha?!"
Kata-kata Ice barusan, mengejutkan Gempa. Bulat anak matanya memandang Ice.
"A..apa? Awak bohong kan? Tapi macam mana?"
"Dia pernah beritahu aku, sehari sebelum kita kahwin."
Tbc...
Ayeee konflik baru... 😏🤣
YOU ARE READING
Another Day | Done For Me (IceGem S2) [C]√
Fanfiction"I feel you in the cold wind, I close my eyes and think of you. It's hurts and hurts. But I can't look at you. Everyday I missing you, what do I do?" "Hold me, don't let go. Please don't leave me." "When we meet again, I'll tell you that I love you...