Ice memerhatikan Gempa yang sedang mengemas pakaian di sebuah bilik yang pernah lelaki itu huni. Dia bersandar pada pintu bilik.
"Kau betul-betul akan tinggal sini balik? Kau tak berbohong kan?" Ice buka suara setelah beberapa minit menjadi pemerhatian isterinya.
Gempa berhenti dari aktivitinya. Dia toleh wajah pada Ice. Dia senyum.
"Kan saya dah janji dengan awak tadi masa saya jemput awak di hospital? Lagipun, isterikan harus berada di sisi suami. Awak juga kata nak mula dari awal. Kenapa awak tak suka saya tinggal sini balik?"
Laju kepala Ice menggeleng. "Bukan itu maksud aku. Aku cuma.. Aku ingat kau main-main aje tadi, tu yang aku tanya."
Senyuman Gempa mengembang lebar.
"Hmmm, mana ada saya main-main. Kalau saya ada niat tak nak tinggal sini, mesti awak akan paksa dan heret juga saya ke sini kan?"
Ice berdeham. Tidak pula menyahut kata-kata Gempa kerana tekaan isterinya amatlah tepat.
"Tapi, kenapa kau nak tido bilik ni?"
"Kenapa pula? Ni kan bilik saya?"
"Memang, tapi bukan ke suami isteri harus tidur sebilik? Kau lupa atau buat-buat lupa hm?"
Rona merah merebak kedua belah pipi Gempa. Keras pula lidahnya untuk bersuara.
"Errr.. Perlu ke?"
Ice tahan gelak mendengar soalan spontan Gempa itu, apalagi dengan wajah merah dia itu. Geram pula dianya.
"Soalan macam apa tu? Perlulah my wife. Bukan kita dah pernah tido sekatil ke dulu? Kata nak jadi isteri mithali." kata Ice dengan nada mengejek.
Gempa menjeling dengan sebelah pipi dikembungkan.
"Dah, mula hari ni dan buat selamanya kau harus tido dalam bilik aku. Tiada bantahan. Aku tunggu kau kat sana, jangan lambat kalau tak, tau lah apa aku nak buat kat kau nanti."
Ice smirk sebelum beredar dari bilik Gempa, meninggalkan isterinya yang termangu-mangu dengan wajah memerah.
Gempa tersedar.
"Baik aku cepat, kalau tak mesti dia apa-apa kan aku nanti!"
Gempa dengan kadar segera, menyimpan apa yang patut lantas dia berlari keluar untuk ke bilik suaminya. Di fikirannya, nanti-nantilah dia alih kesemua pakaiannya ke bilik Ice. Buat sekarang, dia takut dengan hukuman yang akan Ice kenakan padanya. Entah apa, hukuman yang lelaki itu bagi.
Tbc...
YOU ARE READING
Another Day | Done For Me (IceGem S2) [C]√
Fanfic"I feel you in the cold wind, I close my eyes and think of you. It's hurts and hurts. But I can't look at you. Everyday I missing you, what do I do?" "Hold me, don't let go. Please don't leave me." "When we meet again, I'll tell you that I love you...