Part 25

984 101 14
                                    

Suasana petang di taman hospital, dengan angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut pada wajah mereka.

Ice dan Gempa berdiam diri di bangku taman sambil memerhati pesakit dan pengunjung serta jururawat yang berkeliaran di taman hospital.

"Ehem." salah seorang dari mereka berdua berdeham, memecahkan suasana bisu di antara mereka.

Gempa menoleh pada Ice di sebelahnya bila mendengar dehaman dari lelaki itu. Sudah seminggu Ice sedar dari komanya dan kesihatan lelaki itu makin pulih. Dia bersyukur yang Ice sudah makin sihat.

"Esok, doktor cakap aku dah boleh balik." Ice buka suara.

"Baguslah macam tu."

"Hmmm, kau jemput aku esok?"

Ice merenung tepat ke anak mata Gempa, dengan tatapan mata yang redup dan penuh pengharapan.

Gempa tersenyum. "Hmmm. Pukul berapa awak boleh balik?"

"Dalam pukul 3 macam tu lah." jawab Ice dengan anak mata tidak beralih dari menatap ke arah Gempa, membuatkan isterinya menjadi salah tingkah kerana dipandang begitu dalam oleh suaminya.

Gempa menundukkan wajah, segan mahu bertatapan mata dengan Ice. Jantungnya bagai mahu pecah sahaja.

"Oh, nanti saya jemput awak."

Hening seketika.

Ice tersenyum tipis bila melihat Gempa yang masih setia menundukkan kepala.

"Kau dah tak nak pandang muka aku ke? Dah tak sudi?"

Mendengar itu, buatkan Gempa secara automatik mendongak. Laju kepalanya menggeleng.

"Taklah, ma..mana ada!" cantas Gempa cepat.

Kerutan terlakar di dahi Gempa bila Ice ketawa kecil. Wajahnya berona merah apabila Ice mengusap pipinya.

"Terima kasih Gempa."

Dahi Gempa makin berkerut. "For what?"

"Sebab dah maafkan kesilapan aku yang terdahulu. Terima kasih banyak. Aku janji akan bahagiakan kau dan tak akan ulangi lagi perbuatan aku yang dulu. Kau boleh pegang janji aku."

Perasaan sebak mula dirasai oleh Gempa bila mendengarkan itu. Dia boleh rasa yang kata-kata Ice itu amat ikhlas dan tulus.

"Saya pegang janji awak Ice. Saya sayangkan awak."

Senyuman manis terulas dibibir Ice dan buat kali pertama Gempa dapat melihat senyuman Ice yang amat manis itu.

"Apa? Aku tak dengarlah, boleh ulang?" sakat Ice, sengaja.

Gempa sudah tarik muka, dia tahu lelaki itu sengaja ingin menyakatnya.

"Tak nak ulang."

"Alah, boleh lah. Hmmm, Gempa sayang?"

Ice senyum tatkala melihat wajah Gempa memerah. Comel.

Gempa berdecit. "Fine. Saya sayang awak, puas hati."

Ice gelak. Pipi tembam Gempa dicubitnya.

"Tak puas hati lagi, boleh tak kau tunjukkan rasa sayang kau tu kat aku?"

"Err perlu ke?" Gempa sudah mengelabah.

"Perlulah. Cepatlah." gesa Ice, dengan senyum mengusik.

Gempa berdeham, pipinya yang tidak gatal digaru. Anak matanya melirik ke arah Ice yang setia menunggunya.

"Cepatlah aku tunggu ni sayang.."

Berbahang wajah Gempa bila mendengar panggilan 'sayang' yang keluar dari mulut Ice.

"Eerrr..."

"Errr..?"

Gempa kemam bibirnya, dia hela nafas. Dia dengan perasaan yang gugup, memegang wajah Ice. Dia memejamkan mata dan menemukan bibirnya pada bibir Ice.

Di saat dia mahu meleraikan ciuman tersebut, Ice menahan kepalanya dan membalas ciumannya itu.

Setelah 2 minit ciuman mereka terlerai.

Ice menyatukan dahi mereka. Dia tatap mata gold milik Gempa tunak. Senyuman bermain dibibirnya, bila mendapati wajah Gempa yang memerah itu.

"Aku pun sayang kau juga sayang, maaf sebab lambat balas perasaan kau. Aku janji akan jaga perasaan ini hanya untuk kau sorang."

Pipi Gempa basah oleh air mata bila mendengar ayat tulus Ice itu. Perasaannya terasa hangat.

"Ice.."

"Shh.. Please don't cry, aku dah tak sanggup tengok kau nangis Gem. Hati aku jadi sakit."

Ice mengusap sisa air mata yang mengalir di pipi Gempa dengan gerakan lembut. Perlahan dia mengucup kedua kelopak mata Gempa lalu dia tersenyum.

Gempa menghamburkan pelukan pada Ice, tubuh itu dipeluknya erat. Ice membalas pelukan Gempa, dagunya ditopang pada kepala Gempa sesekali dia akan daratkan kucupan pada kepala Gempa.

















Tbc...

Ayeee... Sweet moment dah mai.. 😍

Another Day | Done For Me (IceGem S2) [C]√Where stories live. Discover now