Ting! Tong!
"Kejap!"
Puan Lily yang sedang menonton televisyen, bergegas bangun dan menuju ke arah pintu utama rumahnya.
Tombol pintu dipulas lalu daun pintu dibuka. Terpampan wajah menantunya di depan rumahnya.
"Oh Ice, masuklah."
"Baiklah mama, hm Gempa dengan si kembar mana?"
Pintu rumah dikatup, mereka berdua melangkah ke ruang tamu.
"Oh Gem, dia ada kat atas sana tu. Tengah tidokan si kembar, pergilah." kata Puan Lily seakan tahu akan lirikan mata Ice yang asyik melihat ke arah tingkat atas. Dia tersenyum.
Ice mengaru belakang lehernya sambil tersenyum.
"Baiklah mama."
"Ohya Ice.."
"Apa?"
"Terima kasih sebab sudah bahagiakan anak mama."
Ice tersenyum manis. Bahu ibu mertuanya disentuh dan diusap lembut.
"Kasih diterima. Ice janji akan sentiasa bahagiakan Gempa. Mama jangan risau ya? Ice tak akan ulangi kisah dulu lagi. Sekarang anak mama dah gembira bahkan mama dah dapat dua cucu yang comel. Ice harap dapat kasi cucu lagi kat mama, hehehe."
Mereka berdua ketawa. Puan Lily menggeleng kepala dalam tawanya apabila melihat senyum nakal bermain di wajah menantunya itu.
"Gatal eh? Kalau ada rezeki apa salahnya kan? Dah, pergi lah naik atas. Malam ni korang berempat tido ajelah sini eh?"
Ice mengangguk kepala. "Baiklah mama, Ice naik atas dulu ya? Nak mandi, tubuh ni rasa melekit sangat."
"Yelah. Pergilah sana."
"Hmmm!"
•••••
Ice membuka perlahan pintu bilik Gempa, kepalanya dijenguk ke dalam. Dia mengintai, ingin melihat apa yang sedang isterinya dan si kembar lakukan di dalam sana.
Senyuman melakar dibibir Ice, tatkala mendapati ketiga kesayangannya sudah terlena dan saling berpelukan.
Ice mengorak langkah mendekati katil. Dia berdiri di tepi katil, telefon dikeluarkan dari poket seluar. Satu dan dua gambar ditangkap. Usai itu dia kembali menyimpan telefonnya dengan meletakkannya di atas meja yang bersebelahan dengan katil.
"Tido tak ajak.."
Ice melepaskan baju kemejanya lalu diletakkan ke dalam bakul, lantas dia mengambil sehelai tuala yang masih bersih di dalam almari.
Bilik mandi menjadi destinasinya. Dia ingin membersihkan diri sebelum menyertai mereka bertiga.
Gempa mencelikkan matanya sebaik sahaja Ice menghilang ke dalam bilik mandi. Sebenarnya, dia sudah terbangun tatkala pintu bilik dibuka.
Gempa bangun daripada pembaringannya, dia membetulkan posisi tidur si kembar sambil itu menunggu Ice.
Seketika kemudian..
Cleak!
Bunyi pintu bilik mandi dibuka, mengalihkan pandangan Gempa daripada anak-anaknya. Terlihat Ice yang melangkah keluar dari bilik mandi dengan hanya mengenakan tuala yang menutupi bahagian bawah manakala bahagian atas dibiarkan terdedah. Ice tidak perasan akan dirinya yang dipandang oleh Gempa, kerana leka mengusap rambutnya yang basah itu dengan tuala.
Ice bergerak ke meja solek.
"Ehem.."
Deheman itu, berhasil menghentikan aktiviti Ice yang asyik mengusap rambut di hadapan cermin solek.
Ice memandang ke dalam cermin solek. Pemandangan mata mereka bertaut melalui cermin solek.
"Bila kau bangun Gem?"
"Hm, baru aje. Awak nak makan? Saya hidangkan."
"Tak payahlah, esok ajelah. Aku tak nak susahkan kau memalam ni."
Gempa turun daripada katil dan mendekati Ice, tubuh tegap suaminya dipeluk daripada belakang.
"Tak apa, sudah tugas saya kan? Saya tau awak lapar, saya akan siapkan makanan. Lagipun masih ada lauk lebihan tadi. Saya ke bawah dulu ya? Awak tengokkan mereka ya? Nanti dah siap saya panggil awak."
Satu kucupan, Gempa daratkan pada tubuh Ice sejurus itu dia melepaskan pelukan tersebut dan beredar keluar bilik.
Ice hanya mampu memandang kepergian Gempa. Dia tersenyum.
"Gempa.. Gempa.."
Tbc...
YOU ARE READING
Another Day | Done For Me (IceGem S2) [C]√
Fanfiction"I feel you in the cold wind, I close my eyes and think of you. It's hurts and hurts. But I can't look at you. Everyday I missing you, what do I do?" "Hold me, don't let go. Please don't leave me." "When we meet again, I'll tell you that I love you...