Part 48

774 58 9
                                    

Beberapa bulan kemudian...

"Heyy anak-anak mama ni duduk diam-diam, nak pakai baju pun susah. Haih, nakal betul."

Ice yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik sambil membawa dua botol susu, hanya mampu tersenyum melihat Gempa yang kesusahan memakaikan baju pada si kembar itu. Dia mendekati tiga beranak itu.

"Mamama.." seru kedua kembar itu, kaki mereka menendang-nendang ke udara.

"Sini aku bantu."

Ice meletak kedua botol susu di atas katil bersebelahan dengan anaknya, lantas dia mengambil alih dengan mengenakan baju pada anaknya yang bernama Glasier.

Gempa tersenyum dan dengan senang hati menerima bantuan daripada suaminya.

"Akhirnya, siap juga pakaikan baju."

"Kau pergilah bersiap, diorang biar aku yang jaga. Kejap lagi kita dah nak gerak ni."

Gempa menganggukkan kepala.

"Baiklah. Tapi awak pun belum siap lagi?"

Ice memandang Gempa yang berdiri di sebelahnya. Pipi lelaki itu dikucup sekilas, membuatkan Gempa terkesima dengan rona merah merebak kedua belah pipinya.

"Kau siapkan diri kau dulu, lepastu aku okey?"

"Hm, baiklah."

•••••

Ice mendorong stroller bayi yang dikhaskan untuk bayi kembar. Manakala Gempa pula berjalan di sebelahnya.

Harini mereka berdua pergi bersiar-siar di tepi pantai sambil membawa kedua anak kembar mereka.

Ice mengerling Gempa di sebelahnya, yang asyik mengambil gambar. Rambut lebat itu beralun mengikut arah perginya angin, wajahnya pula disimbahi oleh cahaya matahari. Dia terpukau.

Sebelah tangannya, dia letakkan pada kepala Gempa. Sebelah lagi tangannya digunakan untuk mendorong stroller itu.

Gempa menoleh, keningnya berkerut hairan apabila tiba-tiba sahaja Ice memegang kepalanya.

"Kenapa?"

Ice tersenyum. "Tak ada apa."

Terus tangannya dialihkan daripada kepala Gempa.

Gempa hanya menjongketkan bahunya.

"Jom, kita duduk kat sana." Gempa menunjuk ke arah bangku yang berada di bawah pokok kelapa.

"Jom."

Setiba di bangku mereka berdua melabuh duduk, stroller bayi yang menempatkan kedua anak kembarnya Ice letak menghadap ke arah mereka.

"Hai anak mama, senyap aje?" Gempa mencubit pipi kedua anak kembarnya. Terdengar gelakkan suka daripada si kembar itu, menampakkan gusi mereka yang belum menumbuhkan gigi.

"Suka dapat keluar jalan-jalan hm?"

"Mumumuu.."

Ice hanya memerhatikan Gempa yang asyik bergurau dengan si kembar.

"Kau faham ke apa yang mereka cakapkan tu?"

"Faham."

"Apa?"

"Diorang kata suka, sebab dapat keluar jalan-jalan dengan papanya."

Terjongket kening Ice, dia terkekek kecil.

"Yeke? Bukannya mama dia?" usik Ice.

Gempa tersengih. "Dua-dua hehehe."

Gempa meringis pelan apabila pipinya dicubit oleh Ice.

"Sakitlah!"

Cup!

"Dah tak sakit? Ke nak lagi? Kalau nak lagi, nanti malam lah eh?"

Ice tergelak tatkala mendapati wajah isterinya yang memerah seperti tomato masak.

"Sejak bila awak jadi gatal ni ha?"

"Sejak bila eh? Tak ingatlah. Rasanya sejak kita ada anak kut? Kau tak rasa nak tambah lagi tiga ke?"

"Apa yang tiga?"

"Kembar tiga? Cukup lima orang anak kita lepastu kita tambah pu..auch!!"

Ice mengerang sakit apabila pahanya diketip oleh jari ketam Gempa.

"Gedik! Nak tutup kilang awal lah macam ni!"

Ice ketawa terbahak-bahak, melihat wajah cemberut Gempa itu.

"Alaaa.. Jangan lah tutup awal, nanti diorang nak dapat adik macam mana? Diorang mesti nak adik, kan anak papa?"

Ice mengomol pipi kedua anaknya.

"Mumumu..."

"Diorang kata nak adik lah Gem, kalau boleh nak tiga orang. Lepastu..aduh!"

Sekali lagi Ice mengaduh sakit, kini lengannya pula mendapat habuan.

"Padan muka! Jangan nak ajar mereka benda yang merepek eh? Lepuk kan!"

"Gurau ajelah sayang. Kalau awak on aku okey aje, kalau malam ni pun tak ap.."

"Tch! Awak tidur luar malam ni!"













Tbc...

Another Day | Done For Me (IceGem S2) [C]√Where stories live. Discover now