Epilogue

1.2K 78 21
                                    

Beberapa tahun kemudian..

Kelihatan dua orang remaja lelaki berumur 15 tahun keluar daripada perut kereta.

"Belajar rajin-rajin ya? Jangan nakal di sekolah. Faham?"

"Faham mama! Kami masuk dulu! Bye mama!"

Glasier dan Gomny memberikan flying kiss pada sang ibu mereka lantas berlari anak memasuki perkarangan sekolah.

Gempa menggelengkan kepala dalam senyumannya, tatkala melihat telatah kedua anak kembarnya.

"Macam-macam lah diorang ni, ikut perangai siapa entahlah."

Kereta yang dibawa oleh Gempa meluncur pergi dari hadapan sekolah SMK Pulau Rintis itu.

"Oi, aku dengar ada dua orang pelajar baru yang masuk harini."

Gomny mula buka kaunter gosip. Glasier hanya memasang telinganya, mendengar adik kembar menggosip.

"Siapa? Lelaki ke pompuan?"

"Dengar kata lelaki."

Celah satu suara daripada belakang, mengejutkan si kembar itu. Melompat mereka dibuatnya. Si tukang menegur tanpa beri salam sudah ketawa geli hati.

Duo kembar itu menoleh ke belakang, wajah memasing menahan geram apabila melihat wajah orang itu. Kawan mereka juga, namanya Blizzard, Springwind dan Haze.

"Hoi mangkuk! Terkejut kitorang tau tak? Cubalah bagi salam dulu kalau nak tegur tu, lepukkan!" Marah Glasier. Gomny mengangguk setuju, penumbuknya sudah digenggam.

"Sini korang!"

"Cabut!!"

Duo kembar itu segera mengejar ketiga kawan mereka yang sudah melarikan diri itu. Para pelajar yang melihat hal tersebut, hanya mampu menggelengkan kepala. Sudah biasa melihat lima sahabat itu yang suka bergurau kasar.

•••••

"Psstt! Mana pelajar baru tu?"

Gomny berbisik pada abang kembarnya yang duduk di sebelahnya.

Glasier menjulingkan bebola mata.

"Kau tanya aku macam aku ni cikgu aje. Baik kau pergi tanya cikgu aje sana, ada faedahnya juga." Bidas Glasier sarkastik. Gomny mencebik.

"Diamlah korang, bising aje. Dah, cikgu dah datang tu."

Sebaik sahaja Haze berkata begitu, seorang cikgu lelaki melangkah masuk ke dalam kelas.

"Selamat pagi murid-murid, seperti sedia maklum. Kita akan ada dua pelajar pindahan dari luar negara. Semoga kamu semua dapat berkawan dan menunjuk ajar pada mereka ya? Boleh anak-anak?"

"Boleh cikgu!!"

"Baiklah, kalau macam tu. Kamu berdua silakan masuk dan perkenalan diri pada kawan baru kalian."

"Baik cikgu."

Kelas itu mula sepi dan hanya kedengaran bisikan-bisikan halus sahaja daripada pelajar. Mereka tidak sabar ingin tahu, siapakah gerangan pelajar pindahan itu. Terutama sekali yang paling teruja adalah lima sahabat. Tidak lain dan tidak bukan, duo kembar and the geng.

Dua pelajar lelaki melangkah masuk ke dalam kelas dengan gaya cool. Aura dingin yang berasal daripada kedua pelajar baru itu, begitu mencengkam.

"Sila perkenalkan diri kamu nak."

"Frostfire."

"Supra."

Krik..krik..krik..

Para pelajar bahkan cikgu, tercenggang dengan perkenalan singkat dan terlampau dingin oleh dua pelajar pindahan itu.

Another Day | Done For Me (IceGem S2) [C]√Where stories live. Discover now