Halilintar merenung lelaki yang duduk di hadapannya. Sesekali dia meneguk air minumannya.
"Kenapa kau cakap macam tu tadi? Siap mengaku aku ni suami kau, kau kenal ke lelaki tadi? Bukan ke lelaki tu, pengarah kat syarikat Airline perkapalan? Rasanya aku pernah bekerjasama dengan syarikat dia."
Gempa membalas tatapan Halilintar.
"Maaf, tu aje yang sempat terlintas di otak aku. Maaf kalau buat kau tak selesa."
Halilintar hela nafas, dia memeluk tubuh.
"Apakah dia orangnya? Suami kau yang kau cite kat aku hari tu?"
Gempa diam, tidak angguk mahupun geleng. Dia menunduk.
"Jadi betul lah? He, aku tak sangka perangai pengarah syarikat yang paling tersohor tu, berkelakuan keji pada isterinya sendiri. Tch!" omel Halilintar seraya berdecit kesat.
Iris mata Halilintar jatuh pada wajah Gempa yang muram itu. Lelaki yang sudah mencuri hatinya sejak kali pertama mereka berdua bertemu dengan tidak sengaja. Biarlah rahsia, macam mana pertemuan mereka. Lol.
Halilintar mengenggam tangan Gempa, dia mengusap kepala lelaki itu dengan kelembutan.
"Dah jangan sedih. Aku ada di sisi kau, kalau kau perlukan aku Gem. Sebab aku sayang kau, aku sudi jadi suami fake kau. Asalkan kau dapat balas kekejaman lelaki dayus tu."
"Tapi Linlin.."
"Please don't cry my goldy, kau tahu? Air mata kau tu sangat berharga untuk buang pada lelaki yang tak pernah nak hargai kau. Kenapalah, Tuhan tak temukan kau dulu dengan aku. Mesti kau bahagia sekarang."
Kepala Gempa terangkat, dia pandang Halilintar yang berwajah serius itu.
"Linlin.."
"Hehehe, aku gurau aje. Dah jangan sedih-sedih. Jom makan. Aku tau kau belum makan kan?"
Gempa tersenyum, walaupun kelihatan seperti dipaksa.
"Baiklah, Linlin. Ohya, kau nak ikut aku ke korea?"
"Buat apa ke sana? Kau nak larikan diri ke sana ke? Musim corona ni?"
Gempa buat muka, Halilintar tersengih.
"Gurau ajelah. Okey, kenapa kau nak ke sana?"
"Oh, ada satu syarikat kat sana. Orang kita juga, tapi dia ada syarikat di sana. And dia ajak aku kerjasama, also jadi model syarikat dia."
"Apa syarikat dia?"
"Icy's Holding."
Terangkat kening Halilintar bila mendengar nama syarikat tersebut. Macam pernah dengar sahaja nama syarikat itu, ke hanya perasaannya sahaja?
"Oh, aku okey aje. Lagipun, bulan ni aku free. Tak ada kerja sangat."
"Heleh, bos biasalah."
Tawa mereka bersatu.
Halilintar tersenyum melihat wajah ceria Gempa, sudah tidak sedih seperti tadi.
Gem, kau tau? Aku sukakan kau. Desis hati Halilintar.
Tbc....
YOU ARE READING
Another Day | Done For Me (IceGem S2) [C]√
Fanfic"I feel you in the cold wind, I close my eyes and think of you. It's hurts and hurts. But I can't look at you. Everyday I missing you, what do I do?" "Hold me, don't let go. Please don't leave me." "When we meet again, I'll tell you that I love you...